Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 23, 2010

Aku,dia,oren dan hitam

Mula2 aku agak ragu2 wat pilihan baju kale hitam oren nie.. Baju dah pilih kat kedai mak andam ari ahad, then ari rabunye, aku leh sms cek abg Akiem kate nak tuko baju la.. takut x sesuai plak.. then aku leh pk cam keling arr majlis kat umah akiem nanti sebab takde kale tema.. hhuhuhu..

Tapi sekarang bila tatap gambo ni, aku rasa pilihan aku tak kurang hebatnya... (puji diri sendiri...) .. Harap2 sangat la.. cantek albumnye.. photo taken by Kak Maya & Hubby

Make up still 2 hati bridal - kat kluang cume tgn pak andamnye berbeza

cantek kan baju ni??


Adakah aku nampak berisi??

P/S : 13 June 2010, lokasi: taman senai utama - dari kol 2 lebih ujan turun dengan lebatnya..sampaikan kitorg tak berarak & kompang main dlm kemah jek.. terkilan gak rasa.. tapi rombongan aku gak lambat sampai... xleh salahkan sesape.. abes baju aku yang meleret2 tu basah ("hubby kate, tu la sukakan baju cam tu...:(") .. ape2 pon aku suke tengok gambo2 nie.. tak sabar nak tengok yg seterusnye.. huhuhu.. make up pon abes cair.. ape2pon bersyukur kerana semuanya sudah selesai.. alhamdulillah....



Monday, June 21, 2010

Sedapnya makan aiskrim ....

Gambo digoogle dari web Wall's

Note: Ini iklan tidak berbayo ye!! Untung aku kalo wall's nak bayo.. hehhehee

Ari ni aku lapo semacam jek,walaupon dah lunch makan kuey tiaw goreng ditapau dari rumah, perut masih bergelodak so aku pergi ke kantin & membeli jajan Contos dan aiskrim Fruttare - Strawberry, actually ari tu tengok iklannye kat tv, aku terliur tgk yg kiwi, tapi kiwi takde...strawberi ok bole la..

Memang sedap, rasa jus sebenar buah macam yg di war2kan kat plastik pembungkus tu, "is made from real fruit juice". Bile korang gigit aisnye sikit, korang akan rasa biji2 strawberi halus2 kat aiskrim tu ... Yang strawberi ni, rasanye manis manis masam...(just memang sedap kat tekak aku..)

Lepas ni, aku nak try yg kiwi plak.. korang kalo dok bace entry ni sambil2 telan air liur tu, baikla korang try sendiri..kang kempunan wa, tak tahu weh....

P/S: setakat pukul 2pm ni jek aku makan dah Apollo layer cake - 2 bj,coklat apollo 3bj, kuey tiaw grg semangkuk utk lunch, sepinggan utk brekfast pagi td.. Air masak = 450ml.. Aiskrim sebtg ..(hmmmm... hidup bio sedap!!) Apsal la makan byk nie??Rosak diet den....

Thursday, June 17, 2010

Novela Contest - Pertama Yang Terakhir


ote: Ari ni aku nak cuba naseb mengarang cerita sikit .. kalo korang nak try klik sini utk sarat2 pernyertaan - Pertama Yang Terakhir

Pengakhiran
Johor Bahru-5pm

Hujan mula turun renyai2 seperti tidak mengizinkan kami untuk terus berada di situ.

"Sayang, jom balik,"kuat suara Nia cuba memanggil Isk yang asyik bermain bola bersama rakan-rakan yang lain.

Lincah sungguh gerak kakinya persis bintang handalan bola sepak ketika itu - David Beckham.

"Kejap", jeritnya ringkas memecah keheningan petang itu.

Sepantas kilat kakinya menendang bola dan akhirnya membolosi pintu gol lawan. Nia tersenyum sendiri melihat gelagat mereka seronok bermain bola sepak. Lantas itu, dari jauh kelihatan sesusuk tubuh berlari-lari anak ke arah Nia.

