Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

26 Sep 2012

Ari ni tertido awal, then terjaga awal juga ..
Niat nak tengok SAM online sebab sebelum tido tadi internet laju je, tapi pagi2 ni lambat plak .. x dapat tengok, tetiba teringat blog ni ..

So gatal2 update, tak tau nak cita ape lagi ..  hmmm ..

Kol 3 tadi bangun terus amek suhu, biasa BBT addicted .. so ari ni terpaksa la guna BBT adjuster -> Ini Linknya .. Oh ya, rasanya aku penah cerita serba sikit pasal BBT ni -> ttc-1-cerita-pasal-graf-basal-body.html

Ini lebih lanjut sila klik sini - http://www.fertilityfriend.com/home/MamaLinda

Inila hasilnya graf aku utk cycle ini, suhu utk 27 Sep tu suhu testing je, sebab FF biasanya akan detect Ovulasi selepas kita Ovulasi so utk yang plan utk pregnant diorang kenala perhatikan CM (cervical mucus/cecair keluar dari vagina) utk menganggarkan waktu subur masing2 .. ada pula yang guna OPK (ovulation predict kit) macam aku .. so hasilnya aku O pada cd16/24 Sep.

Insyallah aku akan terus berBBT ni walaupon ada anak 10 ke nanti .. heheh aaminnn ..  :)
pada yang nak blajo2 tu bole je email2 ke .. bagus juga utk planning family secara semulajadi tanpa ubatan doktor kan .. modal pon x banyak cuma termometer (yang tahan bertahun), OPK (jika mahu beli online banyak yg murah dari farmasi), Fertility Friend website(free jek ni), saliva microscope (utk detect O lebih awal juga ni .. rege dalam RM80++, mahal sikit sebab bukan jenis pakai buang macam OPK).

eh .. okla thats all .. esok lusa sambung balik .. kita bercerita pasal renovation my lovely house..
assalam .. 

Monday, September 24, 2012

Think Positive

Lama betul menyepi dari update blog ni ..  Minta maaf pada followers/readers yang x jemu menziarah blog ini. ..

Tidak banyak perlu diceritakan disini ..  kami masih trying hard to conceive ..  keep thinking positively, still hoping for miracles happens to us.


Last 2weeks, we went to Columbia Hospital again after 3-5months berehat x p sana. Dengan harapan ada la perubahan sikit kat cyst.. but bad news, cysts di ovari kiri masih bersaiz sama 8cm .. :( Allahuakhbar .. Moga Allah give us the strong. 

We planned to do IUI (intrauterine insemination)  but doktor cakap takut risiko cyst tu akan membesar, then dia akan minta pandangan doktor pakar lain sama ada bole ke cysts kecutkan/cecair dalam cyst tu dikeluarkan melalui vagina macam process OPU (ovum pick up) dalam prosedur IVF.. 

Dear readers, to be honest I was very sad, I was crying so hard .. as i never think that it is so hard to have a child .. .. . tapi aku pasrah, redha dengan ketentuanNya, lagipon bila masuk forum, page2, I found that many more couples yang ada masalah lebih serius dari aku .. ..  Their life is still go on happily.. so do i .. Insyallah, with God faith, with God help .. we'll get through all this .. aaminnn .. .  

Ini salah satu group yang aku suka lepak2 ...  Aku jumpa ramai pesakit endometriosis. Aku jumpa kawan2 yang tiada apa2 masalah tapi masih belum dikurniakan zuriat. ... 



Insyallah semoga kami terus kuat .. tolong doakan kami ye .. thanks .. 

I'll never give up!

Monday, April 16, 2012

Update - Perjalanan TTC ku

Lama x cite pasal TTC aku. Sebab kemalasan melanda ..

Bulan 2 ari tu, aku start makan clomid - 100mg selama 5 ari (aku mula makan cd3-7), cd4-8, aku makan EPO..
Masa cd12 aku buat tvs - ovari kanan - 2bji matured (20mm,19mm)
                                      - ovari kiri - cysts (80mm)
TVS 1st - ovari kanan

Cycle pertama clomid tidak berjaya .. Ku teruskan utk cycle ke 2, masih 100mg(2bji malam) cuma cd2-cd6.
CD10 aku buat tvs,
Ovari kanan -3folikel - (9-13mm) not matured
Ovari kiri - 2folikel - (20mm++) matured, cyst = 8cm
Uterus lining - 4mm (normal 6mm)

Ovari kanan
Tapi ari ni 15/4, aku period so clomid ke 2 ini pon tidak berjaya. Sekarang masih buntu sama ada nak teruskan clomid utk cycle terakhir (sebab doktor kasi 3cycles je).

