Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 4, 2010

2010-2 : Kenapa x-gil bf anda mencari anda?!

Ari ni aku nak pembaca berikan pendapat, agak2nya kenapa x-gil kepada boyfren kite mencari kite?






Kesahnya begini, selame 2tahun lebih aku bercouple pada 29.12.2009 yang lepas, sorang pompuan ni cuba mendapatkan maklumat aku daripada sorang rakan sekerja aku, katanye dia sepupu kepada Akim. Rupenya dia nak tahu email office aku tu betul ke x, refer kepada aku... pendekkan cite, hari yg sama, aku terima one email from her (aku copy paste kan kat sini - dgn name dia aku deletekan dgn tujuan taknak aibkan sesape.. :D) - ops bace email ni dari bawah, yg atas tu the latest dia reply ...







From: Ms XXX Sent: Tuesday, December 29, 2009 12:14 PMTo: Haslinda Binti BaharinSubject: RE:

Xde ape…
K r sy bz nie..
Ada keje saje jek kcau2
hehehehe

THANKS & REGARDS,

Creating Value That Increases Customer Competitiveness






From: Haslinda Binti Baharin Sent: Tuesday, December 29, 2009 12:13 PMTo: Ms XXXSubject: RE:

Hi, bole than. Sape nie? Ada ape?

Best Regards,
Haslinda
DID: +607 5048349
Flextronics - PTP






From:Ms XXX Sent: Tuesday, December 29, 2009 11:50 AMTo: Haslinda Binti BaharinSubject:

Hi,

Bz ke?


THANKS & REGARDS,

Creating Value That Increases Customer Competitiveness






Korang agakkan, kenapa agaknya dia cube meng'contact' aku?? Aku pon konfius? Perlu ke aku layan? I'm deciding to - just wait and see..



2010-1 : Mulakan tahun baru dengan....

Aku kembali.. Salam kpd pembaca sekalian.. terima kasih kerana terus membace blog aku yang membosan kan ni.. ahaks!!





Aku mulakan tahun baru dengan menarik nafas panjang, syukur kerana aku masih lagi di sini. Masih lagi bernafas. Alhamdulillah..





Bila datang tahun baru,mesti sume orang akan bertanya tentang Azam 2010..Azam aku tahun ni, aku jadikan lebih umum dari tahun2 lepas = Aku ingin lebih berjaya dari segi kerjaya, perhubungan & peribadi.





Mungkin aku nak perbaharui template blog aku ni sempena tahun baru.. tapi tengok keadaan jugak la ye.. al maklumla, aku on9 time office hour = illegal ( heheheh ...ssssttt...jgn bagitahu sesape)..




okla.. dat's all for now.. see ya again...

Tuesday, December 29, 2009

Bab 75 : Bersawang seketika

Petang ni,gerak balik ke kampung.. so utk seminggu ni..bersawangla blog ni utk seketika.Aku cuti from esok sampai la 4.1.2009 - kire lame la tu...



Selamat Tahun Baru kpd semua pembaca..Semoga tahun depan lebih baik dari tahun 2009.
Kenang2 daku dalam doa kalian...



P/S: Doaku semoga tahun 2010 memberi sinar baru utk aku..semoga aku lebih berjaya & segala impian menjadi kenyataan...

Bab 74 : Topik hangat?!

Sekadar Gambar Hiasan



Pagi tadi on the way g keje, aku dengar radio sinar diorg ngah bercakap pasal peristiwa burok & sadis sepanjang 2009. Tetibe yang mengusik telinga aku ada sorang pendengar ni sms, dia kata dia baru lepas putus cinta dengan seorg laki2 yang dah kenal selama 5tahun & dia harap dapat melangsungkan perkahwinan dgn lelaki berkenaan.. tetapi malangnye, hubungan terputus kerana lelaki berkenaan masih mencintai bekas kekasihnya.. Sedihnya..after 5years & that 'stupid guy'(sori to say cam nie) bole kate x cintakan dia because x-girl?



Aduhai.... sakit ati aku dengar...sampai hati dia buat org cam tu..tak baik dek non oi!!! Nasihat akula pd lelaki berkenaan tu kan..kalo rasa diri tu belum sedia untuk mencintai org lain so jangan try2 nak bagi harapan kat org lain.. If you dah rasa kecewa & sakitnya kecewa why nak suruh org lain rase ape yg you rase... Tergamak betul la jantan ni...Ada otak ke x, aku pon tak sure arr..



Pada aku plak, cinta pertama memang sukar utk dilupakan tapi bila ianya sudah berakhir, maka ia menjadi satu kenangan. Sebagai manusia biasa, kita mesti meneruskan hidup bukan hidup dengan kenangan2 yg tak mungkin akan kembali..Yakin selagi masih ada DIA, tentu masih ada lagi cinta untuk kita sepertimana DIA tak membiarkan Nabi Adam hidup keseorangan..



Dan utk yang aku sayangi di saat ini, mungkin dia bukan cinta pertama ku tetapi InsyaAllah dengan izinNya aku berdoa semoga dialah cinta terakhirku...



P/S: Cintaku takkan mati, biar pon aku telah mati... Cintamu akan kusimpan biarpon kau jauh...

Monday, December 28, 2009

Bab 73 : Selagi Ada Dia

Ari Jumaat lepas, beli buku cerita Alaf 21 tulisan Aishah Sofea tajuknye Selagi Ada Dia. Jalan cite yang menarik, sebab mampu buat aku menangis sendiri, membenci lelaki tak reti buat keputusan, lelaki yg tamak & tiada pendirian...Penulis pandai meruntun ati bila bercerita pasal keluarga & kasih sayang..



Dan bila aku dengar lagu Larut nyanyian Dewa 19 ni.. aku rase sesuai betul lagu ni dengan cite ni..


LARUT – DEWA 19


Mungkin aku pernah juga..


Merasakan cinta..


Tapi tak pernah..
seindah ini..





Mungkin aku juga pernah


Merasakan rindu..


Tapi tak pernah


Sedalam ini





Mungkin kamu takkan pernah..percaya..


Bahwa sesungguhnya..


aku telah terjatuh.





Chorus:2x

Kuakui aku telah larut


Larut ke dalam


Kamu yang kucintai





P/S : Aku suka lagu ni..sangat bermakna untuk aku dan dia...

Thursday, December 17, 2009

Bab 72 : Menghampiri Penutup 2009

Apakah pencapaian anda sepanjang tahun ini?




Jawapan aku - Aku pon tak pasti camne nak cerita. Gaji tak naik tahun ni, sama seperti tahun lepas. Asek fail jek ujian PTD & sewaktu dengan nye...Kereta masih yang sama. Boyfren pon masih yang same :) Bagaimana pulak dengan anda?




Apakah peristiwa menarik sepanjang tahun ini?




Jawapan aku - Banyak. Antaranya: reunion SMSTJ 99 di Pangkor,pergi Desaru bersama Sala & her Tooott..sesuatu istimewa yg berlaku time raye aidilfitri tahun ni...besday surprise yang tak menjadi...convoy ke Teluk Cempedak bersama2 geng2 Akim.. banyak lagi ni..tak terlarat nak naip kat sini...




Wedding of the year?




Jawapan aku - ntah le ye...banyak g kenduri kawen sampai tak ingat mane satu yang bole di kategorikan sebagai wedding of the year..




Peristiwa paling sedih sepanjang tahun ni?




Masa tahu Uda kena operation buang hempedu. Paling menyayat hati bila anak dia berumur 4tahun meminta aku berdoa untuk maknye supaya sembuh cepat sebelum masuk tido...




Peristiwa paling pahit sepanjang tahun ni?




tak sure plak...x same ke dengan peristiwa sedih?







Adakah azam 2009 anda tercapai?




Ha ha ha ... semuanya tak tercapai...







What is your picture of the year?




P/S: Selamat menyambut tahun baru...

Wednesday, December 9, 2009

Bab 71 : Kembali bersama kenangan terindah

Pergi pangkor bersama Sala


Sepanjang jalan sronok ngumpat


Ari ni aku nak sambung bercerita


Tentang reunion SMSTJ 99'ners 10th Aparted








hahahaha... aku berpantun tak jadi.. (gelakkan diri sendiri). Weekend yang lepas, aku & bekas2 student SPM 99 sekolah menengah sains tuanku jaafar buat reunion setelah 10th meninggalkan sekolah. Tarikh yang pihak pengurusan pilih memang kene dengan tarikh kami mendaftar di sekolah masa form 1 dulu.







Memang seronok bila dapat jumpa kenkawan setelah 10thn tak berjumpa. kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kate..Macam2 hal yang berlaku kat pangkor, pasti aku akan ingat sampai bile2.








Gambo bersama time baru turun dari bas - Lumut





Gambo dari dalam feri - agak2 tu la Pulau pangkor





Aku & Sala - tunggu BBQ dinner






Dalam bot yang wat aktiviti air - Snorkeling & ronda2 keliling pulau






Pemandangan Indah dari atas bot






Air jernih - ada timun laut & landak laut







Terlalu banyak utk diceritakan di sini, pendek kata aku memang sgt2 gembira & bersyukur dapat berjumpa dgn kawan2 yang telah berpisah sejak 10 tahun yang lalu.
Hanya wajah2 kegembiraan pd foto2 ini, menggambarkan perasaan kami ketika itu..







P/S:Yang paling aku tak dapat lupa - snorkeling(sebab aku jadi balak hanyut dalam air) huhuhu