Saturday, August 20, 2011
Mimpi ganjil di bulan Ramadhan
Lagu - Doaku Untuk Mu Sayang ..
Sebelum cite lebih lanjut, layan lagu dari kumpulan Wali ni. Best, i lioke ..
Cam ni citenye .. aku rasa dah lebih dari 1 kali aku bermimpi tentang 2 perkara di bawah ni:-
1) Aku jumpa benda2 pelik di jamban or tandas rumah contohnye macam biji betik (dalam hati masa tu berkata, sape pulak berak kuar biji2 nie). Padahalkan bila makan betik bijinya confirm kita buang.
2) Asben & mak aku jaga 2 org baby perempuan(usia dalam 10bulan ke atas, hurmm pandai berdiri jatuh). Yang pelik mak & asben macam sayang gila kat budak2 ni sampai aku tengah syok2 tengok tv, asben bole alih ke siaran yg menjadi kesukaan budak2 ni. Then dalam masa yang sama, aku x suka budak2 ni.. Ada wujud rasa benci kat budak2 ni .. Budak2 ni comel, tembam gila ... Asben concern betul pasal makan minum budak ni, sanggup kuar umah malam nak belikan makanan untuk budak2 ni. Asal usul budak2 ni pon aku xtahu
Pelik x?? Adakah mainan perasaan saja @ satu petunjuk .. Allahualam ..
HARI KE 45
Cantekkan gambar ni? Sejernih air, sederas air begitula setiap insan mahukan dalam kehidupannya.. Kita inginkan kehidupan kita selancar air yang mengalir, tidak begitu berliku namun inila kehidupan. Air di muara pon tidak selalunya tenang .. Aku kira air tanpa kocakan, tidak seindah air dengan ombak yang menderu ..
Ha..! Aku dah lari dari tajuk ye? Ari ni ada ari ke 45 selepas operation, alhamdulillah aku makin sihat. Sudah berjalan pantas dan naluri utk berjalan2 bershopping sudah membuak2 tapi tiada sapa nak teman .. hukhuk .. Alaaa kalo kebas2 sikit tu biasa arr, sebab aku rasa kalo aku banyak berjalan angin dalam badan senang keluar daripada duduk je .. Semalam pon time rehat, aku merayau kat Jusco Bukit Indah, port lunch time2 kaye masa bulan selain Ramadhan. Tujuannya, nak sebey Spek - rayban untuk hadiah besday En Hakim.
Entahla akhirnya x beli juga, then x sure nak belikan ape lagi .. ada yang kata macam x berbaloi nak belikan spek mahal2 sebab kat pasaran sekarang banyak sangat yang x ori .. Oye.. yg ku sebey tu harganya semua rm700 ke atas .. :D
Apa lagi yang korang kasi kat asben untuk besday dia? Aku ada masa 3ari je lagi ni .. aduyaiiii ...
Ha..! Aku dah lari dari tajuk ye? Ari ni ada ari ke 45 selepas operation, alhamdulillah aku makin sihat. Sudah berjalan pantas dan naluri utk berjalan2 bershopping sudah membuak2 tapi tiada sapa nak teman .. hukhuk .. Alaaa kalo kebas2 sikit tu biasa arr, sebab aku rasa kalo aku banyak berjalan angin dalam badan senang keluar daripada duduk je .. Semalam pon time rehat, aku merayau kat Jusco Bukit Indah, port lunch time2 kaye masa bulan selain Ramadhan. Tujuannya, nak sebey Spek - rayban untuk hadiah besday En Hakim.
Entahla akhirnya x beli juga, then x sure nak belikan ape lagi .. ada yang kata macam x berbaloi nak belikan spek mahal2 sebab kat pasaran sekarang banyak sangat yang x ori .. Oye.. yg ku sebey tu harganya semua rm700 ke atas .. :D
Apa lagi yang korang kasi kat asben untuk besday dia? Aku ada masa 3ari je lagi ni .. aduyaiiii ...