Semoga Allah berikan aku petunjuk ... Aminnnn .. 

Sunday, April 15, 2012

Airmata


Ya Allah,
Benarkan aku menangis utk sekali ini
Moga airmata ini membersihkan segala dosa yg ada
Moga airmata ini member semangat baru utkku

Ya Rabb,
Beri aku kekuatan
Ampunkan dosa2ku
Airmata ini bukan tanda aku tidak bersyukur nikmatmu
Bukan bermakna ku kufur kurniaanMu selama ini
Tapi beban ini rasa x tertanggung ..
Lalu airmata mengalir dengan derasnya

Ya Allah,
Ajarkan aku utk redha
Ajarkan aku lebih mensyukuri nikmatMu
Ajarkan aku utk bersabar
Ajarkan aku utk terus berusaha
Ya Rahman,
Engkau tempat aku meminta
Cukupla bagiku Allah .. 

Thursday, March 1, 2012

HatiKu tersentuh


Just want to share this beautiful poem to all my TTC's frens out there

~ thanks to = Susan Reardon
Dreams
Some dream of big houses
Or shiny new cars,
Ours is to someday
Hold a baby that's ours.

Some dream of more money
To hoard and to keep,
Mine is to someday
Rock my baby to sleep.

Some dream of careers
In buildings so tall,
His is to someday
Toss his kid a baseball.

Some dream of great power
To be strong and tough,
Ours is to someday
Have a child to love.

Some dream of things
Such as silver and gold
Ours is of the day
Our child we'll hold.

~Susan Reardon~

Sunday, January 29, 2012

"God Still Loves Us"

Teringat kata-kata doktor semasa nak bagitahu aku result Hsg aku. He said," god still loves us". Both falopio tiubes are normal. Ya, Allah memang sayang sangat pada kita.. Walaupon ada org kata prosedur Hsg menyakitkan. tapi alhamdulillah aku x rasa sakit sangat tapi selepas hsg bleeding gak.. 

Aku masih bertuah, dengan tiub yg normal aku diberi peluang utk mencuba secara normal, dgn ubat2 subur & IUI. Jika masih tidak berjaya maka pilihan terakhir - IVF. Ya Allah moga Kau permudahkan jalanku..
Alhamdulilah - gambo Hsg
Dan disebalik kedukaan lalu, kami dianugerahkan kunci rumah. hehehehe .. Alhamdulillah, rumah kami telah siap seperti dijanjikan. Pada 26/1/2012, kami ke Taman Pulai Indah utk cek2 apa yang patut kat rumah kami.  Segala komplen perlu dibuat segera. Bawah ni aku share gambo2 yg diambil .. 


Insyallah tahun ni kami akan duduk dirumah kami sendiri. Harapan kami semoga berkat rumah baru dapat la kami org baru aka baby .. Aminnnn

P/S: Kita sangat bertuah, kerana org lain kena memburu pahala, tapi orang yg diuji dengan pelbagai dugaan umpama pahala mencari kita jika kita redha dengan segala dugaan itu ..



Thursday, January 26, 2012

Update - Perjalanan TTC ku


Hari ni aku nak crite pasal kisah lanjutan ttc (trying to conceive) aku sejak aku menyepi dari menulis blog.
Aku ada tulis pasal last lucrin shot dalam blog ni ->Lucrin-terakhir, masa tu bulan 10.So sepatutnya period datang menjengah akhir bulan 10 or 11. Tapi xde, dalam hati berharap biarla terus preggy.


Nampaknya memang belum sampai lagi rezeki kami suami isteri. 13.12.2011, period utk pertama kali selepas diinjet dengan lucrin selama 3bulan. Doktor suruh call hospital bila da period utk buat Hsg (RADIOGRAPHIC CONTRAST HYSTEROSALPINGOGRAM), ini adalah utk cek tiub fallopio & rahim. Jika ujian ini gagal (tiub ada yg x normal or rosak) kami tiada pilihan lain selain IVF (bayi tabung uji). Ya Allah.. permudahkan jalan kami ..
Bersyukurlah pada pembaca yg sedang mengandung, senang mendapat zuriat ... kami sudah hampir 2tahun menanti.. Redha ..


