Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 12, 2012

Apa kabar semua??

Lama betul aku biarkan blog ini sepi.. Minta maaf pada followers semua .. So amcam tahun baru? Aku harap ianya pastinya lebih baik dari tahun 2011.

Di saat aku menaip baris2 ayat di sini, aku bukan saja tak tahu ape yg hendak aku tulis atau di mana harus ku mulakan ceritaku ini.. Namun, aku sedar, ada yg benda2 aku mudah lupa .. contohnya, aku x ingat name sorang osmate aku masa aku bujang padahal; aku baru nak masuk 2 tahun berkahwin.. (minta maaf kalo ex-osmate aku tu ada membaca or terbaca blog ni)

Mungkin lepas ni aku akan tulis setiap ape yg aku lakukan .. Takutnya aku jika terpaksa berdepan dengan situasi aku lupa siapa aku .. Nauzulbillah ..

Moga kita jumpa lagi di lain waktu .. wassalam .. 

Monday, January 9, 2012

Slamat Bercuti Utkku..

*** aku tengok ada post yg tertinggal dalam draft blog ni ***

26.12-2.1.2012 Flextronics shut down .. so lama juge memerap kat rumah je .. Plan cume p medical cek up under KPJ,JB on 28.12 ..
resultnya akan kuceritakan kemudian .. 

Saturday, October 8, 2011

Lucrin terakhir

Sudah bersawang blog ni .. So ari ni baru nak bersihkan sawang2 tapi lepas ni akan bersawang lagi la blog ni selama 3bulan .. Sebabnya kakak2 ipar nak pinjam laptop ni so aku akan sangap la lepas ni kat rumah xde mende agi selain tv.

Aku just nak update pasal rawatan selepas operation ari tu. Sepatutnya aku kene inject sebanyak 6x = 6bulan, tapi disebabkan kekangan kewangan & insuran company pon dah sampai limit. Aku stop bulan ni. Aku just dapat 3x shot = 3month. Doktor yang rawat aku tu, cakap xpe la at least minimum shot aku da buat, semoga Endo x tumbuh lagi or if tumbuh pon tunggu la selepas aku dapat at least 1 zuriat .. huuhuhu ..

So sekarang aku masih menanti period utk muncul untuk rawatan seterusnya. Doktor suggest buat Hsg (xray to check tiub falopio).

P/S: Tolong doakan saya ye readers .. :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Kepada semua pembaca & pengikut setia blog ini yang beragama Islam, aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin".
Semoga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan diterima Allah & diberi ganjaran setimpal. Insyaallah.
Doakan kesejahteraan saya & suami. 
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini

Saturday, August 27, 2011

En Hakim Sudah 28tahun

Sebenarnya ini kejadian pada 24.8.2011 yang lalu. X berkesempatan nak masukkan entry ni lebih awal. Mula2 pening juga sebab tidak tahu nak kasi hadiah apa untuk asben tercinta aku ni. Bila fikir2, dapat idea aku nak belikan si dia, spek rayban, semestinya yang ori saja. So 19.8 tu, aku ajak kawan2 satu ofis pergi sebey2 dekat Jusco Bukit Indah. Mula2 memang ingat nak beli terus, konon nak buat suprise tapi last2 x jadi. Sebabnya, aku takut dia x suke pilihan aku. Then, ada kedai yang x bole nak pulangkan barang if si dia x berkenan.

So pada 24.8, aku nekad ambil cuti halfday (asben keje malam), so kami p meronda2 kat Jusco lagi if si dia ada berkenan dengan mana2 model Rayban. Dah puas berjalan kat angsana sehari sebelum tu, but xda yang betul2 menarik hati si dia.. Last2, si dia tertarik dengan spek ni dekat 1 kedai di Jusco, so aku terus arr rembat .. Harganya hmmm .. riban2 gak nasib baik ada offer 40%.

Ucapan untuk suamiku (jika dia terbaca blog ni) - Semoga ayang tabah, sabar & kuat melayari bahtera perkahwinan kita walaupon badai melanda. Semoga Allah panjangkan umur ayang, murahkan rezeki kita dan melindungi rumahtangga kita. Yayang sayang,cinta & kasih ayang selama2nya..

Lagu ini kutujukan khas untuk suamiku, to be honest, masa mula2 terdengar lagu ini, aku terkenang detik pertama aku bertemu dengan En Hakim.. He was so sweet, so shy but want (malu tapi mahu) uhahaha... 

Saturday, August 20, 2011

Mimpi ganjil di bulan Ramadhan


Lagu - Doaku Untuk Mu Sayang ..

Sebelum cite lebih lanjut, layan lagu dari kumpulan Wali ni. Best, i lioke ..

Cam ni citenye .. aku rasa dah lebih dari 1 kali aku bermimpi tentang 2 perkara di bawah ni:-

1) Aku jumpa benda2 pelik di jamban or tandas rumah contohnye macam biji betik (dalam hati masa tu berkata, sape pulak berak kuar biji2 nie). Padahalkan bila makan betik bijinya confirm kita buang.

2) Asben & mak aku jaga 2 org baby perempuan(usia dalam 10bulan ke atas, hurmm pandai berdiri jatuh). Yang pelik mak & asben macam sayang gila kat budak2 ni sampai aku tengah syok2 tengok tv, asben bole alih ke siaran yg menjadi kesukaan budak2 ni. Then dalam masa yang sama, aku x suka budak2 ni.. Ada wujud rasa benci kat budak2 ni .. Budak2 ni comel, tembam gila ... Asben concern betul pasal makan minum budak ni, sanggup kuar umah malam nak belikan makanan untuk budak2 ni. Asal usul budak2 ni pon aku xtahu

Pelik x?? Adakah mainan perasaan saja @ satu petunjuk .. Allahualam ..

HARI KE 45

Cantekkan gambar ni? Sejernih air, sederas air begitula setiap insan mahukan dalam kehidupannya.. Kita inginkan kehidupan kita selancar air yang mengalir, tidak begitu berliku namun inila kehidupan. Air di muara pon tidak selalunya tenang .. Aku kira air tanpa kocakan, tidak seindah air dengan ombak yang menderu ..

Ha..! Aku dah lari dari tajuk ye? Ari ni ada ari ke 45 selepas operation, alhamdulillah aku makin sihat. Sudah berjalan pantas dan naluri utk berjalan2 bershopping sudah membuak2 tapi tiada sapa nak teman .. hukhuk .. Alaaa kalo kebas2 sikit tu biasa arr, sebab aku rasa kalo aku banyak berjalan angin dalam badan senang keluar daripada duduk je ..  Semalam pon time rehat, aku merayau kat Jusco Bukit Indah, port lunch time2 kaye masa bulan selain Ramadhan. Tujuannya, nak sebey Spek - rayban untuk hadiah besday En Hakim.

Entahla akhirnya x beli juga, then x sure nak belikan ape lagi .. ada yang kata macam x berbaloi nak belikan spek mahal2 sebab kat pasaran sekarang banyak sangat yang x ori .. Oye.. yg ku sebey tu harganya semua rm700 ke atas .. :D

Apa lagi yang korang kasi kat asben untuk besday dia? Aku ada masa 3ari je lagi ni .. aduyaiiii ...