Alhamdulillah,semoga Uda makin pulih & sihat & boleh melakukan tugas2nya seperti biasa.. Ameen..
Ari ni aku wat research pasal gallstones(batu karang dalam hempedu). Banyak website menceritakan asal usul penyakit & cara pencegahan seperti laman web ini:-
2) http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html
Dipendekkan cerita:
Golongan berisiko:
- Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
- Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
- Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
- Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
Nasihat aku:
- Pemakanan & diet yang seimbang sangat penting untuk menjaga kesihatan badan kita.
- Banyakkan minum air puteh or air jarang(bahasa paso kat umah aku)
- Kurangkan makanan segera seperti sardin,nugget,hotdog,maggi dan yang sewaktu dengannya
- Bila sakit berlarutan, terus suruh doktor diagnosis penyakit, jangan tunggu & bergantung pada ubat sahaja.
Uda aku pundi hempedunya dibuang terus supaya penyakit itu tidak berulang. Mulai detik ini, dia terpaksa berpantang makan.Doktor kata tidak bole makan dengan banyak suma makanan yang digoreng,berminyak & kandungan lemak tinggi. Dalam badan dia dah tak de lagi penapis lemak, kalo dia makan juga lemak akan terus masuk dalam usus dia boleh mengakibatkan penyakit lain pula.
Ini pulak gambo2 batu & hempedu yang telah dibuang dari badan Uda aku.
Yang tengah2 tu batu2 karang saiz macam kacang ijau.
Ini la hempedu - beso dari hempedu ayam ye, warne pon kemerahan bukan cam ayam ijau gila..
Ini batu karang - bapa aku kate leh buat batu cincin.. (hahaha) ada warna ijau kemerah2an saiz cam kacang ijau
Yang ni aku tak pasti, tanye nurse dia kate sejenis batu gak, tapi batu ni lebih bersih berbanding batu kat atas tu..
P/S: Part menyayat hati aku, masa uda baru je sedar pas operation(time tu dia memang mamai gilak) tapi dia bole minta mak aku cium dia..Pergh, terus mengalir airmate aku time tu..tengok dia yang masih lemah, aku pon sempat cium dahi dia.. huhuhu..
1 comment:
Alhamdulillah dah selamat operate...takutnya tengok batu2 tu kan? Insaf sekejap (sekejap je, pastu start balik amalan2 pemakanan yg tak sihat)
Post a Comment