Tapi aku tidak call hospital utk memberitahu yg aku dah period, kononnya nak jimat duit sikit sebab kami kene wat medical cek up kat KPJ kene bayo rm588. En Hubby ada masuk program wellness dgn KPJ sebelum aku disahkan ada endometriosis. Every year kami kene cek kesihatan secara menyeluruh dari ujian darah, air kencing,tahi/stool, jantung, pernafasan. So dipendekkan cite, kat KPJ kami found out endometriosis yang aku hadapi dan dah operate pada bulan July'11 masih ada lagi. Kami g KPJ ujung bulan 12, 28aribulan. X sampai sebulan pon, endometriosis sudah berkembang bersaiz 7cm diovari kiri (AGAIN!!)


Terasa dunia ku gelap semula.. hilang segala impian yg terbina .. terima kasih pada kawan2 yang melayan sms, forum, ym,msn ... yg cube memberi semangat dan nasihat. Pada satu ketika, aku terpandang satu komen kat FB berbunyi lebih kurang macam ni ; " Di saat kita rasakan keseorangan, semua org tidak memahami kita, sedih, hampa ... di saat itula jatuhnya pandangan Allah pada kita.." Kata2 ini umpama memberi cahaya, aku terus bangkit .. ya kalo pandangan Allah jatuh padaku, kenapa aku harus bersedih dan leka bahawa kasih sayang Allah padaku lebih besar dari semua ini .. Astaufirrullah ... Lemah sungguh iman ketika itu .. Namun kemudian aku belajar utk redha .. redha dan terus redha .. 

Ku pasti ada mentari dan pelangi selepas hujan turun ditengahari .. :) insyallah..

Saturday, October 8, 2011

Lucrin terakhir

Sudah bersawang blog ni .. So ari ni baru nak bersihkan sawang2 tapi lepas ni akan bersawang lagi la blog ni selama 3bulan .. Sebabnya kakak2 ipar nak pinjam laptop ni so aku akan sangap la lepas ni kat rumah xde mende agi selain tv.

Aku just nak update pasal rawatan selepas operation ari tu. Sepatutnya aku kene inject sebanyak 6x = 6bulan, tapi disebabkan kekangan kewangan & insuran company pon dah sampai limit. Aku stop bulan ni. Aku just dapat 3x shot = 3month. Doktor yang rawat aku tu, cakap xpe la at least minimum shot aku da buat, semoga Endo x tumbuh lagi or if tumbuh pon tunggu la selepas aku dapat at least 1 zuriat .. huuhuhu ..

So sekarang aku masih menanti period utk muncul untuk rawatan seterusnya. Doktor suggest buat Hsg (xray to check tiub falopio).

P/S: Tolong doakan saya ye readers .. :)

Saturday, August 20, 2011

HARI KE 45

Cantekkan gambar ni? Sejernih air, sederas air begitula setiap insan mahukan dalam kehidupannya.. Kita inginkan kehidupan kita selancar air yang mengalir, tidak begitu berliku namun inila kehidupan. Air di muara pon tidak selalunya tenang .. Aku kira air tanpa kocakan, tidak seindah air dengan ombak yang menderu ..

Ha..! Aku dah lari dari tajuk ye? Ari ni ada ari ke 45 selepas operation, alhamdulillah aku makin sihat. Sudah berjalan pantas dan naluri utk berjalan2 bershopping sudah membuak2 tapi tiada sapa nak teman .. hukhuk .. Alaaa kalo kebas2 sikit tu biasa arr, sebab aku rasa kalo aku banyak berjalan angin dalam badan senang keluar daripada duduk je ..  Semalam pon time rehat, aku merayau kat Jusco Bukit Indah, port lunch time2 kaye masa bulan selain Ramadhan. Tujuannya, nak sebey Spek - rayban untuk hadiah besday En Hakim.

Entahla akhirnya x beli juga, then x sure nak belikan ape lagi .. ada yang kata macam x berbaloi nak belikan spek mahal2 sebab kat pasaran sekarang banyak sangat yang x ori .. Oye.. yg ku sebey tu harganya semua rm700 ke atas .. :D

Apa lagi yang korang kasi kat asben untuk besday dia? Aku ada masa 3ari je lagi ni .. aduyaiiii ...

Saturday, August 13, 2011

Hari ke 38

Hari ini masuk hari ke 38 selepas operation. Aku masih berpantang makan benda2 yang gatal dan pedas2. Tapi entah mana salahnya, luka pembedahan yang laparoskopi bernanah 2-3ari yang lepas. Nasib baik x berapa teruk. 9.8.11 yang lepas, aku ada bertanyakan doktor tentang ini, tapi bila doktor kata nak buka jahitan/benang yang mengganggu 'kopeng' untuk tanggal aku terus bagitahu doktor aku xnak tanggalkan benang .. (sebabnya aku takut sakit macam masa dia keluarkan salur darah masa dalam wad dulu). Doktor kata kalau x tanggalkan dia akan tanggal sendiri .. So aku tunggula sampai bila benang tu hendak tanggal sendiri..

