Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 1, 2009

Bab 67 : Gambo bunge dip aku wat

Ini la bunga dip yg aku wat tak jadi tu...





Sampai skang aku ter'stop' wat bunga dip ni..






nampak berbelang2 kelopak tu??






P/S: Still frust hasil seni aku yang tak menjadi ni...plak tu skang susah plak nak cari barang2 wat bunga dip ni..rata2 org lebih suka beli yang dah siap kat kedai2...tapi still susah nak cari bunga dip kat pasaran yang murah2. Biasa hargenya mahal.. huhuhu...

Monday, November 30, 2009

Motosikal for sale

Pengumuman pengumuman sesape berminat nak memiliki moto Jaguh 175cc or Vespa(old-skool) seperti dibawah silalah hubungi abah aku utk keterangan lanjut - 013-7053647(En Baharin).



Jaguh - RM2600


Vespa - RM1600











Register - 2000, Good condition









Enjin sume dijaga rapi - abah aku memang jenis sayang harte punye - kompom 1001%










Old skool vespa - 1963










Aku snap gambo enjin moto vespanya skali..





Sesape berminat bole la kontek abah aku..Harge boleh runding.






P/S : Aku warning iklan ni untuk sesapa yg betol2 berminat utk membeli, kalo taknak jgn ngade2 nak kontek abah aku weh!!! (Ops!no flat moto tu aku sengaja tutupkan, sebab takut ada pihak yang salah gunakan)



Monday, November 23, 2009

Bab 66 : Mengapa aku tak makan kat Kantin Flex Lagi

Aku dah lama tak makan makanan dari kantin Flex nie.. Last aku makan time training sebulan yang lalu.. Itupon aku makan kerana ter'paksa'...






Lepas2 nie, aku tobat taknak makan lagi walaupon terpakse..Aku sanggup arr berpose makan dari makan makanan yang kotor dari kantin tawakal tu..






Pagi ini aku trime satu email, complain pasal menjumpai bendasing dalam roti canai kat kantin.Mari tengok apakan bendasing itu...




Nampak x ats sudu tu apa?




itula - kuku sape ntah bole masuk dlm roti canai








P/S: Sesape yang masih bole telan makanan dari kantin tawakal tu - terpulangla.. Lu pikirla sendiri..






Wednesday, November 18, 2009

Bab 65 : Hadiah









Cantek x benda nie? Ada sesapa berminat? Semlm aku jenjalan jusco bukit indah, konon nak cari hadiah utk org kwen. So kami berkenan dengan yang nie - lampu with watch harga pon berpatutan - RM29.90 tapi malangnya takde kotak. Nak tanya promoter, promoter dah balik..bongok tol balik cepat belum time lagik.. ntah2 ngulo jek..




Last2 aku beli benda lain - crystal vase. Gambonya tak amek lagi.. Sume org tahu la crystal vase tu ape.. dlm BM pasu kristal (heheehe)..Regenya sedikit mahal dari harga di atas.





P/S: Harap2 org yg menerima pasu itu suka la dengan hadiah aku yang tak seberapa ...

Rehat Minda : Setia seorang bernama Lelaki

Cerpen

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya 1jam lagi.





Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam
tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa
lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang
balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter,
aku putuskan untuk melakukannya sendiri..Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru.





Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap penyakit Alzheimer.





Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat
terkejut dan berkata, "Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? "





Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia kan?"





Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum.




Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.




Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.
"Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan"





P/S: Adakah cinta seperti ini milikku?

Tuesday, November 17, 2009

Rehat Minda : Cantik

Untuk Renungan Bersama…







Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.








Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia(betul2 ni tande2 "playboy"). Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.








Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.








Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya.. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci.








Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.








Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.







Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.





Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.








Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.








Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, "Buta ke dia?".








Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!







P/S from my Ayang : Bagi abg syg ttp cntk di mata abg…





P/S : Terharu tol baca ni, aku dapat email ni dari Akim, sungguh mendalam maksudnya bagi aku yang terlalu merendah diri pasal "aku tak cantek"...

Friday, November 13, 2009

Bab 63.1 : Misi completed - Bakul Recycle Paper

Aku saja nak jugak letak hasil tulisan aku dalam BI. Yang ni memang purely hasil perahan otak & minda aku dalam english.. Tak power mane pon english aku.




Tapi aku memang buat bakul ni dalam 100+ pcs utk wedding angah aku tahun lepas Feb,2009.




Untuk bacaan anda sila Klik -> sini




P/S:Buat bakul ni lagi senang daripada buat bunga dip tu wei.. huhu