"Jom, Isk",sambil menggenggam erat jemari Isk.
"Ma,hebat tak Isk tadi?"
"Sure, my dear. Hebat sangat", jawap Nia sambil mengusap kepala anak tunggal kesayangan Iskandar Hakimi nama yang diberi sempena nama orang yang penting dalam hidup mereka sekeluarga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2010-Oct - Hospital Kuala Lumpur

"Isk, you serious ke dengan keputusan you ni? You tahu kan, bahaya untuk you",Dr Hani bertanya lagi, aku kira sudah kali ke 10 Hani terus bertanya soalan yang sama kepadaku.
"Betul I serius. Tolong selamatkan nyawa budak tu untuk I.Kau pun tahu betapa aku sayangkan Nia dan mahukan Nia bahagia", jawap Isk separuh merayu.
"Ok, I'll talk to the doctor now",jawab Hani dan terus berlalu.

Sebentar kemudian, Iskandar ditolak ke sebuah bilik yang mengandungi pelbagai alatan lengkap untuk pembedahan. Paramedik berpakaian lengkap mula memasuki bilik berkenaan. Iskandar melihat sekeliling, ada sekujur tubuh kecil kaku berdekatan dengan trolinya dengan wayar berselirat memenuhi hampir seluruh tubuhnya. Iskandar tersenyum tawar. Matanya terus memerhati tubuh kecil itu,lalu memori silam menerjah ke benaknya. Dia tersenyum lagi, semuanya indah tapi sayang hanya seketika.
"Isk sayang Nia sangat-sangat. Dan Isk akan sayang Nia sampai bila-bila", getus hati kecil Iskandar. Kepala Iskandar mula berdenyut, sakitnya mencucuk sehingga Iskandar tidak dapat membuka matanya lagi.
"Ash-hadu Al-laaa Ilaaha Illa-llaah Wa-Ash-hadu Anna Muhammadan  Wa Rasooluhu. Dengan nama Allah selamatkanlah kami".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"How my child, doc?", soal Nia dengan penuh tanda tanya.
"Operation succeed but we still monitor him closely".
"Bagaimana dengan donornya?"
Doktor tersenyum pahit,"He's gone"
"Ya Allah.. Boleh saya tahu siapa dia dan lihat mayatnya doktor?"
"Maaf puan. Kami tidak boleh memberitahu maklumatnya atas permintaan penderma"

Nia terpaku sejenak, kepalanya ligat berfikir siapakah gerangan yang telah menyelamatkan buah hatinya dan merahsiakan diri daripadanya. Dia duduk di kerusi menunggu diluar bilik anaknya sementara menanti gilirannya untuk melihat anak kesayangannya.

"Puan Nia Karina?", tegur satu suara yang asing untuk Nia.
"Ye saya", jawab Nia ringkas
"Saya Hani. Ini ada surat buat Nia daripada orang yang Nia sedang fikirkan tu", kata Hani sambil senyum dan berlalu sebelum sempat Nia berterima kasih.

Nia membuka helaian kertas berwarna biru muda.
Nia sayang,
Waktu Nia membaca surat Isk ini, Isk telah pergi jauh dari dunia ini. Isk minta maaf atas ketelanjuran dan kesilapan yg telah Isk lakukan sebelum ini. Isk redha atas apa yg berlaku, Isk tidak pernah marah waktu Nia tinggalkan Isk dulu dan janganla Nia anggap Isk tidak pernah mencari Nia selama ini..Isk sayang hanya Nia...
Nia,
Waktu mula Isk dapat berita tentang penyakit anak Nia, Isk terus menjalani pemeriksaan dengan harapan Isk dapat menyelamatkan dia. Alhamdulillah, ternyata semuanya berjalan lancar, darah dan jantung Isk sepadan dengan dia. Dia anak Isk ke? Jawapannya hanya Nia yang tahu...
Nia,
Maafkan Isk lagi sebab merahsiakan semua ini dari Nia sehingga ke saat ini. Isk sudah tidak harapan lagi untuk menyayangi Nia tapi izinkan jiwa Isk terus berdenyut didalam badan anak kesayangan Nia. Isk doakan agar dia akan terus sihat dan membesar sebagai anak yg soleh kepada keluarga,bangsa dan negara.

