Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 11, 2010

2010-4 : Jerawat oh Jerawat

Bercakap pasal jerawat, aku cukup tensen. Mana taknya, sejak keje jerawat aku tak pernah surut malah bertambah dengan peningkatan usia. Pelikkan? Kata org, bila usia meningkat kadar hormon akan mengurangkan pengeluaran minyak seterusnya jerawatpon sepatutnye berkurangan. Tetapi tidak utk tubuh badan aku..

Sejak pertengahan tahun lepas, jerawat aku mule kronik & aku bertukar product kecantikan dari satu product ke product yang lain atas cadangan kawan2 & pengaruh diri sendiri & iklan. Dari yang murah ke mahal, dari oversea ke buatan malaysia. Dari farmasi ke farmasi, dari ubat jamu ke antibiotik. Ternyata hasil belum lagi aku nampak.

Malah lately, semakin ramai yang bertanya,"kenapa muka makin teruk?" dari kawan2, saudara mara, kaum keluarga sehinggala my beloved one, Akim. Huh! Perasaan aku? Getting worst, aku makin tensen tertekan dan macam2 lagi( Tuhan je la yang tahu) rasa nak buat pembedahan plastik kalo aku ada duit. heehehe :D berkesan ke? ahaks..letak kulit paha aku yg licin ni, baru diorg sume terkejut kot.. ahahaha...

Pendekkan cerita, ari sabtu yang lepas(9.1.2010) aku mendapatkan rawatan di pusat rawatan kecantikan yang diiktiraf (namenye aku rahsiakan dulu ye). Sebabnya, aku cube mendapatkan rawatan di tempat yang aku pernah beli product muka tapi susah betol berurusan dengan tuannya, dah la product yang dia cadangkan aku pakai makin merosakkan kulit muka aku. So aku buat keputusan untuk pergi ke pusat yang terkemuka la sikit,layanan diorang pon bagus. Nasihat pon boleh diterima akal aku, tak macam setengah pusat kecantikan tu, aku terasa nasihat diorang lebih kepada nak komdem..korang rasa patut ke cakap kat customer cam nie,"Betullah dek, kulit muka adik ni tak rata (byk bonjol2 la tu maksudnye)..liang roma terbuka sebab tu berjerawat".

So, last Satuday, selame 3 jam aku menjalani process rawatan. Sakitnya tak payahla diceritakan kat sini. Sesapa yang pernah g treatment diorang tahu la..Tapi after sakit2, dia akan massage bahagian bahu ke atas.. Okla.. release tekanan sikit (urutan ini termasuk dalam kos rawatan gak sebab ada setengah pusat rawatan mengenakan charge utk urutan).Total costnye plak mencecah riban2 termasuk product diorang skali.. Paling tak tahan, pantang2 yang dia soh aku ikut:-
  1. Tak bole bersolek even pakai bedak pon dia tak bagi  -- ni aku paling tak tahan ni, aku tak pernah tak kuo umah tanpa concealer & bedak.
  2. Tak bole makan seafood (sotong,udang, ketam dll), ayam & telurnye -- all my feveret :(
  3. Tak bole makan berminyak macam KFC -- i hate to hear this..KFC my feveret too
  4. Tak bole makan too spicy, sambal2 jangan makan  -- sejak aku ada tanda2 buasir, doc dah gtau tapi aku tak leh tak makan.. huhuhu
Nasihat dia plak:-


