Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 30, 2008

Bab 6.1 : My Very special bestfriend ~ Salasiah

Kenal sejak Beta year di MMU sampai sekarang saling berhubung. Jarang2 call, kadang2 sms dan selalunye chatting. Yang penting, dia tak penah berada jauh dari kotak ingatan aku.
Salasiah Isa begitulah name sahabat aku yg tak ternilai harganye,kerana susah utk mencari kawan yg benar2 bersama setiap detik susah, dan senang, duka gembira. Walaupon mungkin jasad berjauhan, tapi saling dekat di hati.
Name manjenye - Sala. Orgnya kecik molek, lebih rendah cikit dari aku, kurus ckit dari aku gak.Kulit cerah ckit dari sawo matang, mate kecik tapi tak sepet mcm aku. Kalo pakai tudung suka selempang dan di pin sampai belakang bahu. Ape yg manis pada kawan aku sorang ni, gigi taringnye menampakkan wajah yg sentiasa ceria setiap kali mengukir senyuman. Ada juga setengah org yg kata wajah dia saling tak tumpah macam Lana dlm cite 'Smallville' tu. Mungkin Sala ni versi Asia. Kepribadiannye, sentiasa sopan, ayu, antara org2 yg dapat terima lawak2 spastik dan bodo aku so kiranye pikiran terbuka dan bole dibawa bergurau.

Memang terlalu banyak kenangan bersama insan ini. Oleh itu, mane yg terlintas dan masih segar dlm kotak ingatan aku, akan aku kongsikan di sini.
Kami bertambah rapat apabila aku pindah ke Taman Dahlia, sebelum itu aku penah melarikan diri ke rumahnya sebab tensen dengan housemate. Teringat aku, dialah tempat aku mengadu. Bila aku menangis, siapa sangka insan inilah yg menangis bersamaku. Insan ini lah yang menjadi pendengar setia ku, penasihat aku dalam banyak hal. Aku ini kalo tensen mmg slalu lepak kat umah dia, sampai seisi umah dia pon kenal aku. Mane taknye, org menumpang kasih, tido kat tilam dia, mandi pakai toiletries dia. Aku ingat skali tu aku penah pinjam baju dia pakai g kampus, gara2 tak kuasa balik rumah, time tu aku dok kat Tmn Bunga Raya mmg jauh dari umah dia. Maklum la, kami lebih kurang je saiz..

Setelah aku berpindah ke Tmn Dahlia, hubungan kami bertambah rapat. Aku ingat lagi zaman2 akademi fantasia yang ada Zaid, aku ngn osmate Sala pergi 'downtown' semata-mate nak tgk AF. Bole pulak sape yg tak solat pegi cop tempat dulu. Hahahaha... Mlm sabtu je mane lagi kitorg pegi kalo tak ke RSU(restoran sajian utama), depan MMU je situ la tempat budak2 MMU lepak2 lepas kelas @ study.

What special things about this girl?Yes, she is so special. Kalau tak, takkan la sampai ada 2 mamat suka kat dia. Takla, dia ragu2 nak pilih siapa pada awalnye, tapi hakikatnya hati dia belum terbuka utk terima mana2 lelaki pon. Walhal, jauh di sudut hatinya, aku tahu dia memendam perasaan pada insan yg telah berpunya.Insan yg sentiasa dekat dengannya tapi hakikatnya jauh. What I have to say, this is life, not all what we like we love we can get. So my friend, we better love one who love us than waiting for one who we're not sure what their feeling to us. This is old story, now I am sure she is happy with her decision.
My advice: Don’t ever accept love when you’re not ready for it. Cinta tu datang dan pergi, selagi kita percaya adanya cinta, pasti suatu hari kita akan menemukan cinta sejati tu.
Moga saat ini sahabatku, Sala telah menemukan cinta sejati nya..

Ape aktiviti aku dgn this gurl? Erm… off course went for study together during study week in MMU. Went for shopping sometimes, eat together..lepakking in surau masa tengah tunggu time utk kelas seterusnye. Hahaha..
What so sweet, kitorg penah lepak2 sambil makan aiskrim tepi padang MMU, pastu dok usha sorang mamat ngah lari kat padang.. Usha punye usha lame2 mamat tu malu kot terus tak lari lagi.. Masa tu, kitorg in last semester, if not mistaken after the final exam already.. We were talking about future, when or where or how we’ll meet again after this.

Aku penah la wat keje sedikit gile utk kawan aku ni… dia ni ada minat kat sorang mamat cina ni, tapi tak tahu name masa kitorg delta year kat MMU. Satu ari lepas presentation final year project 1, aku terserampak ngan mamat yg dia suka tu. Aku pon bid ngn dia, kalo aku dapat name budak cina tu, dia kena blanja aku lunch ari tu. Bile dia ‘on’ jek, aku pon dengan macho nye tahan lift yg budak lelaki ini dan kawan dia naik.. what I said?? “Excuse me, may I know your name please?” “Lim Kang Wei”, he said. His friend laughing but thanks God only these 2 people in the lift.. so aku takde la malu sangat.. At last, Sala kene gak blanja aku mkn. Time tu, kitorg pakat2 mkn kat luar, kat restoran 69 (kalau tak silap aku, dekat ngan kolej jururawat @ perguruan), naik kete Shafiq & Azie.

Kali terakhir kami berjumpa selepas blaja di KL, time tu byk betul halangan nak jumpa ngn dia. Tapi last2 kami jumpa juga di KL Central. Aku betul2 tak dapat menahan airmata, kami berpelukan sambil menangis tanpa menghiraukan org keliling.. Maklumlah, dah bertahun selepas belajar tak jumpa, malah sudah terlintas kat pikiran aku, aku takkan berjumpa dgnnye hari itu.. Tetiba rezeki kami akhirnye dapat bersua. Aku menangis kerana terlalu gembira dapat berjumpa..Kami menghabiskan masa berjalan2 sekitar KL – Petaling Street, MMU dan macam2.

Sekarang masing-masing telah bekerja. Dia di tempat jauh ke bahagian Timur Malaysia – Kelantan. Aku pulak jauh ke Selatan Tanah air – Johor. Namun kami tetap saling berhubung melalui telefon @ instant messenger.

Aku tetap akan merindui saat2 manis bersamenye, mungkin nanti kami akan bersua bila tiba hari dan waktu yg sesuai. Masa itu, ingin aku nyatakan betapa aku rindu padanye..She my only one special best friend who I would never replace in a lifetime.
1.Melantak selepas presentation FYP

2.Sala n Me '05

No comments: