Erm.. cam mane nak mulakan cerita..Form 4 & 5 detik2 plg best kat sekolah sebab nya dah digelar senior la katakan.. Dah bole la, nak soh org amekkan @ tapaukan makanan kat dewan makan kalo malas nak turun terutamanya bila ari ahad utk sarapan, lunch .. sohla dak junior amekkan dlm bekas tupperwear.
Biasa ari ahad dari pagi takde aktiviti, takde prep pg cuma ada prep mlm je. Ari Ahad ari utk parents and family datang jengok anak2. Mak abah aku pon sebulan sekali wajib dtg punya tgk anak kesayangan dia ni..hehehehhe...
Ada org kata,"Cinta itu Buta" tapi mana ade .. cuba fikir2kan,org buta ada lah.. cinta buta takde.. hahahahha.. ikut definisi sendiri.. bagi aku 'Cinta' itu indah, buta atau tak itu bergantung pada seseorang yg menentukan.Kita yg kawal perasaan kita sendiri bukan org lain.Kita tak bole paksa org sukakan atau bencikan kita. Sebab perasaan adalah milik mutlak individu sendiri. Tapi kita sebagai orang Islam masih boleh berdoa dan berusaha memperbaiki diri sendiri supaya orang akan sukakan kita. Ingatlah, biar satu dunia benci kita, takpe.. jangan Tuhan palingkan mukanya atau bencikan kita.. mesti kita akan jauh dari Rahmat-Nya.
Sebenarnya aku ada minat pada seseorg 'mamat' ni masa awal lagi di bangku sekolah. Dia sekelas dgn aku masa form1,form3 dan form4.Aku suka gile kat dia sampai form3 tapi dia tak pernah sukakan aku, malahan tak pernah pon tegur selepas dia tahu aku suka kat dia.Biasa la lelaki tgk pompuan cantik je..Nak tahu sape 'mamat' tuh.. nantila, di episod akan dtg aku akan munculkan wataknya sbg "tooot".. hhahaha(wait and see..).
Now, let's start about sumone called 'Hasrul Md Yamin". Who's this guy?Dia seorang senior form 5,pemain rugby STJ,prefect 'otai' dorm AS 10..Mula2 mmg tak kenal pon, prasan pon tak kot. Kami berkenalan waktu same mewakili sekolah dlm olahraga. Erm, aku ntah camne bole jadi wakil sekolah dlm acara 'jalan kaki'(huhuhuhu...)padahal aku bukannya minat sukan2 ni.Abg Hasrul plak masuk banyak acara terutama acara padang dan olahraga.Dia terpilih jadi 'best athlete' time tu. Mula2 main2 mata.. tengok2, tenung2..Ada sekali aku bagi dia livita masa dia nak start main.Keesokkan, harinya dia minta jadi penyokong dia plak.Sume org yg dtg sume kena sokong dia ngah lawan.Ngade2 kan dia nih??Tapi nasib baik jadi atlet terbaik. Seminggu lamenya kitorg bermain2 mata, semua org yg wakil sekolah kena dtg waktu pertandingan even bukan acaranya bukan ari tu.. Ceh, aku pon amek kesempatan, sebab time ni lah nak jumpa dia.He is a good looking guys, chinese look (org melaka katakan.. ada keturunan baba kot),fair skin, rambut ikal2 skit..At last day of the tournament,time tu ujan,kitorg kena berebut naik bas sebab ramai yg dtg sampai terpaksa buat 2 trip bas utk hantar budak2 balik semula. Selamat aku dapat naik trip yg last time tu ujan dah lebat.Nasib baik juga aku dapat tempat duduk.Tiba2 ternampak abg Hasrul terasak2 nak naik bas yg same,dia nampak aku lalu senyum padaku sambil menunjukkan piala yg dia dapat sempena jadi best athlete. "Megahlah tu",aku berbisik dlm hati..
Sejak ari tu,kami semakin rapat.Dia org pertama dlm hidup aku yg panggil aku dgn name 'Lynn'. Tapi mana aku tahu, dalam masa yg sama aku ter'rampas hak org.Rupa2nye dia ni dah ada awek, saja menggatal kat aku.Aku plak layan je la,maklum la bole dikatakan hensem gak la dia ni.Perang beso dia ngn awek dia.Akak senior awek dia tu, namenya Kak Mazeq/Mazura, pantang betul tgk muka aku time tu.Habis kene maki je aku ni.. HUhuhuuhuhUuu.. Saya tak bersalah,saya tak tau dia tuh dah ade awek.Dah dia yg gatal tulis2 surat cinta-cintun jiwang2 kat saya la kak,bukan saya yg paksa dia tulis. Hhehehe.. Pendek cite,sampai uztazah wat tazkirah pasal 'Jangan Rampas Tunangan Org' pasal benda ni.Masa tu,aku terasa gak la.. tapi wat2 tak tahu je. Org cakap pokok tak bergoyang kalo takde angin. Aku mmg jahat skit kot time tuh,hhuhuhuhu..
Masa prefect meeting, main2 mata.Masa perhimpunan main2 mata lagi.. haahahha.. Aku ingat lagi satu ayat dia dlm sepucuk surat dia pada aku bunyinye begini,"Abg tak bole tido kalo sehari tak nampak muka atau senyuman lynn, i miss u like crazy".. huhuhu.. terus cair.. mungkin sebab aku ni mmg mudah jatuh cinta kot. Masa tu plak tgh glamour lagu The Moffats - I Miss You Like Crazy, lagu ni jadi lagu tema kitorg la.. hehheehe..