Trauma kesakitan tu masih ada dalam diri aku, entah bagaimana aku nak hilangkannya ... Mari aku titipkan disini nota perjalanan kes pembedahan aku hari tu.

6 Jul,8am - sampai di hospital Columbia Asia, seperti diminta oleh Doktor. Wad awal untuk program me'ngosong'kan segala isi perut & usus aku ..
          9-10am - diberi minuman bercampur 'sumting' utk process mengosongkan perut
          11am - aku kene diarrhea nasib baik katil aku berhampiran dengan toilet.. So senang untuk         membuang.
6 Jul,130pm -  tukar baju kepada baju special untuk pembedahan
Tidak lama selepas tu datang 2org nurse membawa strecther untuk membawa aku ke bilik bedah. Aku disuruh berbaring.
6 Jul,630pm - aku dihantar ke wad setelah selepas dibedah
7 Jul - the worst day untuk aku. Dalam menahan kesakitan aku muntah2. Aku makan sikit, then aku muntahkan balik semua isi perut aku.. Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya bahagian perut ke bawah .. (tempat yang dioperate). Kata staff nurse mungkin nurse kasi aku ubat sebelum makan or angin akibat pembedahan.
8 Jul - bole makan , tiada muntah2. Tapi suhu badan naik, nurse suruh tuam kepala.
9 Jul - dibenarkan pulang ke rumah pada petangnya, dan disuntik dengan Lucrin untuk memberhentikan darah period untuk bulan seterusnya.
9 Jul- 26 Jul - berada di Senai rumah parents in law.
26 Jul - balik Gelang Patah
27 Jul - sepatutnya start bekerja hari ni, tapi keadaan badan macam tidak mengizinkan. Terus berjumpa doktor dan dapat sambung MC selama 3ari. 
27 Jul 10pm - tetiba period datang pulak .. Last period 5 July. Dalam masa yang sama kena sembelit yg sangat teruk. (sakitnya Tuhan jek yang tahu, dalam tandas aku merayu Tuhan tolong aku .. dalam hati .. macam2 zikir aku baca untuk mengurangkan kesakitan) bila dapat mengeluarkan tahi kekotoran rasa bersyukur teramat ...
28 Jul - contact Doktor untuk bertanyakan tentang period ni. Doktor kata "nottting to worry". Mungkin darah2 lama yang memang patut keluar or hormon terlalu tinggi sampai Lucrin x berkesan dalam badan
3 Aug - bermula bekerja, datang awal sebab xnak kene parking jauh2. Masih lemah, jalan dengan sangat slow 20km/j
9 Aug - Appointment dengan doktor untuk Lucrin dos ke 2. Masa ni period dah berhenti total 8hari. Dapat MC 1 ari.
11 Aug - seperti ada CM (cervical mucus) yang keluar jenis sticky. Terus rasa hendak buat BBT balik untuk monitor suhu this month. Harap2 period x hadir supaya endometriosis boleh kering & sembuh..Aminnn .. Sembelit pon sudah berkurangan, cuma lukanya masih terasa ... huwaaa ...
13 Aug - hari ni, area bawah perut masih kebas. Namun sudah boleh duduk lama sikit tanpa rasa perit. Berjalan lebih laju dari sebelum ni.           

P/S: Dari surah Al Baqara (ayat 286) maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yng terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Saya berazam untuk tidak menangis lagi kerana saya sakit kerana saya sentiasa ingat Allah sedang menguji saya kerana Dia sayangkan saya lebih daripada makhluknya yang lain .. Insyallah ..

Friday, July 22, 2011

5 hari lagi ....

HUwaaaa... agi 5 ari lagi, aku naik keje .. ase malas nak keje .. dah lama kan dok rehat2 kat umah ..
Tapi sebenarnya, aku x sure sama ada aku da ready utk bekerja .. ye la.. sampai ari ni aku still x leh solat cam org lain (solat berdiri kalo larat, x larat aku duduk .. kadang2 aku slumberr rakaat pertama,kedua berdiri cam biasa, then lepas2 tu aku duduk .. sebab x tahan bangun duduk ...) jalan pon still x betul (sampai kene tego dgn mak & MIL sebab jln terbongkok2) ... Dok menggayakan bahagian bawah perut yg mengeras cam kene ikat dgn getah tempe .. huuuu .. baring2 atas lantai x brani agi .. takut x leh bangun .. Obviously, bahagian belah kiri mmg slalu sakit dari yg kanan ...