  1. Banyakkan makan sayur & minum air puteh.

  2. Ambil supplement utk buang toksin dalam badan, most probably my body ada a lot of toksin because pimples aku semuanya jenis berdarah hitam pekat -- anyone can help me about this? Nak makan ape utk buang toksin dalam badan?
  3. Bersihkan muka & pakai product yang dia sarankan dengan betul -- dia siap bagitahu cara2 utk berjimat pakai barang2 diorang yg mahal2 tu - cleanser = RM1xx, toner = RM1xx, serum/moistorizer =RM2xx, Acne Gel = RM9x
Ni plak aku la, after 1st treatment.Aku harap pelaburan aku kali ini akan mendatangkan hasil yang lumayan untuk aku &....... (aku rahsiakan dulu lagi). Tolong doakan aku ye kawan2.. Aku ada lagi 4 sesi di pusat rawatan ini termasuk eye treatment yang aku dapat FOC(free of charge).Ini mungkin gambo aku sebelum, then after finish 4 sesi aku up lagi gambo terkini.. mari kite tunggu & lihat kesannya.. :)



Pipi Kiri


Pipi Kanan

 
Muke depan
P/S : Aku ada sebab aku tersendiri kenapa aku membuat pelaburan beso ini.. Sebabnya (biarlah aku rahsiakan dulu)

Tuesday, January 5, 2010

2010-3 : Takde keje.. :)

Ari ni aku bukan takde keje.. tapi tetiba aku excited sikit sebab aku baru tahu blogspot ada feature baru utk template tulis2 dia.. (aku tak pasti ke tak korang tahu ke tak ape yg aku maksudkan ni..



Tapi kalo nak cuba pergi ke setting_basic then cari macam kat bawah nie..


Lepas tu korang tengokla sendiri perbezaan kat tempat korang menaip blog korang tu.. hehe..
Slamat mencuba!!

Monday, January 4, 2010

2010-2 : Kenapa x-gil bf anda mencari anda?!

Ari ni aku nak pembaca berikan pendapat, agak2nya kenapa x-gil kepada boyfren kite mencari kite?






Kesahnya begini, selame 2tahun lebih aku bercouple pada 29.12.2009 yang lepas, sorang pompuan ni cuba mendapatkan maklumat aku daripada sorang rakan sekerja aku, katanye dia sepupu kepada Akim. Rupenya dia nak tahu email office aku tu betul ke x, refer kepada aku... pendekkan cite, hari yg sama, aku terima one email from her (aku copy paste kan kat sini - dgn name dia aku deletekan dgn tujuan taknak aibkan sesape.. :D) - ops bace email ni dari bawah, yg atas tu the latest dia reply ...







From: Ms XXX Sent: Tuesday, December 29, 2009 12:14 PMTo: Haslinda Binti BaharinSubject: RE:

Xde ape…
K r sy bz nie..
Ada keje saje jek kcau2
hehehehe

THANKS & REGARDS,

Creating Value That Increases Customer Competitiveness






From: Haslinda Binti Baharin Sent: Tuesday, December 29, 2009 12:13 PMTo: Ms XXXSubject: RE:

Hi, bole than. Sape nie? Ada ape?

Best Regards,
Haslinda
DID: +607 5048349
Flextronics - PTP






From:Ms XXX Sent: Tuesday, December 29, 2009 11:50 AMTo: Haslinda Binti BaharinSubject:

Hi,

Bz ke?


THANKS & REGARDS,

Creating Value That Increases Customer Competitiveness






Korang agakkan, kenapa agaknya dia cube meng'contact' aku?? Aku pon konfius? Perlu ke aku layan? I'm deciding to - just wait and see..



2010-1 : Mulakan tahun baru dengan....

Aku kembali.. Salam kpd pembaca sekalian.. terima kasih kerana terus membace blog aku yang membosan kan ni.. ahaks!!





Aku mulakan tahun baru dengan menarik nafas panjang, syukur kerana aku masih lagi di sini. Masih lagi bernafas. Alhamdulillah..





Bila datang tahun baru,mesti sume orang akan bertanya tentang Azam 2010..Azam aku tahun ni, aku jadikan lebih umum dari tahun2 lepas = Aku ingin lebih berjaya dari segi kerjaya, perhubungan & peribadi.





