Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 19, 2009

Bab 33: Aku kembali...

Dah bersawang log aku nie.. mmg terlalu lame aku tak menulis.. rindu gile. uhuhu
tapi nak wat cane,kene g cc baru leh update.. :(

Terlalu banyak la yg berlaku setelah sebulan tak upload blog nie..tak tahu mane satu nak cite.. :D
thanks to Kak Yatie & Sala yg prihatin bila aku gaduh ngan my beloved one..Skang hubungan semakin baik.. trima kasih atas doa2 kalian sume..

hmm..aku la kite cite pasal "Nusajaya". Nusajaya akan datang menjadi pusat pentadbiran johor.
okla tempatnye not bad kate omputih.kadang2 petang ahad aku + my pakwe akan lepak2 tengok org main drift kat track yg disediakan kat situ. Bingit dengan bunyi enjin kete..

Lagi satu tempat lepak best Puteri Houbor(ejaan nie mesti salah)

aku letak gambo2 aku kat sini.. (lamak cc nak tutup arr..adus tak sempat..busan tol arr..)
lain kali aku up eh..

P/S: Ha!baru bole letak gambo..








Tuesday, May 12, 2009

Bab 32: Betul ke??!

Terlintas dalam kepala ku ari ni, tentang perhubungan (lebih specific pada hubungan antara kekasih,kenkwn, suami isteri).. Aku berpendapat tiada 1 pon manusia dalam dunia ni, bile menjalinkan 1 hubungan tak inginkan kebahagiaan & kegembiraan. betul kan??



Camne utk mewujudkan kebahagiaan jika bukan hasil kerjasama kedua2 pihak? Ari tu aku bergaduh teruk dgn insan tersayang..Dia sanggup biarkan aku tunggu dia dekat 1jam kat carpark PTP padahal dia bukan kat PTP.. Dia kat umah tgh tgk tv.. :( alasan - dia tengah marah kat aku, taknak jumpa ngan aku..

aku pon tak mahu ingat lagi benda sudah berlalu, yang penting skang + masa akan datang, harap sume tu takkan berulang lagi..

Cume nasihat aku.. jika kite benar2kan sayangkan seseorang buat la 8 perkara ini:-


1)Kehadiran.


Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak
ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara
berutus surat , telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda
sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan,
perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang
demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting.
Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.



2)Mendengar.


Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan
orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari
dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat
diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan
hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan
kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik,
pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap
setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu
mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang
menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat
selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar
ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.



3)Diam.


Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh
digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain,
tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan
cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan
jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan
mengkritik bahkan membebelnya.



4)Kebebasan.


Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya
untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut
dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika
kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah
satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah
bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu,
memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk
bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan
olehnya.



5)Keindahan.


Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil
lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga
merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda
menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang
peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik
untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang
tamu atau meja makan yang berhias indah.



6)Tanggapan Positif.


Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap
pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah
tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya
kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan
dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam
seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang
dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda
memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering
tidak dilupakan.



7)Sedia Mengalah.


Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi
sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah
pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan
sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila
anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk
memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda
tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji,
tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan
punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda
untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan
kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.




8)Senyuman.


Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi
pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus
asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa
ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri
dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda
menghadiahkan senyuman manis??



Aku rasa aku sudah mempratikkan sume di atas kecuali no 4,6 & 7 aku kene perbaiki.. Aku sedang cube sedaya upaye nie..Pls pray for me..

Sunday, April 19, 2009

Bab 31: Bingung

Aku bingung sejak Jumaat yg lalu, aku bingung dengan bf aku. Tapi aku tak salahkan dia, mungkin semuanya berpunca dari aku..ntahla... bila bergaduh msg2 cari salah siapa itulah lumrah manusia.


Tapi patut ke menghukum aku sampai begini? Ataupon, inikah yg aku lakukan selame ni pdnya?
Andai benar,maafkan aku.

.......................(speechless,too sad...wanna cry..i'm sorry i'm too emosional....)

Wednesday, April 8, 2009

Bab 30 : Rumah Baru...

Pada 29.3 yg lalu, aku start pindah umah baru kat tmn desa paya mengkuang. hmm lebih kurang 10minit dr PTP tempat aku keje..



Ok la.. umah teres 2tingkat kos murah.. sekurang2nye ada juga tmpat teduh utk kete walaupon kene bergilir2 ngn osmate..



In future nanti leh letak gambo kat umah baru plak.. hehee skang nie dah online dr cc susah lak nak letak2 gambo..



Ok.. dat's all for today..

Sunday, March 15, 2009

Bab 29 : Rindu tak berteman..

Ari ni, skali lagi sanggup pegi cc, sebab ketagih nak tulis blog.. uhhuhu..
Terasa rindu yg tiada bertepi ngn blog ni...Sejak seminggu yg lalu terlalu banyak yg berlaku dalam hidup aku..