Masa form 4, aku kena masuk ospital 5 hari kena tahan wad kerana disuspek kena denggi. Padahal ari 2, dah negative, tapi agaknya doktor tuh syok kat aku saja soh dok lame2 kat situ.. Saat paling pahit bila tiap2 pagi dikejutkan oleh nurse, kena cucuk utk amek darah.Sakit gile. Saat paling best,time kawan2,warden datang melawat,diorg bawak buah anggur hitam.Sedap..Part yg menyayat hati plak, time mak & abah dtg maklumlah diorg jauh kat Kluang tak bole dtg tgk aku selalu. Masa diorg nak balik mak nangis dia kata sedih tgk aku kene cucuk utk masukkan air/glukos.Dia risau takut bende tu tertanggal dari tgn aku, dia cakap aku tido ganas.. tapi tak tanggallah. Inilah pertama kali aku tido dalam kelambu,kol 6ptg nurse dah siap2 pasangkan kelambu utk aku. Ari pertama dlm kelambu, aku tak bole tido sampai muntah2. Tak sempat g toilet aku muntah kat dustbin je, meradang makcik cleaner tu keesokkan ari nye. Hheehhe,nak wat camne makcik kan dah tugas...
Sedihnya,abg Hasrul tak de pon dtg melawat aku.Bila dah kuar spital, aku still dpt MC.Tapi aku MC waktu kelas je.Prep ptg dgn mlm aku pegi. Biasanya, prefect ditugaskan jaga di stesen yg ditetap utk mengawal pergerakkan pelajar dan halang kalo diorg nak balik awal. Kebetulan aku ditempatkan jaga kat blok form5,berdepan dengan kelas abg Hasrul. Dia nampak kelibat aku kat luar, aku tahu dia mesti nak jumpa aku tapi takut sebab awek dia sekelas ngan dia. Masa balik mesti la aku ingat dia tersenyum girang nampak aku..Dia tak tahu aku bengang gak dia tak dtg visit aku.
Keesokkan harinya, waktu prep ptg aku dpt surat darinya, dia kata sorry tak sempat nak g tgk aku kat ospital, plannya dia nak dtg time sabtu sebab baru turn dak lelaki outing tapi tgk2 aku dah kuar awal.Katanya lagi, dia nak jumpa aku kat workstation time aku kena jaga sebelum student kuar kelas.Mlm tu aku kena jaga kat main tangga berdekatan dengan visitor room/announcement room. Tapi aku tak jumpa dia pon, bahaya la,masa zaman skolah mana bole sesuka ati dating2 nih.Kena tangkap susah, dia tu plak cover2 takut awek dia nampak lagi. At last, dia tgk dari jauh je,dia panggil aku cakap taknak.
Seronoknya waktu rapat ngn dia,dak2 laki formate aku dah stop kacau2 aku lagi mungkin sebab takut kena belasah ngn dia. hahahhaha.. dia tu pemain rugby, biasa lah geng2 dia semua otai sekolah even prefect pon same je perangai. Jadi dak2 laki yg selalu kacau2 aku tu, dah berkurangan skit.Aman hidup den.. tapi yg tak amannya selalu la kena maki hamun ngn Kak Mazeq, dia mmg anti gila ngan aku.
Tapi abg Hasrul ni mmg buaya skit.Semua junior kalo yg cantik skit,putih skit sume dia nak kebas. Hahhahaaha.. tak sedo diri dia tuh, dah ada awek. Dia kata member2 jek, kalo awek dia dpt terima takpe la jugak. Dia kantoi ngn aku masa party prefect utk plaja2 form 5,aku nampak dia terngendeng2 ngan sorang dak junior baru masuk prefect, name nye aku tak ingat plak. Party tu diadakan kat hotel, first time dpt mkn kat hotel best betul.. Abg Hasrul mlm tu pakai baju kemeja color biru laut n bow n vest n kot peh, smart gila.. Dia nampak mcm businessman yg kacak, hehehhehehe... Sebab tu dia jadi 'Prom King' mlm tu.
Hubungan aku ngn abg Hasrul terputus sekejap selepas dia abis form 5. Last aku nampak dia masa dia dtg amek result SPM. Masa tu, aku dah form5. Tapi siapa sangka, dalam ramai2 perempuan yg dia kenal, aku agak lame bertapak kat hati dia sampai dia dah pegi UITM,Perak still cari aku. Aku tak tahu kenapa no tepon umah aku jugak yg dia ingat, masa lepas aku abis SPM dia called aku di rumah. Lama berborak ngn dia, katanya dia dah clash ngn Kak Mazeq dan other girls from STJ. Tapi aku pon tak sure nak percaya ke tak kate2 dia time tuh. Tapi aku layan je la..Finally, masa aku baru masuk MMU, first and last date after school with him, aku buat keputusan utk tinggalkan dia. Masa tu, aku pk satu je dulu masa kat sekolah depan mata aku dia boleh main2 mata, layan2 pompuan lain, layan2 aku even dia dah ada gilfren, so aku tak bole nak percaya seseorg yg macam ni.Jadi, aku cakap dan berbincang dgn dia to stop our relationship. Aku cakap kat dia, "Abg, if after 5 year, kita jumpa balik then abg takde sesapa lagi time tu, lynn pon takde sesapa lagi time tu, kita bole pk balik pasal hubungan kite ini. Tapi sekarang lynn tak bole terima abg". I still remember I got first time 'goodbye kiss' on my left cheek from him and in my life of 18th that time.It's happen spontaneously from him then he walk away. Walk away from me and my life.
Sekarang aku pon tak tahu ape2 pasal dia tapi aku harap dia berbahagia dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya.
Note: Love is not only about feeling inside our heart, it's about trusting, sharing and honesty between each other.
No comments:
Post a Comment