Mungkin aku nak perbaharui template blog aku ni sempena tahun baru.. tapi tengok keadaan jugak la ye.. al maklumla, aku on9 time office hour = illegal ( heheheh ...ssssttt...jgn bagitahu sesape)..




okla.. dat's all for now.. see ya again...

Tuesday, December 29, 2009

Bab 75 : Bersawang seketika

Petang ni,gerak balik ke kampung.. so utk seminggu ni..bersawangla blog ni utk seketika.Aku cuti from esok sampai la 4.1.2009 - kire lame la tu...



Selamat Tahun Baru kpd semua pembaca..Semoga tahun depan lebih baik dari tahun 2009.
Kenang2 daku dalam doa kalian...



P/S: Doaku semoga tahun 2010 memberi sinar baru utk aku..semoga aku lebih berjaya & segala impian menjadi kenyataan...

Bab 74 : Topik hangat?!

Sekadar Gambar Hiasan



Pagi tadi on the way g keje, aku dengar radio sinar diorg ngah bercakap pasal peristiwa burok & sadis sepanjang 2009. Tetibe yang mengusik telinga aku ada sorang pendengar ni sms, dia kata dia baru lepas putus cinta dengan seorg laki2 yang dah kenal selama 5tahun & dia harap dapat melangsungkan perkahwinan dgn lelaki berkenaan.. tetapi malangnye, hubungan terputus kerana lelaki berkenaan masih mencintai bekas kekasihnya.. Sedihnya..after 5years & that 'stupid guy'(sori to say cam nie) bole kate x cintakan dia because x-girl?



Aduhai.... sakit ati aku dengar...sampai hati dia buat org cam tu..tak baik dek non oi!!! Nasihat akula pd lelaki berkenaan tu kan..kalo rasa diri tu belum sedia untuk mencintai org lain so jangan try2 nak bagi harapan kat org lain.. If you dah rasa kecewa & sakitnya kecewa why nak suruh org lain rase ape yg you rase... Tergamak betul la jantan ni...Ada otak ke x, aku pon tak sure arr..



Pada aku plak, cinta pertama memang sukar utk dilupakan tapi bila ianya sudah berakhir, maka ia menjadi satu kenangan. Sebagai manusia biasa, kita mesti meneruskan hidup bukan hidup dengan kenangan2 yg tak mungkin akan kembali..Yakin selagi masih ada DIA, tentu masih ada lagi cinta untuk kita sepertimana DIA tak membiarkan Nabi Adam hidup keseorangan..



Dan utk yang aku sayangi di saat ini, mungkin dia bukan cinta pertama ku tetapi InsyaAllah dengan izinNya aku berdoa semoga dialah cinta terakhirku...



P/S: Cintaku takkan mati, biar pon aku telah mati... Cintamu akan kusimpan biarpon kau jauh...

Monday, December 28, 2009

Bab 73 : Selagi Ada Dia

Ari Jumaat lepas, beli buku cerita Alaf 21 tulisan Aishah Sofea tajuknye Selagi Ada Dia. Jalan cite yang menarik, sebab mampu buat aku menangis sendiri, membenci lelaki tak reti buat keputusan, lelaki yg tamak & tiada pendirian...Penulis pandai meruntun ati bila bercerita pasal keluarga & kasih sayang..



Dan bila aku dengar lagu Larut nyanyian Dewa 19 ni.. aku rase sesuai betul lagu ni dengan cite ni..


LARUT – DEWA 19


Mungkin aku pernah juga..


Merasakan cinta..


Tapi tak pernah..
seindah ini..





Mungkin aku juga pernah


Merasakan rindu..


Tapi tak pernah


Sedalam ini





Mungkin kamu takkan pernah..percaya..


Bahwa sesungguhnya..


aku telah terjatuh.





Chorus:2x

Kuakui aku telah larut


Larut ke dalam


Kamu yang kucintai





P/S : Aku suka lagu ni..sangat bermakna untuk aku dan dia...