Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Nurul Wahida Bt Azman, ari ni genap 5 tahun pemergiannye. Dia adalah osmate semasa aku pada tahun akhir di MMU. Dia junior, amek cost Alpha management. Dan tarikh ini tak pernah luput dalam ingatan aku. Kehilangan yg membuat aku rasa terkilan..
Rasa terkilan yang tak pernah padam sampai ari ni. "Maafkan akak Ayun"
flashback: 26.6.2004 (di rumah sewa No 17 Jln Dahlia,Melaka)
Ayun: Akak, nape akak taknak ikut ayun nak blanje sempena besday ayun?
Aku: Sorry ayun, akak ada discussion ( aku berbohong, sebenarnya discussion dah postpone tapi aku masih marah lagi)
Ayun diam,tunduk...
Aku heran (kenapa sedih na budak nie)
Aku: Ala..tahun depan kite g ye..(kata aku memujuk Ayun)
Ayun terus berlalu tanpa senyum.
Mana tahu tiada dah tahun depan untuk aku sambut besday Ayun kerana pada tarikh ini tahun 2004 pukul 3 petang, Ayun meninggalkan aku dan osmate. Dia terlibat dalam kemalangan jalanraya highway seremban-melaka. Dia seolah2 mengetahui tahun itu ada besdaynya yang terakhir sebab tu dia betol2 sedih aku tak dapat ikut bersama..
Beberapa bulan sebelum dia pergi, dia ada berpesan dengan salah sorang osmateku, katenye, kalo tahun depan ayun tak dok umah ni lagi, kak nim dok la bilik ayun. Dia juge tetibe sangat suke amek gambo dirinye sendiri seperti tengah tido. Mungkin inila, tanda2 dia akan meninggalkan kami semua...
Dan aku sehari sebelum dia pergi, aku mendapat offline mesej dari YM terus ke HP ku katenya,"kak, ayun tak bole tido.Jom la online dengan Ayun". Padahal dia sedia maklum aku takde internet kat kampung..
Terlalu banyak kenangan untuk dikenang (aku plak dah bergenang2 air mata)- dan yang pastinya menjelang puasa mesti aku akan teringat pada dia. Dia yang selalu temankan aku bersahur dulu, kadang2 dia tak makan nasi pon cume makan roti bersama tuna. Lepas sahur, dia akan bersama2 aku gak tengok drama2 kat tv sampai azan.
No comments:
Post a Comment