Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 7, 2008

Renungan Jumaat: Jangan Marah2

Hari ini, aku tak tahu kenapa mood kurang baik,then aku marah2 pada seseorg yg aku kasihi. Later, aku dapat email from my beloved adik angkat,Gg satu topik yg kena dgn perasaan aku - Marah.

Jadi, aku ingin berkongsi dgn pembaca.
TAJUK: MARAH
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Allah s.w.t berfirman: “Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Oleh itu tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
DIANTARA KAEDAH-KAEDAH MENGELAKAN SIFAT MARAH
Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
Apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.
Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.
Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.
Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.
Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu’minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta’ala: “Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.” (al-A’raf:199) Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas.”
Sifat pemarah ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair: "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un” (Dari Allah kita datang, KepadaNYA kita kembali).
Sifat suka memarahi orang lain akan mengakibatkan stress atau tekanan (kesan negatif) kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi. Oleh itu bersama-samalah kita itu hindarkanlah diri daripada sifat ini. Marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta ketaatan kepada Allah s.w.t. pada setiap masa. Mudah-mudahan kita akan tergolong di kalangan orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Pengajaran yg aku dapat, kita sepatutnya lebih bersabar dan ingatlah setiap api kemarahan dihidupkan oleh syaitan. Syaitan yg sentiasa ingin merosakkan hubungan baik sesama manusia. Ini kerana setiap kemarahan kita akan meninggalkan parut pada org yg kita marahi, oleh itu jgnlah kita sesuka ati memarahi org lain. (I was totally regret for what I've done to my sweet Kimie, I am so sorry...) :(
Di sini, saya ingin minta maaf sekiranya saya ada memarahi anda semua yg mengenali diri saya.
Sekian,wassalam.