Salam Sayang,
Iskandar Hakimi

Nia Karina melipat kembali surat itu, airmatanya mengalir laju. Dia berdiri melihat anaknya dari cermin kaca.Anak itu masih tidak sedarkan diri, badannya masih berselirat dengan pelbagai jenis wayar berwarna merah,biru, hijau dan hitam.
"Maafkan Nia, Isk", diruang matanya kelihatan wajah Iskandar. Dia menutup matanya..
Tiba-tiba, pinggangnya dirangkul kemas dari belakang oleh sepasang tangan gagah. Nia terkejut, matanya dibuka kembali. Pipinya dikucup pula, dia menoleh,senyumannya terukir dan dia membalas pelukan itu. Terasa kekuatan Nia kembali bersama pelukan itu...

"Nia, mulai hari ni kita jaga Iskandar Hakimi b. Adam Haikal ni sebaik yang mungkin, ye?",pinta Adam kepada isterinya Nia.
"Abg sudah...",bibir Nia dihalang oleh telunjuk Adam
"Sssshhhh...Kita mulakan hidup baru selepas ini dengan lebih bermakna untuk kita semua, okey sayang?."

Airmata Nia bergenang lagi. Tetapi kali ini, airmata kegembiraan kerana Adam dapat menerima Iskandar seadanya.

'Terima kasih Isk atas pengorbanan besar ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh-Nya.Sesungguhnya, aku tidakkan pernah meninggalkan mu lagi',getus hati Nia.


P/S : ok dah pening nie, perah otak gali idea.. selam sana sini.. heheheheh.. kite matikan hero idupkan heroin, ok x? hahahhaha just for fun tau, Aidy...jgn bako panggung plak...kiki...

Tuesday, June 8, 2010

Inila pengorbanan Ku, wahai suamiku ...

Sambungan entry ini

Semalam aku dah sms Michael Yap utk tolak offer dia tu.. Dia reply pendek - Ok. Walaupon masih ada rasa terkilan sebab peluang keemasan dah kat depan mata, tapi ape kan daya ... seminggu lepas mood terganggu gara2 ini, hingga saat ni pon masih bersisa... Apa yg aku kesal kan? Entahla, hanya Tuhan yg tahu & mengerti hati ini saat ini..

Cume yg aku harapkan, hargaila pengorbanan ini... Aku telah kehilangan peluang utk memajukan diri dalam kerjaya, saat ini aku hanya ada kamu selagi kau setia denganku ...


P/S: Dalam kekalutan perasaan, aku sempat jek g tengok konsert Double Trouble 5 June ari tu dengan hubby.. hihi .. best woo tapi penat kaki den berdiri 2jam lebih..

Thursday, June 3, 2010

2010-47 : **URGENT** Minta tolong beri pandangan

Sekadar gambar hiasan

Pagi2 yang hening, sedang aku kusyuk wat keje aku yg melambak.. tetiba aku tergerak hati nak idupkan hp no celcom aku yg termati dari semalam sebab bateri kong.. Tetibe, ada miscal no dari kilang lame aku 2x & ada sms ditinggalkan oleh sorang manager (dulu masa aku keje sana dia manager bahagian Mill)

SMS tertera - Hi Linda, I'm Michael Yap, pls call me back..


Bunyi macam serius jek kan?Aku pon try contact dia melalui emel ari ni. Kebetulan memang aku ada simpan alamat emel dia.



Rupe2nya, dia tengah cari planner then tanya aku interest ke x... Aku bole senang2 jawap tak interested, tapi keadaan Flex yang tak menentu... buat aku pikir banyak kali.. lagi pulak aku dah mula tensen & busan buat benda yg sama ari2.. Dan bagusnya Flex ni, aku dah keje 3 tahun tapi gaji aku penah naik sekali jek (Eh! bagus ke??).. Ekonomi x baik kata diorg ...

