Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 17, 2010

Novela Contest - Pertama Yang Terakhir


ote: Ari ni aku nak cuba naseb mengarang cerita sikit .. kalo korang nak try klik sini utk sarat2 pernyertaan - Pertama Yang Terakhir

Pengakhiran
Johor Bahru-5pm

Hujan mula turun renyai2 seperti tidak mengizinkan kami untuk terus berada di situ.

"Sayang, jom balik,"kuat suara Nia cuba memanggil Isk yang asyik bermain bola bersama rakan-rakan yang lain.

Lincah sungguh gerak kakinya persis bintang handalan bola sepak ketika itu - David Beckham.

"Kejap", jeritnya ringkas memecah keheningan petang itu.

Sepantas kilat kakinya menendang bola dan akhirnya membolosi pintu gol lawan. Nia tersenyum sendiri melihat gelagat mereka seronok bermain bola sepak. Lantas itu, dari jauh kelihatan sesusuk tubuh berlari-lari anak ke arah Nia.

"Jom, Isk",sambil menggenggam erat jemari Isk.
"Ma,hebat tak Isk tadi?"
"Sure, my dear. Hebat sangat", jawap Nia sambil mengusap kepala anak tunggal kesayangan Iskandar Hakimi nama yang diberi sempena nama orang yang penting dalam hidup mereka sekeluarga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2010-Oct - Hospital Kuala Lumpur

"Isk, you serious ke dengan keputusan you ni? You tahu kan, bahaya untuk you",Dr Hani bertanya lagi, aku kira sudah kali ke 10 Hani terus bertanya soalan yang sama kepadaku.
"Betul I serius. Tolong selamatkan nyawa budak tu untuk I.Kau pun tahu betapa aku sayangkan Nia dan mahukan Nia bahagia", jawap Isk separuh merayu.
"Ok, I'll talk to the doctor now",jawab Hani dan terus berlalu.

Sebentar kemudian, Iskandar ditolak ke sebuah bilik yang mengandungi pelbagai alatan lengkap untuk pembedahan. Paramedik berpakaian lengkap mula memasuki bilik berkenaan. Iskandar melihat sekeliling, ada sekujur tubuh kecil kaku berdekatan dengan trolinya dengan wayar berselirat memenuhi hampir seluruh tubuhnya. Iskandar tersenyum tawar. Matanya terus memerhati tubuh kecil itu,lalu memori silam menerjah ke benaknya. Dia tersenyum lagi, semuanya indah tapi sayang hanya seketika.
"Isk sayang Nia sangat-sangat. Dan Isk akan sayang Nia sampai bila-bila", getus hati kecil Iskandar. Kepala Iskandar mula berdenyut, sakitnya mencucuk sehingga Iskandar tidak dapat membuka matanya lagi.
"Ash-hadu Al-laaa Ilaaha Illa-llaah Wa-Ash-hadu Anna Muhammadan  Wa Rasooluhu. Dengan nama Allah selamatkanlah kami".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"How my child, doc?", soal Nia dengan penuh tanda tanya.
"Operation succeed but we still monitor him closely".
"Bagaimana dengan donornya?"
Doktor tersenyum pahit,"He's gone"
"Ya Allah.. Boleh saya tahu siapa dia dan lihat mayatnya doktor?"
"Maaf puan. Kami tidak boleh memberitahu maklumatnya atas permintaan penderma"

Nia terpaku sejenak, kepalanya ligat berfikir siapakah gerangan yang telah menyelamatkan buah hatinya dan merahsiakan diri daripadanya. Dia duduk di kerusi menunggu diluar bilik anaknya sementara menanti gilirannya untuk melihat anak kesayangannya.

"Puan Nia Karina?", tegur satu suara yang asing untuk Nia.
"Ye saya", jawab Nia ringkas
"Saya Hani. Ini ada surat buat Nia daripada orang yang Nia sedang fikirkan tu", kata Hani sambil senyum dan berlalu sebelum sempat Nia berterima kasih.

Nia membuka helaian kertas berwarna biru muda.
Nia sayang,
Waktu Nia membaca surat Isk ini, Isk telah pergi jauh dari dunia ini. Isk minta maaf atas ketelanjuran dan kesilapan yg telah Isk lakukan sebelum ini. Isk redha atas apa yg berlaku, Isk tidak pernah marah waktu Nia tinggalkan Isk dulu dan janganla Nia anggap Isk tidak pernah mencari Nia selama ini..Isk sayang hanya Nia...
Nia,
Waktu mula Isk dapat berita tentang penyakit anak Nia, Isk terus menjalani pemeriksaan dengan harapan Isk dapat menyelamatkan dia. Alhamdulillah, ternyata semuanya berjalan lancar, darah dan jantung Isk sepadan dengan dia. Dia anak Isk ke? Jawapannya hanya Nia yang tahu...
Nia,
Maafkan Isk lagi sebab merahsiakan semua ini dari Nia sehingga ke saat ini. Isk sudah tidak harapan lagi untuk menyayangi Nia tapi izinkan jiwa Isk terus berdenyut didalam badan anak kesayangan Nia. Isk doakan agar dia akan terus sihat dan membesar sebagai anak yg soleh kepada keluarga,bangsa dan negara.

Salam Sayang,
Iskandar Hakimi

Nia Karina melipat kembali surat itu, airmatanya mengalir laju. Dia berdiri melihat anaknya dari cermin kaca.Anak itu masih tidak sedarkan diri, badannya masih berselirat dengan pelbagai jenis wayar berwarna merah,biru, hijau dan hitam.
"Maafkan Nia, Isk", diruang matanya kelihatan wajah Iskandar. Dia menutup matanya..
Tiba-tiba, pinggangnya dirangkul kemas dari belakang oleh sepasang tangan gagah. Nia terkejut, matanya dibuka kembali. Pipinya dikucup pula, dia menoleh,senyumannya terukir dan dia membalas pelukan itu. Terasa kekuatan Nia kembali bersama pelukan itu...

"Nia, mulai hari ni kita jaga Iskandar Hakimi b. Adam Haikal ni sebaik yang mungkin, ye?",pinta Adam kepada isterinya Nia.
"Abg sudah...",bibir Nia dihalang oleh telunjuk Adam
"Sssshhhh...Kita mulakan hidup baru selepas ini dengan lebih bermakna untuk kita semua, okey sayang?."

Airmata Nia bergenang lagi. Tetapi kali ini, airmata kegembiraan kerana Adam dapat menerima Iskandar seadanya.

'Terima kasih Isk atas pengorbanan besar ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh-Nya.Sesungguhnya, aku tidakkan pernah meninggalkan mu lagi',getus hati Nia.


P/S : ok dah pening nie, perah otak gali idea.. selam sana sini.. heheheheh.. kite matikan hero idupkan heroin, ok x? hahahhaha just for fun tau, Aidy...jgn bako panggung plak...kiki...