Saturday, August 13, 2011
Hari ke 38
Hari ini masuk hari ke 38 selepas operation. Aku masih berpantang makan benda2 yang gatal dan pedas2. Tapi entah mana salahnya, luka pembedahan yang laparoskopi bernanah 2-3ari yang lepas. Nasib baik x berapa teruk. 9.8.11 yang lepas, aku ada bertanyakan doktor tentang ini, tapi bila doktor kata nak buka jahitan/benang yang mengganggu 'kopeng' untuk tanggal aku terus bagitahu doktor aku xnak tanggalkan benang .. (sebabnya aku takut sakit macam masa dia keluarkan salur darah masa dalam wad dulu). Doktor kata kalau x tanggalkan dia akan tanggal sendiri .. So aku tunggula sampai bila benang tu hendak tanggal sendiri..
Trauma kesakitan tu masih ada dalam diri aku, entah bagaimana aku nak hilangkannya ... Mari aku titipkan disini nota perjalanan kes pembedahan aku hari tu.
6 Jul,8am - sampai di hospital Columbia Asia, seperti diminta oleh Doktor. Wad awal untuk program me'ngosong'kan segala isi perut & usus aku ..
9-10am - diberi minuman bercampur 'sumting' utk process mengosongkan perut
11am - aku kene diarrhea nasib baik katil aku berhampiran dengan toilet.. So senang untuk membuang.
6 Jul,130pm - tukar baju kepada baju special untuk pembedahan
Tidak lama selepas tu datang 2org nurse membawa strecther untuk membawa aku ke bilik bedah. Aku disuruh berbaring.
6 Jul,630pm - aku dihantar ke wad setelah selepas dibedah
7 Jul - the worst day untuk aku. Dalam menahan kesakitan aku muntah2. Aku makan sikit, then aku muntahkan balik semua isi perut aku.. Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya bahagian perut ke bawah .. (tempat yang dioperate). Kata staff nurse mungkin nurse kasi aku ubat sebelum makan or angin akibat pembedahan.
8 Jul - bole makan , tiada muntah2. Tapi suhu badan naik, nurse suruh tuam kepala.
9 Jul - dibenarkan pulang ke rumah pada petangnya, dan disuntik dengan Lucrin untuk memberhentikan darah period untuk bulan seterusnya.
9 Jul- 26 Jul - berada di Senai rumah parents in law.
26 Jul - balik Gelang Patah
27 Jul - sepatutnya start bekerja hari ni, tapi keadaan badan macam tidak mengizinkan. Terus berjumpa doktor dan dapat sambung MC selama 3ari.
27 Jul 10pm - tetiba period datang pulak .. Last period 5 July. Dalam masa yang sama kena sembelit yg sangat teruk. (sakitnya Tuhan jek yang tahu, dalam tandas aku merayu Tuhan tolong aku .. dalam hati .. macam2 zikir aku baca untuk mengurangkan kesakitan) bila dapat mengeluarkan tahi kekotoran rasa bersyukur teramat ...
28 Jul - contact Doktor untuk bertanyakan tentang period ni. Doktor kata "nottting to worry". Mungkin darah2 lama yang memang patut keluar or hormon terlalu tinggi sampai Lucrin x berkesan dalam badan
3 Aug - bermula bekerja, datang awal sebab xnak kene parking jauh2. Masih lemah, jalan dengan sangat slow 20km/j
9 Aug - Appointment dengan doktor untuk Lucrin dos ke 2. Masa ni period dah berhenti total 8hari. Dapat MC 1 ari.
11 Aug - seperti ada CM (cervical mucus) yang keluar jenis sticky. Terus rasa hendak buat BBT balik untuk monitor suhu this month. Harap2 period x hadir supaya endometriosis boleh kering & sembuh..Aminnn .. Sembelit pon sudah berkurangan, cuma lukanya masih terasa ... huwaaa ...
13 Aug - hari ni, area bawah perut masih kebas. Namun sudah boleh duduk lama sikit tanpa rasa perit. Berjalan lebih laju dari sebelum ni.
P/S: Dari surah Al Baqara (ayat 286) maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yng terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Saya berazam untuk tidak menangis lagi kerana saya sakit kerana saya sentiasa ingat Allah sedang menguji saya kerana Dia sayangkan saya lebih daripada makhluknya yang lain .. Insyallah ..
