Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 3, 2009

Bab 35: Award & Tag lagi?!~


Huhuhuhu.. Aku di tag lagi..kali ini di beri anugerah plak.. (kembang idung kejap)hehee..thanks to
Kak Yatie yg memberi aku award + tag ini..


P/S: Kak, saya bukan takde idea nak update blog tapi takde kemudahan nak g update blog al-maklum tenet kat opis tu dah kene blok sana sini.. :( akak, belikan la vaio sebijik :D



b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Hmm..org yg memberi tag ini namenye seperti di atas - Kak Yatie. Aku kenal dia kat Flextronics. Kitorg opismate..Aku masuk awal beberapa bulan dari dia...Kak Yatie memang workholic .. sanggup lengah2kan waktu makan semate sebab kerja yg melambak.. huhuhu..


nasihat aku:time makan kite makan..:D hehehehe nanti sakit susah, bos leh senang2 cari pengganti kite..


c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.


pergh..manyaknye...10 fakta & hobi aku??!~

Sejak keje nie..cam takde hobi plak..hehehehe.. jap aku coba pikirkan..




1)Tetiba jadi suka melibatkan diri dengan kerja2 amal & sukarelawan - aku dah penah g 2x atas kelolaan Flex. Pergi perkampungan org asli di gelang Patah & beramah mesra dengan orang kurang upaya do Kota Tinggi



2)aku suke surf internet - search pasal ape2 yg berfaedah ja ya! contoh..masa aku nak beli digital camera lebih 100x aku surf untuk perbandingan yg terbaik utk aku..



3)Aku memang cerewet pada sesetengah perkara - contohnye kes camera digital nie juga..tak cukup surf kat tenet,aku round2 cari2 kat kedai tanye pendapat org2 kat kedai camera tu..tapi tanye2 je dulu bukan nak beli.. heehhehe.. customer always rite,key..jgn marah2x..



4)Aku suke masak - hehehe ikut mood arr kalo malas tak berasap juga dapur.tapi kalo ada geng memang menjadi..macam skang nie..aku hampir setiap mlm makan kat umah.. aku + my osmates memang rajin memasak..latest aku wat bubur puteri mandi @ bubur candel letak durian..



5)aku suke chat - ym,gmail,msn sume aku ade.. :) pada aku inila cara plg mudah merapatkan silaturrahim pd kenkwn yg jauh



6)Aku kuat cemburu - yg ini sila tanya Hakim betol ke x? ehehehe .. dah sayang mesti la cemburu.. takut melepas..hu hu



7)Aku prefer sms then talk - really la..ngah drive pon bole taip sms


P/S: utk sape yg expert cam aku jerk leh wat..



8)aku tak suke minum susu terutama susu tepung..tolong arr jgn kenekan aku lagi..



9)adus.. dah tak terpikir lagi nie.. hmmmm.. aku suke makan makanan laut



10)aku cintakan Hakim -> hehehee gedik je kan..saje nak sakitkan mate pembaca sekalian jgn marah..nanti kene jual !~



d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Penerima award seterusnya ialah:-


1) Atul
2) Zapril
3)Yusz
4)SOT
5)Kak Ryn
6)sesape yg membaca blog aku(bole tulis camni?) :D


Bab 34: Aku tengok Konsert Search

Tiket yang masih tersimpan


Ari ni aku ke cc lagi..tak tahan asyek bace blog org..blog sendiri bersawang.. huhuhuhu..



So kali ni nak cite aku & Hakim pegi tengok konsert Search Di awan Biru bertempat di stadium tertutup JB pada May yg lepas..



First time aku pegi tengok konsert berbayo..slame ni tengok yg free je contoh kat JOM HEBOH..:) memang berbeza dengan konsert berbayo nie.. terutama dari segi sound & keselesaan..




Amy yg masih bertenaga


Gambar kabur tp berseni :D

Rockers..


Friday, June 19, 2009

Bab 33: Aku kembali...

Dah bersawang log aku nie.. mmg terlalu lame aku tak menulis.. rindu gile. uhuhu
tapi nak wat cane,kene g cc baru leh update.. :(

Terlalu banyak la yg berlaku setelah sebulan tak upload blog nie..tak tahu mane satu nak cite.. :D
thanks to Kak Yatie & Sala yg prihatin bila aku gaduh ngan my beloved one..Skang hubungan semakin baik.. trima kasih atas doa2 kalian sume..

hmm..aku la kite cite pasal "Nusajaya". Nusajaya akan datang menjadi pusat pentadbiran johor.
okla tempatnye not bad kate omputih.kadang2 petang ahad aku + my pakwe akan lepak2 tengok org main drift kat track yg disediakan kat situ. Bingit dengan bunyi enjin kete..

Lagi satu tempat lepak best Puteri Houbor(ejaan nie mesti salah)

aku letak gambo2 aku kat sini.. (lamak cc nak tutup arr..adus tak sempat..busan tol arr..)
lain kali aku up eh..

P/S: Ha!baru bole letak gambo..








Tuesday, May 12, 2009

Bab 32: Betul ke??!

Terlintas dalam kepala ku ari ni, tentang perhubungan (lebih specific pada hubungan antara kekasih,kenkwn, suami isteri).. Aku berpendapat tiada 1 pon manusia dalam dunia ni, bile menjalinkan 1 hubungan tak inginkan kebahagiaan & kegembiraan. betul kan??



