Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 24, 2010

2010-30 : Resepi Kek Coklat Kukus & Sup Ikan Power

Atas permintaan ramai, aku share la kat sini resepi kek coklat kukus yang aku wat & tayang kat entry ni.

Resepi Sup Ikan Power --> sila klik sini (nampaknye masa aku blogging ni link myresepi ada masalah sikit) so if korang nak search korang taip jek "Resepi Sup ikan Power".
Aku ada copy resepi ni so aku paste la utk pengetahuan korang

Bahan-bahan ( 5 orang )

• 1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
• 1 batang serai, dititik
• 1 helai daun pandan, disimpul
• 1 batang kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 4 kuntum bunga cengkih
• 3 biji buah pelaga
• 3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
• 2 ulas bawang putih, dihiris halus
• Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

BAHAN2 REMPAH:-
• 6 biji bawang merah kecil*
• 3 ulas bawang putih*
• 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
• 1 camca teh lada hitam*
• 1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
• 2 camca besar rempah sup "Adabi"
• 1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
• Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
4. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Resepi Kek Coklat Kukus
Bahan A
1 cawan gula kasar
1 cawan minyak masak
4 biji telur

Bahan B
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil serbuk bikarbonat
1 cawan air panas
¾ susu pekat manis

Cara2nye
1)Bahan2 A diblender
2)Tepung disalai/dipanaskan atas dlm kuali tanpa minyak
3)Tepung, serbuk bikarbonat & koko diayak
4)Tepung, serbuk bikarbonat & koko digaul dengan air panas, susu & bahan2 yang diblender
sehingga sebati.
5)Masukkan aduan dalam bekas & kukus selama 15-45minit (bergantung pada saiz bekas)


P/S: Selamat mencuba ye!!