Kadang2 aku termenung pikir .. bilala aku akan bole jadi diri aku yg dulu .. bole erobik semula .. bole masakkan asben (ari2 ase bersalah kat asben sebab x dapat sediakan makanan, basuh baju dia dan byk agi, ari2 gtahu dia sori, tapi Alhamdulillah dia memahami sgt2..) ... Basuh pinggan mangkuk pon aku leh ase lengoh blakang ... kalo duduk terlalu lama, bahagian kiri rahim ni ase pedih2 cam ada bende cucuk dr dalam ...

Korang .. doakan aku ye! Aku harap aku akan pulih sepenuhnya sebelum bulan pose ni ... Terngiang2 kat telinga .. asben aku cakap," xde selera nak makan .. sebab dah lame x makan yayang masak .. "
Hancur luluh asenye hati ... mmg tingin sgt nak masakkan dia .... suke tengok dia makan berselera . .. Maafkan yayang, ayg ....

Friday, July 15, 2011

Endometriosis

Gambo ehsan dari - http://www.endotext.org/female/female9/female9.htm

Tentu ada yang tidak tahu pasal endometriosis atau name pendeknye "endo" or chocolate cysts. Doktor kata antara simtom2 yg common utk penghidap endo adalah seperti 
1.Senggugut teruk
2.Kesakitan waktu bersama suami
3.Masalah infertility @ susah pegnen
Sebenarnya banyak agi simtom2 lain, cuma 3 perkara ni adala sebab utama seseorang berjumpa dgn gynea. Endo adalah darah kotor yang tumbuh di tempat2 lain selain endotrium, biasanya dalam sains kita blajo kitaran haid, dinding rahim menebal & akan luruh dinamakan darah haid, dalam kes endo, dinding rahim yg patut keluar melalui vagina, telah berpatah balik alirannya ke ovari. Lama kelamaan darah yg berkumpul ni akan membentuk cysts dalam ovari.

Oleh kerana penyakit ni common untuk kaum wanita, Kesatuan Kesuburan Amerika (America Fertility Society) telah mengkategorikan endometriosis ni kepada beberapa stage (seperti gambar rajah di atas). 

Stage aku doctor sahkan stage ke 4 di mana endo sebenar 15cm*8cm (ada partition or cam buah anggur) di ovari kiri, telah menarik tiub falipio & usus kepadanya dan telah affected ovari kanan sebeso 4cm*5cm. Doctor kata, kita hanya dapat selamatkan ovari kanan & tiub kanan, bahagian kiri tidak dapat diselamatkan lagi. :( tapi doctor masih simpan bahagian kiri tu dalam rahim aku, sebab dia xde permission utk buang masa pembedahan ari tu ... Mungkin selepas ni, tidak tahu bila aku kene gak buang sume bahagian yg tidak dapat berfungsi lagi ... Ya Allah, besar dugaanku ni ..Dalam ikhtiar mendapatkan zuriat dariMu...

Rawatan susulan selepas pembedahan
9 July, aku diinjet dengan GnRH Analog satu sintetik hormon yang boleh mengganggu kitaran haid. 
Bulan Aug, adala temujanji kedua utk injection nie .. Doctor kata dgn cara ni, dapat membantu menyahaktifkan sel endo serta tolong rawat darah aku dari masalah endo, utk tidurkan ovari aku sementara waktu .. Buat pengetahuan semua, endometriosis tiada ubatnya, sebab punca sakit ni masih menjadi tanda tanya pada pakar2 perubatan. Yang mereka tahu, salah satu punca adala haid yang kluar.. Lalu, aku pasrahkan hati ni berdoa pada Ilahi, kerna Dia saja yang Maha mengetahui segala sesuatu .. 

Asenye cukup arr utk hari ni .. ilmu utk dikongsi bersama .. so pada sesapa yg susah nak pegnen then period x teratur ke .. senggugut ke period terlebih2 ari lebih dari 7ari then terlalu banyak spotting .. sila dapatkan nasihat doctor cepat2 ye? Jangan jadi cam aku, my menses never missed, never pain but i still have it ...

P/S: Ya Tuhan, bantu aku supaya tidak menangis lagi ....

Thursday, July 14, 2011

Ya Allah Kau Ajarkan aku utk redha ....

Malam ni ase ngilu2 area pembedahan dan belah kiri ni .. Kalo berdiri lama ase sakit area blakang.. Sudah 9ari berlalu, ari2 laukku ikan haruan (kadang2 mak mertua masakkan singgang, kadang2 stim, kdg2 bakar, time kasih mak .. jasamu kukenang) ... air zamzam jadi amalan .. air gamat abes sebotol kutelan... ubat antibiotik dari doktor pon cukup utk 2ari lagi ...

Ya Allah, kau sembuhkanla aku, rintih hati ini..  Doktor sahkan aku penghidap endometriosis tahap akhir @ tahap 4, tahap paling kronik. Airmata ku jatuh setitik dalam perjalanan pulang ke rumah mak mertua.. Masih mampu ku tahan .. Ya Allah, aku redhaa .. kau ajarkan aku untuk lebih mensyukuri nikmatmu ... (hati merintih .. Hanya Dia maha mendengar)

Ada mulut sudah mula bertanya pada aku dan suami, bolehkah kami mempunyai zuriat setelah semua ini? Hati berkata lagi, " ya Allah, kau tunjukkan kekuasaanMu pada mereka yg terlupa tentangNya". Dengan senyum kami menjawab soalan itu, "insyallah, rezeki di tangan Tuhan. Doktorpon kata masih ada harapan."


Alhamdulillah, Ya Allah ... Jangan kau jadikan aku perempuan yang tidak merasa nikmat perempuanku ...
At Columbia Asia - Bukit Indah,Nusajaya Johor

Wednesday, June 29, 2011

6 July 2011

Sudah lame gak la blog ni bersarang .. Sori arr pada yg tertunggu (ada ke??). Kali ni aku nak sampaikan berita yang x brapa best untuk diwar warkan .. tapi aku tulis disini sebagai kenangan aku ...

Pada 2 June yg lalu, doctor mengesahkan aku menghidap ovarian cysts .. dan pada 24 June yang lalu, doctor mengesahkan aku perlu menjalani pembedahan laparoskopi untuk membuang cysts yg telah semakin membesar dlm ovari aku. Sebab risiko2 apabila cysts makin membesa seperti pecah, ovari terpintal bole berlaku. Dan lebih digeruni if totally ovari need to be removed, so chance utk pegnen xde la kan ??? So Doctor memang sarankan aku dibedah secepat mungkin.

Tarikh di atas merupakan hari pembedahan aku ... aku akan dibedah di Hospital Columbia Asia, Bukit Indah, Johor. Aku harap smuge semua pembaca mendoakan agar pembedahan ni berjalan lancar & aku bole jalani kehidupan insan normal yg lain ... Dan yang paling penting, aku dan hubbyku akan menimang cahayamata selepas itu kerana ia dapat mengurangkan risiko cysts utk tumbuh semula ...
 
Ovari kanan - cysts sebesar 4.8cm * 5cm (jenis endometriosis - darah koto)
Ovari Kiri - cyst bersaiz 15.8cm * 5.1cm (jenis cecair - ditakuti chemical)

Kalo korang nak tahu lebih lanjut apakah ovarian cysts, camne aku bole ada sakit ni .. korang bole arr gogel sendiri .. sebab aku pon jadi pengkaji tegar ovarian cysts sejak doc mengesahkan aku penghidap sakit ini.. Ternyata aku x dapat jawapan cam ne aku bole ada cysts ni, dengan kitaran haid yg teratur, basal body temperature yg menunjukan ada ovulasi berlaku .. So, aku anggap ... ianya datang dari Allah utk menguji aku ... di sini dugaan aku untuk si dia yang comel .. ini pengorbanan aku yg pertama utk si dia bernama anak ... mungkin kamu tidak diduga sepertiku .. mungkin kamu lebih bernasib baik atau lebih teruk dari ni... tapi bersabarla ... kerana kita tidak sendiri menghadapinya ...

"Wahai anakku, mak redha dengan segala ketentuan ini .. Malah hari2 makin kuat menghadapi Qada & Kadar Allah. Insyallah anakku sekejap lagi pasti kita akan bertemu .. Nadi kita akan bersatu .. Hanya kamu kekuatanku"

P/S: Tanpa dugaan tiadala kemanisan kehidupan .. Smuge penyakit ini menghapuskan dosa2ku & menaikkan darjatku di sisiMu Ya Allah ... Trima kasih kerana memilihku menjadi salah seorang insan istimewa untuk Kau uji.. Insyallah dengan rahmatMu, aku akan dapat lalui semua ini ... Pasti ..

