Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 30, 2012

Sunday, January 29, 2012

"God Still Loves Us"

Teringat kata-kata doktor semasa nak bagitahu aku result Hsg aku. He said," god still loves us". Both falopio tiubes are normal. Ya, Allah memang sayang sangat pada kita.. Walaupon ada org kata prosedur Hsg menyakitkan. tapi alhamdulillah aku x rasa sakit sangat tapi selepas hsg bleeding gak.. 

Aku masih bertuah, dengan tiub yg normal aku diberi peluang utk mencuba secara normal, dgn ubat2 subur & IUI. Jika masih tidak berjaya maka pilihan terakhir - IVF. Ya Allah moga Kau permudahkan jalanku..
Alhamdulilah - gambo Hsg
Dan disebalik kedukaan lalu, kami dianugerahkan kunci rumah. hehehehe .. Alhamdulillah, rumah kami telah siap seperti dijanjikan. Pada 26/1/2012, kami ke Taman Pulai Indah utk cek2 apa yang patut kat rumah kami.  Segala komplen perlu dibuat segera. Bawah ni aku share gambo2 yg diambil .. 


Insyallah tahun ni kami akan duduk dirumah kami sendiri. Harapan kami semoga berkat rumah baru dapat la kami org baru aka baby .. Aminnnn

P/S: Kita sangat bertuah, kerana org lain kena memburu pahala, tapi orang yg diuji dengan pelbagai dugaan umpama pahala mencari kita jika kita redha dengan segala dugaan itu ..



Thursday, January 26, 2012

Update - Perjalanan TTC ku


Hari ni aku nak crite pasal kisah lanjutan ttc (trying to conceive) aku sejak aku menyepi dari menulis blog.
Aku ada tulis pasal last lucrin shot dalam blog ni ->Lucrin-terakhir, masa tu bulan 10.So sepatutnya period datang menjengah akhir bulan 10 or 11. Tapi xde, dalam hati berharap biarla terus preggy.


Nampaknya memang belum sampai lagi rezeki kami suami isteri. 13.12.2011, period utk pertama kali selepas diinjet dengan lucrin selama 3bulan. Doktor suruh call hospital bila da period utk buat Hsg (RADIOGRAPHIC CONTRAST HYSTEROSALPINGOGRAM), ini adalah utk cek tiub fallopio & rahim. Jika ujian ini gagal (tiub ada yg x normal or rosak) kami tiada pilihan lain selain IVF (bayi tabung uji). Ya Allah.. permudahkan jalan kami ..
Bersyukurlah pada pembaca yg sedang mengandung, senang mendapat zuriat ... kami sudah hampir 2tahun menanti.. Redha ..


Tapi aku tidak call hospital utk memberitahu yg aku dah period, kononnya nak jimat duit sikit sebab kami kene wat medical cek up kat KPJ kene bayo rm588. En Hubby ada masuk program wellness dgn KPJ sebelum aku disahkan ada endometriosis. Every year kami kene cek kesihatan secara menyeluruh dari ujian darah, air kencing,tahi/stool, jantung, pernafasan. So dipendekkan cite, kat KPJ kami found out endometriosis yang aku hadapi dan dah operate pada bulan July'11 masih ada lagi. Kami g KPJ ujung bulan 12, 28aribulan. X sampai sebulan pon, endometriosis sudah berkembang bersaiz 7cm diovari kiri (AGAIN!!)


Terasa dunia ku gelap semula.. hilang segala impian yg terbina .. terima kasih pada kawan2 yang melayan sms, forum, ym,msn ... yg cube memberi semangat dan nasihat. Pada satu ketika, aku terpandang satu komen kat FB berbunyi lebih kurang macam ni ; " Di saat kita rasakan keseorangan, semua org tidak memahami kita, sedih, hampa ... di saat itula jatuhnya pandangan Allah pada kita.." Kata2 ini umpama memberi cahaya, aku terus bangkit .. ya kalo pandangan Allah jatuh padaku, kenapa aku harus bersedih dan leka bahawa kasih sayang Allah padaku lebih besar dari semua ini .. Astaufirrullah ... Lemah sungguh iman ketika itu .. Namun kemudian aku belajar utk redha .. redha dan terus redha .. 

Ku pasti ada mentari dan pelangi selepas hujan turun ditengahari .. :) insyallah..

Thursday, January 12, 2012

Apa kabar semua??

Lama betul aku biarkan blog ini sepi.. Minta maaf pada followers semua .. So amcam tahun baru? Aku harap ianya pastinya lebih baik dari tahun 2011.

Di saat aku menaip baris2 ayat di sini, aku bukan saja tak tahu ape yg hendak aku tulis atau di mana harus ku mulakan ceritaku ini.. Namun, aku sedar, ada yg benda2 aku mudah lupa .. contohnya, aku x ingat name sorang osmate aku masa aku bujang padahal; aku baru nak masuk 2 tahun berkahwin.. (minta maaf kalo ex-osmate aku tu ada membaca or terbaca blog ni)

Mungkin lepas ni aku akan tulis setiap ape yg aku lakukan .. Takutnya aku jika terpaksa berdepan dengan situasi aku lupa siapa aku .. Nauzulbillah ..

Moga kita jumpa lagi di lain waktu .. wassalam .. 

Monday, January 9, 2012

Slamat Bercuti Utkku..

*** aku tengok ada post yg tertinggal dalam draft blog ni ***

26.12-2.1.2012 Flextronics shut down .. so lama juge memerap kat rumah je .. Plan cume p medical cek up under KPJ,JB on 28.12 ..
resultnya akan kuceritakan kemudian ..