Friday, July 29, 2011
Selamat Menyambut Ramadan
Buat pembaca blogku yg beragama Islam, aku ucapkan selamat menyambut ramadan. Semoga ramadan kali ni memberi seribu kemanisan untuk kita mencari keredhaan Allah dan memuhasabah diri kita semua.
Aku juga ingin memohon ribuan maaf andai kata coretan aku di blog ni ada menyinggung perasaan sesapa secara tidak sengaja. Maafkan aku, aku hanya memcoret apa yg terlintas diminda dan hatiku .. kadang2 memang x sempat nak pikir perasaan org lain ... Maaf sekali lagi ...
Friday, July 22, 2011
5 hari lagi ....
HUwaaaa... agi 5 ari lagi, aku naik keje .. ase malas nak keje .. dah lama kan dok rehat2 kat umah ..
Tapi sebenarnya, aku x sure sama ada aku da ready utk bekerja .. ye la.. sampai ari ni aku still x leh solat cam org lain (solat berdiri kalo larat, x larat aku duduk .. kadang2 aku slumberr rakaat pertama,kedua berdiri cam biasa, then lepas2 tu aku duduk .. sebab x tahan bangun duduk ...) jalan pon still x betul (sampai kene tego dgn mak & MIL sebab jln terbongkok2) ... Dok menggayakan bahagian bawah perut yg mengeras cam kene ikat dgn getah tempe .. huuuu .. baring2 atas lantai x brani agi .. takut x leh bangun .. Obviously, bahagian belah kiri mmg slalu sakit dari yg kanan ...
Kadang2 aku termenung pikir .. bilala aku akan bole jadi diri aku yg dulu .. bole erobik semula .. bole masakkan asben (ari2 ase bersalah kat asben sebab x dapat sediakan makanan, basuh baju dia dan byk agi, ari2 gtahu dia sori, tapi Alhamdulillah dia memahami sgt2..) ... Basuh pinggan mangkuk pon aku leh ase lengoh blakang ... kalo duduk terlalu lama, bahagian kiri rahim ni ase pedih2 cam ada bende cucuk dr dalam ...
Korang .. doakan aku ye! Aku harap aku akan pulih sepenuhnya sebelum bulan pose ni ... Terngiang2 kat telinga .. asben aku cakap," xde selera nak makan .. sebab dah lame x makan yayang masak .. "
Hancur luluh asenye hati ... mmg tingin sgt nak masakkan dia .... suke tengok dia makan berselera . .. Maafkan yayang, ayg ....
Friday, July 15, 2011
Endometriosis
![]() | ||
| Gambo ehsan dari - http://www.endotext.org/female/female9/female9.htm |
Tentu ada yang tidak tahu pasal endometriosis atau name pendeknye "endo" or chocolate cysts. Doktor kata antara simtom2 yg common utk penghidap endo adalah seperti
1.Senggugut teruk
2.Kesakitan waktu bersama suami
3.Masalah infertility @ susah pegnen
Sebenarnya banyak agi simtom2 lain, cuma 3 perkara ni adala sebab utama seseorang berjumpa dgn gynea. Endo adalah darah kotor yang tumbuh di tempat2 lain selain endotrium, biasanya dalam sains kita blajo kitaran haid, dinding rahim menebal & akan luruh dinamakan darah haid, dalam kes endo, dinding rahim yg patut keluar melalui vagina, telah berpatah balik alirannya ke ovari. Lama kelamaan darah yg berkumpul ni akan membentuk cysts dalam ovari.
Oleh kerana penyakit ni common untuk kaum wanita, Kesatuan Kesuburan Amerika (America Fertility Society) telah mengkategorikan endometriosis ni kepada beberapa stage (seperti gambar rajah di atas).
Stage aku doctor sahkan stage ke 4 di mana endo sebenar 15cm*8cm (ada partition or cam buah anggur) di ovari kiri, telah menarik tiub falipio & usus kepadanya dan telah affected ovari kanan sebeso 4cm*5cm. Doctor kata, kita hanya dapat selamatkan ovari kanan & tiub kanan, bahagian kiri tidak dapat diselamatkan lagi. :( tapi doctor masih simpan bahagian kiri tu dalam rahim aku, sebab dia xde permission utk buang masa pembedahan ari tu ... Mungkin selepas ni, tidak tahu bila aku kene gak buang sume bahagian yg tidak dapat berfungsi lagi ... Ya Allah, besar dugaanku ni ..Dalam ikhtiar mendapatkan zuriat dariMu...
