Kali ini aku menulis khas untuk seorang insan yg pernah mencintai aku, dan pernah aku cintai dan lukakan..Catatan ini bukan utk memalukan sesiapa tapi hanya sebagai tanda ingatan dan sebagai tanda kemaafan.
Mungkin aku telah lupa bila the exact time yg aku nekad memutuskan hubunganku dgnnya tapi aku masih ingat ketika itu sebelum aku pegi training di telekom. Waktu itu, aku rasa jahat sekali tinggalkan seseorg yg mencintai aku selama 4thn. Tapi apabila hubungan tanpa kepercayaan dan keikhlasan semuanya menjadi tak menentu. Inikan pula tanpa restu yg ikhlas dari kedua ibu bapa dan keluarga. Ini semua adalah kunci2 kebahagiaan yg mudah dipandang ringan oleh sesetengah dari kita kerana sedang dilamun cinta.
Terlalu banyak kisah pahit,manis untuk diceritakan, rasanya tak sanggup hendak ditulis kerana takut luka lama akan berdarah kembali. Tetapi dia pernah menjadi sebahagian dari hidupku dan kini telah menjadi sebahagian dari kenanganku.
Lebih baik,dibiarkan sahaja ia berlalu dan menjadi pengalaman utk dijadikan ikhtibar kepada diri sendiri. Org kata biarlah luka itu sembuh sendiri. Semoga lukanya pon telah sembuh seperti mana lukaku.
Namun aku tak pernah menyesal dgn keputusan itu. Tuhan telah menguatkan semangat ku dan hari ini aku tetap berdoa semoga dia bertemu dgn seseorang yg mencintainya sepenuh hati. Cuma sekiranya dia membaca coretan ini, aku ingin sekali mengatakan "Abg, maafkan lin ats segala-galanya."Dan lagu di bawah ini, khas utk abg..
Tapi Bukan Aku -Kerispatih
Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencinta
biar aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
Reff:
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyedarinya
Tapi bukan aku
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku
Walaupun pahit, ia tetap dikenang sebab itulah namenya tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat hati penah bertaut..Semoga kita same2 tabah dan bahagia mengharungi masa depan.
~lynn eri~'00-04
No comments:
Post a Comment