Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 29, 2009

Bab 74 : Topik hangat?!

Sekadar Gambar Hiasan



Pagi tadi on the way g keje, aku dengar radio sinar diorg ngah bercakap pasal peristiwa burok & sadis sepanjang 2009. Tetibe yang mengusik telinga aku ada sorang pendengar ni sms, dia kata dia baru lepas putus cinta dengan seorg laki2 yang dah kenal selama 5tahun & dia harap dapat melangsungkan perkahwinan dgn lelaki berkenaan.. tetapi malangnye, hubungan terputus kerana lelaki berkenaan masih mencintai bekas kekasihnya.. Sedihnya..after 5years & that 'stupid guy'(sori to say cam nie) bole kate x cintakan dia because x-girl?



Aduhai.... sakit ati aku dengar...sampai hati dia buat org cam tu..tak baik dek non oi!!! Nasihat akula pd lelaki berkenaan tu kan..kalo rasa diri tu belum sedia untuk mencintai org lain so jangan try2 nak bagi harapan kat org lain.. If you dah rasa kecewa & sakitnya kecewa why nak suruh org lain rase ape yg you rase... Tergamak betul la jantan ni...Ada otak ke x, aku pon tak sure arr..



Pada aku plak, cinta pertama memang sukar utk dilupakan tapi bila ianya sudah berakhir, maka ia menjadi satu kenangan. Sebagai manusia biasa, kita mesti meneruskan hidup bukan hidup dengan kenangan2 yg tak mungkin akan kembali..Yakin selagi masih ada DIA, tentu masih ada lagi cinta untuk kita sepertimana DIA tak membiarkan Nabi Adam hidup keseorangan..



Dan utk yang aku sayangi di saat ini, mungkin dia bukan cinta pertama ku tetapi InsyaAllah dengan izinNya aku berdoa semoga dialah cinta terakhirku...



P/S: Cintaku takkan mati, biar pon aku telah mati... Cintamu akan kusimpan biarpon kau jauh...

No comments: