Aku rasa terpanggil untuk menyertai pertandingan anjuran Mama-Zara atas galakan opismate aku ni --> Kak Yatie, katenya aku ada percutian menarik sepanjang tahun lepas.Tahun lepas memang tahun berjalan or cuti2 malaysia kot utk aku - aku berpeluang pergi ke Teluk Cempedak, Desaru & Pulau Pangkor. Tapi aku choosed percutian aku ke pangkor untuk masuk pertandingan ini kerana it was my best moment sepanjang 2009 untuk dikongsikan bersama pembaca...
Destinasi - Pulau Pangkor, Perak
Masa - 5/12/2009-6/12/2009
Pulau Pangkor adalah tempat pertemuan aku dan rakan seperjuangan semasa bersekolah di Sek Men Sains Tuanku Jaafar Negeri Sembilan, pendek kate reunion. Setelah 10 tahun berpisah & meninggalkan sekolah kami memilih tarikh 5/12 kerana tarikh yg sama juga tarikh kami mule2 mendaftarkan diri kat sekolah sebagai form 1. Kami pilih pangkor pula, kerana antara pulau yang selamat & bole dikunjungi time mengawan tengkujuh. Selain itu, banyak aktiviti yang dapat kita lakukan contohnye; telematch, snorkeling,kayak, banana boat, jungle trekking, naik bot keliling pulau2 berdekatan, sewa moto @ basikal utk pusing2 pulau dan macam2 lagi la..
Pulau Pangkor terdapat pelbagai jenis pantai yang mengelilinginya, contohnya ada pantai yang pasirnye warna tanah - coklat, ada plak yg pasirnya betul2 putih. Ada pula yang airnya hijau, ada yang jernih sampai nampak hidupan laut cam timun laut & landak laut. Pendek cite, percutian 2ari 1 malam kitorg kat Pulau Pangkor memang seronok walaupon terdapat masalah2 teknikal yg tidak dapat dielakkan tapi rata2 peserta sangat2 berpuas hati.
Special Editted by salah sorang hubby pd peserta, sebagai kenangan terindah kami semua. Gambar diambil di ruang makan hotel kami.
Aktiviti snorkeling - first time sentuh ikan dalam laut tu..
First time aku naik banana boat - nak naik lagi.. best kenyang minum air masin
Inilah antara 3 gambo2 paling best yang aku nak share. Ada banyak lagi tapi disebabkan syaratnya letak max 3 gambo so aku rase inilah yang terbaik.
P/S: Kawan aku cakap,"tak kisah la kite pergi manapon utk bercuti, tapi yang penting bersama siapa kita pergi bukan ke mana kita mahu pergi" .. so take this as granted :) see ya in other pertandingan (kehkeh...cam terror beno jek)
Check list:-
1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula. -- done
2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..-- done
3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D-- done
4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda-- done
5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..-- done
6. Digalakkan untuk menjadi follower mama-- done
7. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda-- done
8. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..-- done
9. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010-- sent 22 Jan 2010
5 comments:
Waaahh....pantas dan tuntas Linda! Heheee....
best giler la..
ohoo..satu opis ngan kak yatie yek..thanx byk2 cox menyokong contest ini yek..hehe
nway, samelah tarikh masuk skolah kite..5 dec 1994 kan..sy dl sek men sains muzaafar syah kt melaka tuh (mozac)..=D
eh..ada 1 lg persamaanla..kitorang pon pilih tarikh 5 dec 2009 utk reunion after 10yrs tinggalkan skolah..tp kitorng buat kat sekolah jek..berbbq dinner kat basketball court..smpatla jenguk2 asrama n sekolah jugak..hehe..rindu kt mozac..=D
ha! mama, mozac memang tahu dah..skolah ats bukit tue.. hehehe..oo..patutla ada gak dapat info mozac wat reunion same tarikh ngn kitorg.. :D
tp dormate kite dl pnggil mozac oleh kakak2 dorm dl ms form 1. name dia kekal smpai skang org pnggl mozac..kita plak dipanggil molly.. ahaks!tapi name kite tak kekal.. hehehe
kenangan2x..
Post a Comment