Camne utk mewujudkan kebahagiaan jika bukan hasil kerjasama kedua2 pihak? Ari tu aku bergaduh teruk dgn insan tersayang..Dia sanggup biarkan aku tunggu dia dekat 1jam kat carpark PTP padahal dia bukan kat PTP.. Dia kat umah tgh tgk tv.. :( alasan - dia tengah marah kat aku, taknak jumpa ngan aku..

aku pon tak mahu ingat lagi benda sudah berlalu, yang penting skang + masa akan datang, harap sume tu takkan berulang lagi..

Cume nasihat aku.. jika kite benar2kan sayangkan seseorang buat la 8 perkara ini:-


1)Kehadiran.


Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak
ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara
berutus surat , telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda
sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan,
perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang
demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting.
Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.



2)Mendengar.


Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan
orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari
dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat
diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan
hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan
kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik,
pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap
setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu
mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang
menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat
selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar
ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.



3)Diam.


Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh
digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain,
tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan
cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan
jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan
mengkritik bahkan membebelnya.



4)Kebebasan.


Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya
untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut
dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika
kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah
satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah
bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu,
memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk
bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan
olehnya.



5)Keindahan.


Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil
lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga
merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda
menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang
peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik
untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang
tamu atau meja makan yang berhias indah.



6)Tanggapan Positif.


Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap
pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah
tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya
kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan
dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam
seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang
dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda
memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering
tidak dilupakan.



7)Sedia Mengalah.


Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi
sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah
pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan
sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila
anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk
memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda
tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji,
tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan
punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda
untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan
kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.




8)Senyuman.


Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi
pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus
asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa
ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri
dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda
menghadiahkan senyuman manis??



Aku rasa aku sudah mempratikkan sume di atas kecuali no 4,6 & 7 aku kene perbaiki.. Aku sedang cube sedaya upaye nie..Pls pray for me..

Sunday, April 19, 2009

Bab 31: Bingung

Aku bingung sejak Jumaat yg lalu, aku bingung dengan bf aku. Tapi aku tak salahkan dia, mungkin semuanya berpunca dari aku..ntahla... bila bergaduh msg2 cari salah siapa itulah lumrah manusia.


Tapi patut ke menghukum aku sampai begini? Ataupon, inikah yg aku lakukan selame ni pdnya?
Andai benar,maafkan aku.

.......................(speechless,too sad...wanna cry..i'm sorry i'm too emosional....)

Wednesday, April 8, 2009

Bab 30 : Rumah Baru...

Pada 29.3 yg lalu, aku start pindah umah baru kat tmn desa paya mengkuang. hmm lebih kurang 10minit dr PTP tempat aku keje..



Ok la.. umah teres 2tingkat kos murah.. sekurang2nye ada juga tmpat teduh utk kete walaupon kene bergilir2 ngn osmate..



In future nanti leh letak gambo kat umah baru plak.. hehee skang nie dah online dr cc susah lak nak letak2 gambo..



Ok.. dat's all for today..

Sunday, March 15, 2009

Bab 29 : Rindu tak berteman..

Ari ni, skali lagi sanggup pegi cc, sebab ketagih nak tulis blog.. uhhuhu..
Terasa rindu yg tiada bertepi ngn blog ni...Sejak seminggu yg lalu terlalu banyak yg berlaku dalam hidup aku..






Pertama, ari jumaat yg lepas seorg officemate aku bagi 1emel tentang kisah seorg bayi yg berjuang utk hidupnye selame 8 bulan & akhirnya pulang ke pangkuan Ilahi. Email tu merupakan copy paste dari blog penulis merangkap ibubapa kepada bayi tersebut yg bernama Adam Yusuf(if I'm not mistaken). Sedih aku baca blognye..setiap ayat sungguh menyayat hati, aku seolah2 berada di tempat penulis. Aku menangis bersama dia, dalam tak sedar airmata ku mengalir di depan pc & di tempat kerja.. bila kutanya rakan2 yg lain, ternyata bukan aku seorg yg emosi bila baca kisah tu.. malah mereka juga..Walau apepon, aku harap andai itu kisah benar semoga aman roh baby tu di samping Allah.






Ke2, aku pon tak pasti seminggu yg lalu emosi aku teruk skali.. asyik berselisih faham ngn yg tersayang.. dia pon kate aku marah dia tak tentu pasal. Aku tertekan dengan kehidupan aku sendiri. Dengan kerja yg masih tak tentu hala tujuan, sumber kewangan yg masih meragukan dengan impian2 yg masih terlalu jauh. Aku seperti hilang arah & berputus asa. Kadang2 aku macam tak mengenali diri aku sendiri.. ntah la.. aku sudah tak tahu mana lagi hendak aku letakkan sabar ku,tabahku... semoga Tuhan sentiasa dekat denganku...






Ke3, 15.3 - lagi bala menimpa aku. Tetiba tuan umah bagi notis 1 bulan utk kluar dari umah. Sms yg bermula dgn permohonan maaf, sebab dia nak tinggal di rumah itu.. dengan terpaksa, aku setuju. Tarikh 15.4 merupakan tarikh terakhir aku berada di rumah flat itu setelah 2 thn aku menumpang teduh d situ. So mula detik ini, aku sebok memikirkan di mana aku nak tinggal & dengan siapa. Osmate aku pon tak pasti samaada akan follow aku ke tak, sebab umah org tuanya lebih kurang 45mins dr Flextronics.






Semoga semua ini berlalu segera..semoga semua pulih seperti sedia kala & aku mampu menarik nafas lega. Maafkan andai ada yg terluka dgn segala tindakan aku seminggu yg lalu...