Sunday, June 19, 2011

Baby, Can You Hear Me?

I Would Die For That



I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me.

All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.

Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.

Sometimes it's hard to conceive,
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."

I would die for that.
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that...

Monday, February 21, 2011

Program penyusuan susu ibu aka breast feeding

Sabtu, 19 Feb 2011, aku & kawan aku telah mengikuti 'talk' pasal breast feeding. Memang bagus dan aku solute pada penganjur atas usaha diorg ini. Memang ramai lagi antara kita masih blur2 pasal breast feeding terutama tentang cabaran penyusuan badan masa kini & penyelesaiannye ...

Aku nak share sikit info yg aku dapat dr sesi first yg aku sertai ini. Insyallah diorg akan wat majlis cam ni 2bulan sekali if i'm not mistaken, kalo korang nak tahu sila rajin2 tgk website ini 

1)Terdapat 2 jenis susu ibu - Foremilk & Hindmilk
Foremilk - susu awal, biasa agak cair, utk menghilangkan dahaga bayi
Hindmilk- susu akhir, agak pekat & utk mengeyangkan bayi
Tips: Bila menyusukan bayi, biarkan bayi minum hingga kenyang pda 1 belah payu dara sahaja kerana apabila selalu ditukar2, bayi tidak dapat khasiat susu awal & akhir. Bayi akan berhenti apabila dia telah kenyang.

2) Susu awal @ Kolostrum - susu yg keluar di awal selepas kelahiran bayi biasa pada ari 1-3 selepas bersalin.Berwarna kuning,kuantiti sedikit, pekat, dperkaya dengan karborhidrat,protein & antibodi semulajadi (yg tidak ada pada mane2 susu formula). Susu ini sgt penting utk baby. Kdg2 org tua2 kita akan kate susu ini sudah basi kerna warna & kuantiti nye yg sedikit tp inila susu yg sgt penting utk bayi, kuantiti nye sedikit kerana perut bayi (berumur 1-3ari) sgt kecil. Kuantiti yg sedikit ini sudah mencukupi utk baby.

3) Polisi Penyusuan susu ibu Malaysia (ini adala fakta yg aku x pernah dengar pon sebelum ini)
"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir hingga bayi berumur 6 bulan & meneruskan sehingga mencapai umur 2tahun.

4)Antara tips utk ibu beranak sulong - biasala kan.. tengah blur2 nak2 kalo xde persediaan awal.
Ada org tanya - sumtimes nipple jenis 'buta' or inverted nipple so x bole nak breast feeds baby.
Jawapan - sebelum bersalin, bulan ke 7-9, bolela mulakan mengurut nipple anda. Atau potong picagari separuh, then gunakan picagari utk tarik nipple keluar.. lastly, slalu mengepam breast anda sebab membantu utk menarik nipple keluar (my komen - still no reason to not breast feed your child)

Masalah - baby tidak mahu isap susu/masalah pelekapan bayi
Solution - Sebaik saja baby keluar dari rahim ibu, secara semula jadinya dia akan mencari susu ibunya, so pastikan nurse or doktor memberikan bayi utk disusukan sebelum 1jam sebaik saja dilahirkan. Ini utk melatih bayi melekap dengan baik semasa menyusu.

So aku rasa ini la ilmu yg ingin aku kongsikan bersama, harap dapat membantu ibu2 dalam usaha menyusukan baby. Ingatla & niatla ingin menyusukan bayi anda kerana mengikut suruhan Allah & utk kebaikan bayi & diri sendiri. Selain itu, bersabarla dengan cabaran yg datang ... Insyallah kalo nawaitu betul, Allah akan mempermudahkan urusan kita.

P/S: Insyallah kalo diizinkan Allah aku pon ingin menyusukan zuriatku kelak sepertimana suruhan Allah ... Amiiinnn ...

Sunday, January 30, 2011

TTC #1 - Cerita pasal Graf basal body temperature

Banyak aku buat research pasal pregnancy or trying to conceive ni.. bermula dengan berjinak2 ke forum Dr Hamid Arshat, aku jumpa Tok guru (time kasih to Sestra aka Pae) mengajar pasal basal body temperature dalam BM. Sangat susah nak cari website tentang ni dlm BM kebanyakkan dalam BI, ternyata org omputih mmg mengamalkan cara ini sama ada utk merancang jarak anak @ mendapatkan anak. Manakala org Mesia & doktor Mesia pon ada yg langsung tidak tahu or x amek tahu pasal ini ... Diorg lebih gemar gune ubatan dan sebagainya ...