Rawatan susulan selepas pembedahan
9 July, aku diinjet dengan GnRH Analog satu sintetik hormon yang boleh mengganggu kitaran haid.
Bulan Aug, adala temujanji kedua utk injection nie .. Doctor kata dgn cara ni, dapat membantu menyahaktifkan sel endo serta tolong rawat darah aku dari masalah endo, utk tidurkan ovari aku sementara waktu .. Buat pengetahuan semua, endometriosis tiada ubatnya, sebab punca sakit ni masih menjadi tanda tanya pada pakar2 perubatan. Yang mereka tahu, salah satu punca adala haid yang kluar.. Lalu, aku pasrahkan hati ni berdoa pada Ilahi, kerna Dia saja yang Maha mengetahui segala sesuatu ..
Asenye cukup arr utk hari ni .. ilmu utk dikongsi bersama .. so pada sesapa yg susah nak pegnen then period x teratur ke .. senggugut ke period terlebih2 ari lebih dari 7ari then terlalu banyak spotting .. sila dapatkan nasihat doctor cepat2 ye? Jangan jadi cam aku, my menses never missed, never pain but i still have it ...
P/S: Ya Tuhan, bantu aku supaya tidak menangis lagi ....
Thursday, July 14, 2011
Ya Allah Kau Ajarkan aku utk redha ....
Malam ni ase ngilu2 area pembedahan dan belah kiri ni .. Kalo berdiri lama ase sakit area blakang.. Sudah 9ari berlalu, ari2 laukku ikan haruan (kadang2 mak mertua masakkan singgang, kadang2 stim, kdg2 bakar, time kasih mak .. jasamu kukenang) ... air zamzam jadi amalan .. air gamat abes sebotol kutelan... ubat antibiotik dari doktor pon cukup utk 2ari lagi ...
Ya Allah, kau sembuhkanla aku, rintih hati ini.. Doktor sahkan aku penghidap endometriosis tahap akhir @ tahap 4, tahap paling kronik. Airmata ku jatuh setitik dalam perjalanan pulang ke rumah mak mertua.. Masih mampu ku tahan .. Ya Allah, aku redhaa .. kau ajarkan aku untuk lebih mensyukuri nikmatmu ... (hati merintih .. Hanya Dia maha mendengar)
Ada mulut sudah mula bertanya pada aku dan suami, bolehkah kami mempunyai zuriat setelah semua ini? Hati berkata lagi, " ya Allah, kau tunjukkan kekuasaanMu pada mereka yg terlupa tentangNya". Dengan senyum kami menjawab soalan itu, "insyallah, rezeki di tangan Tuhan. Doktorpon kata masih ada harapan."
Alhamdulillah, Ya Allah ... Jangan kau jadikan aku perempuan yang tidak merasa nikmat perempuanku ...
Ya Allah, kau sembuhkanla aku, rintih hati ini.. Doktor sahkan aku penghidap endometriosis tahap akhir @ tahap 4, tahap paling kronik. Airmata ku jatuh setitik dalam perjalanan pulang ke rumah mak mertua.. Masih mampu ku tahan .. Ya Allah, aku redhaa .. kau ajarkan aku untuk lebih mensyukuri nikmatmu ... (hati merintih .. Hanya Dia maha mendengar)
Ada mulut sudah mula bertanya pada aku dan suami, bolehkah kami mempunyai zuriat setelah semua ini? Hati berkata lagi, " ya Allah, kau tunjukkan kekuasaanMu pada mereka yg terlupa tentangNya". Dengan senyum kami menjawab soalan itu, "insyallah, rezeki di tangan Tuhan. Doktorpon kata masih ada harapan."
Alhamdulillah, Ya Allah ... Jangan kau jadikan aku perempuan yang tidak merasa nikmat perempuanku ...
| At Columbia Asia - Bukit Indah,Nusajaya Johor |
Subscribe to:
Posts (Atom)
RSS Feed (xml)