Aku dalam dilema, kalo aku terima tawaran ni, aku akan berjauhan dengan hubby. Kluang-JB. Hubby xkan tinggalkan keje dia, sebab dia keje under PTP yg bole dikira kukuh. Aku plak tak tahu masa depan aku kat Flextronics nie ... Kilang lame aku agak kukuh sebab kilang wat FMCG (fast moving consumer goods) - Kimberly Clark (kalo korang pompuan korang mesti tahu Kotex .. kalo korang nak lap2 tangan, ke mulut ke.. pakai ape? tisu kan.. ini la companynye..)

Ape pendapat korang? Aku dah minta manager tu tempoh 1 hari utk pikir pasal nie.. huhuhu..

Wednesday, June 2, 2010

2010-46 : Youthsays Again..

Note: Aku sebenarnya sangat buzy dgn keje minggu ni tapi curi2 masa update blog sebab mahu menambahkan pendapatan sampingan --> speak directly from the heart... (hahahha.. ).. korang tolong arr aku, supaya impian aku nak beli laptop tercapai ni .. ..

Event
1) Dia ni mungkin bukan Melayu tetapi dia mewakili Malaysia utk "Global Film Challenge", to know more klik di SINI & vote for him here -- Youtube kene blok kat sini, aku belum vote dia gak..

2) Korang tahu tak dengan tengok video pon bole ada peluang g Bali, Indonesia? Nak tahu cam ne? Tengok sini, x menang ke Bali pon boleh dapat hamper Nestle berrege RM100 untuk 20 org je tau.. -- aku pon akan join sekaki.. mane tau rezki honeymoon kat Bali.. hangpa jgn jeles no nanti..

3) Korang suke makan kat KFC? Korang tahu KFC ada wat laman web yang korang bole tahu pasal latest  fesyen, music, games & you all bole kumpul mata utk redeem makanan di KFC.. Kalo korang nak tahu tekan sini. -- Aku pon baru jek daftar... nak makan KFC punye pasal.. hehehehe

4) Kecian tol aku.. dari dulu nak lappy tak dapat2x.. so wat iklan utk HP mini lappy kat sini.. moge2 korang klik sini dan aku pon dapat sikit utk tambah simpanan aku beli lappy.. -- uhuks!!

P/S: Sekian saja iklan dari penaja pada ari ni... hehehe.. korang jgn marah2 nanti kene jual... Aku? ok2 sajek.. :)

Monday, May 31, 2010

2010-45 : Jangan arr baca entry ni..

Peringatan: Entry ini AGAK Jiwang -- sori.. kalo nak muntah tak payah bace seterusnya..!!
1 June 2010 -- entry ini dedicated to my lovely hubby,Mohd Hakim Rahmat


Ayang,
Setelah sebulan kita membina masjid yg indah ini..
Tiada kata dapat kuungkapkan sebagai tanda terima kasihku
kerna sudinya kau menerima diri ku ini seadanya...

Ayang,
Kau buatku diriku begitu berharga di depan satu cinta
dengan mengabdi satu hati
Dan setia pada satu nama
Satu nama yg buat kubahagia
kaulah segalanya untukku...

Ayang,
Saat kau ingat aku,
Aku pon ingati kau selalu..
Saat kau rinduku, Aku pon jua rasa yang sama...

Semoga Tuhan restui cinta kita
Dan hubungan ini,
Semoga kita adalah suami & isteri hingga ke syurga...

Yang Ikhlas mencintaimu ...
Yayang - Linda


Aku tak dapat nak share lagunye kat sini, tapi hayatila lirik lagu dendangan Maher Zain. Aku harap satu hari nanti si dia akan ciptakan satu lagu utkku lebih kurang cam ni.. mesti best kan??


The Rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know

You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I'll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you
I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you
I know that deep in my heart

P/S: Mula2 dengar lagu nie, aku terharu sungguh.. hampir2 menitiskan airmata, teringat hubby kat umah... hehehe...maafkan saya kerna terlalu emosi ari ni...