Pertama, ari jumaat yg lepas seorg officemate aku bagi 1emel tentang kisah seorg bayi yg berjuang utk hidupnye selame 8 bulan & akhirnya pulang ke pangkuan Ilahi. Email tu merupakan copy paste dari blog penulis merangkap ibubapa kepada bayi tersebut yg bernama Adam Yusuf(if I'm not mistaken). Sedih aku baca blognye..setiap ayat sungguh menyayat hati, aku seolah2 berada di tempat penulis. Aku menangis bersama dia, dalam tak sedar airmata ku mengalir di depan pc & di tempat kerja.. bila kutanya rakan2 yg lain, ternyata bukan aku seorg yg emosi bila baca kisah tu.. malah mereka juga..Walau apepon, aku harap andai itu kisah benar semoga aman roh baby tu di samping Allah.






Ke2, aku pon tak pasti seminggu yg lalu emosi aku teruk skali.. asyik berselisih faham ngn yg tersayang.. dia pon kate aku marah dia tak tentu pasal. Aku tertekan dengan kehidupan aku sendiri. Dengan kerja yg masih tak tentu hala tujuan, sumber kewangan yg masih meragukan dengan impian2 yg masih terlalu jauh. Aku seperti hilang arah & berputus asa. Kadang2 aku macam tak mengenali diri aku sendiri.. ntah la.. aku sudah tak tahu mana lagi hendak aku letakkan sabar ku,tabahku... semoga Tuhan sentiasa dekat denganku...






Ke3, 15.3 - lagi bala menimpa aku. Tetiba tuan umah bagi notis 1 bulan utk kluar dari umah. Sms yg bermula dgn permohonan maaf, sebab dia nak tinggal di rumah itu.. dengan terpaksa, aku setuju. Tarikh 15.4 merupakan tarikh terakhir aku berada di rumah flat itu setelah 2 thn aku menumpang teduh d situ. So mula detik ini, aku sebok memikirkan di mana aku nak tinggal & dengan siapa. Osmate aku pon tak pasti samaada akan follow aku ke tak, sebab umah org tuanya lebih kurang 45mins dr Flextronics.






Semoga semua ini berlalu segera..semoga semua pulih seperti sedia kala & aku mampu menarik nafas lega. Maafkan andai ada yg terluka dgn segala tindakan aku seminggu yg lalu...

Saturday, March 7, 2009

Bab 28: Internet block ~ First time from out

Hello & salam to all readers...

Ari ni untuk pertama kalinya aku terpaksa on9 from Cyber cafe.. So buat masa ni, tentu aku jarang2 dapat update dalam blog ini. Al-maklumlah, internet kat opis dah kene blok..

Tentu jarang2la aku dapat nak ke cc, huhu kene jimat2 juga.. kilang tempat aku bekerja tu tak tahu untung nasebnye..asyek suruh cuti pakse je...

Jadi mungkin ini blog terakhir utk waktu ini, sehingga aku dapat menulis kembali..
Dan pastinya aku akan merindui kamu semua...

till berjumpa kembali.. Sekian.

Penulis,
Linda..

Wednesday, March 4, 2009

Bab 27 : Aku di TAG lagi...

Ari ni aku di TAG lagi oleh my officemate Yatie tentang 5things about me & around me...

So aku mulakan dengan:-



5things found in my bag



  1. Compact powder/Lipstik/pelembap bibir -> utk touch up muka
  2. Camera digital -> saja je bawa walaupon takde la slalu gune
  3. Buku ASB -> bile2 tergerak ati nak tgk simpanan dah brape byk.. hehe
  4. Resit2 -> bak kate Donald Trump "we must know very single cent our money goes"
  5. Tisu/Oil control film -> maklum la kulit muke jenis berminyak jd mesti bawa bende ni ke mane2

5 things found in my wallet/purse

  1. IC
  2. Money
  3. Gambo org tersayang & me
  4. Cards - atm, credit, member cards (Petronas)
  5. Lesen kete

5 favourite things in my room

  1. Tilam
  2. Teddy bear - Kimi
  3. Bantal
  4. Kipas
  5. Gobok

5 I've always wanted to do

  1. Sponsor parents g haji dengan duit aku sendiri
  2. Bercuti ke Jepun -> my dream since 10years old
  3. Main salji
  4. Blaja berenang -> wondering kenape aku tak bole terapung .. uhuhu
  5. to be engineer -> cipta macam2 benda utk kesenangan diri sendiri..

5 things I'm currently into

  1. Cari keje yg lebih baik & tetap dr skang
  2. Blogging
  3. Saving money for future
  4. Thinking how to earn more money
  5. Saving for Vaio laptop -> uhuhuhu, ntah bile leh dapat..

Sekian utk kali ini, sekarang giliran aku utk tag 5 org kawan2 -

  1. Zapril
  2. SOT -> suara ombak timur
  3. Atul
  4. Yusz
  5. Zie -> The eyes of princess Redbloodshow