Utk menggunakan cara ini, korang cume perlukan termometer, kalo nak yg khas utk basal body regenye dlm rm100+ jenama Omron, ataupon kosnye serendah RM15+ utk termometer digital biasa yg boleh didapati kat farmasi.. Dan termometer ni, kene dgn care penjagaannye bole tahan sgt2 lame .. Benda2 utama korang kene tahu utk cek temperature ni,
  1. Ambil suhu sebaik sj anda celik mate dari tido sekurang2nya 3jam tanpa gangguan utk membolehkan badan anda rehat secukupnye (xleh p mkn dl ke,kencing dulu ke,gerak2 sana sini)
  2. Waktu utk amek suhu mestila sama supaya data suhu anda lebih accurate (contoh - kalo setiap ari bangun 530am, so 530am la amek) kalo anda amek 630am, suhu badan anda akn berbeza skit.
  3. Sila catatkan suhu anda, aku gune ini (fertility fren) utk mencatat suhu aku secara online .. dan aku gak ada wat catitan sendiri guna microsoft excel jek ..

Tujuan aku berBBT, supaya aku tidak membazirkn pregnancy test setiap kali terlewat sikit cek 'P' datang, dan bersiap sedia dr segala aspek mental & fizikal bila nampak graf aku menurun di akhir2 selepas waktu subur. So aku sudah faham diri or badan aku sikit, then tahu time subur aku secara lebih prektikal bukan secara teori 14ari sebelum period seterusnya (ini yg kebyakan pompuan tahu kan?). Sesungguhnya ini merupakan usaha aku, kalo korang nak memperlekehkan pon, aku x kesah la ...

Sharing with you all graf yg aku catit sendiri, di entry akan datang aku akan bercerita lebih lanjut ye! Sampai korang boring ... hahhahaha

P/S: Aku tidak pernah menolak kebesaran Tuhan or perancangan Tuhan untuk aku & suami dengan cara ini. Walaupon ada setengah pihak mengatakan aku taksub dengan suhu2 ni, pada aku, i'm just knowing when my period will come or when it doesn't ... Ya Allah, kau berikan aku kekuatan ... Amin ..

Sunday, January 23, 2011

Bermula cerita tentang 'dia'

Aku berfikir panjang haruskah aku tulis pasal ini... Patutkah aku menulis kisah ini ... Sejak terlintas dalam kepala aku ... aku terus berfikir ... Bercerita tentang ini, seolah2 mencanang pada satu dunia kisah ku ... kisah tentang kekurangan yg masih aku terasa hingga kini ... mungkin ada yg akan terfikir,"eleh.. kecoh arr budak ni or mungkin ada yg akan berkata ... kisah aku lagi sadis tapi x kecoh pon .. .. x heran pon" ... bermacam aku fikir pro & contranye ... 

Aku membuat keputusan utk tulis sebab ini adalah tulisan tentang kehidupan ku, ape yg aku rasa perit, getir, suka & duka menjalani kehidupan ini sebelum aku menutup mata or hilang upaya utk berbloging lagi ...so  terpulang pada pembace utk membuat kesimpulan or comment... Mereka ada hak nak kata ape2 je...


Aku bermula di sini, dengan hobi baru yang penah aku ceritakan di sini. Hingga kini pon masih lagi aktif berBBT walaupon ada link baru .. Masih lagi menanti si dia yg comel dalam kehidupan kami setelah hampir 9bulan berlalu sepi ... Masih cube tersenyum dengan segala persoalan yg datang ... cube memberi senyuman yg ikhlas, walaupon air liur ditelan terasa umpama pasir ... pahit macam ubat ... Kami tetap berdiri, bangun jatuh sendiri .. berpimpinan  berdiri teguh .. atas dasar cinta, kasih & sayang .. demi Allah ... hanya Dia lebih mengerti ...

Di sini mereka yang benar2 memahami menemani ... menjadi telinga tempat luahan perasaan ... jadi suara2 memberi kata2 nasihat & pandangan .. Thanks, kawan ...

Tahun ini, aku plan mayb utk buat pemeriksaan kesuburan or fertility (jika masih tidak berjaya utk preggy naturally) .. walaupon masih x tahu bila waktunya ... tapi inila antara planning this year selain pergi honeymoon ke pulau ****** .. :) yes yes... dats make me smile till ears .. hahahaha .. :)

P/S: Ya Allah Kurniakan kami zuriat2 yg soleh & solehah .. amin ...