Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 29, 2023

Sambungan cerita ttc saya - IVF ke 2

 Ringkasan perjalanan IVF pertama dan kedua

Mar 2019 : IVF dengan Dr Tokha di Regency.

Dengan ubat besarkan telur or stimulation medication - puregon200ui, at day9 kena amek Orgalutran. Waktu opu (ovum pick up) dapat 6 telur yang matang tapi hanya 3 fertilized till day2. Buat fresh transer embryo untuk 3fertilized embrio day2 but the result is fail. 

http://cindakiem.blogspot.com/?m=1

Then kami start buat investigation dekat HSI, JB. Buat pengetahuan semua, bila nak buat under government jika kita bawa refer letter dari klinik swasta or hospital swasta, Hospital government akan charge kita under full payment patient so harga akan jadi lebih tinggi. Jadi better kita dapatkan refer letter klinik kesihatan or kk saja. Waktu ni memang plan kami untuk buat ivf di HKL, sebab JB tiada tawarkan under government cost. Cume ada ivf yang separa swasta n government which kos waktu kami tanya tu around RM15k+-.. so from 2019 till 2022 bermulalah perjalanan ivf kami di hospital kerajaan pula.. 

Wednesday, September 26, 2012

26 Sep 2012

Ari ni tertido awal, then terjaga awal juga ..
Niat nak tengok SAM online sebab sebelum tido tadi internet laju je, tapi pagi2 ni lambat plak .. x dapat tengok, tetiba teringat blog ni ..

So gatal2 update, tak tau nak cita ape lagi ..  hmmm ..

Kol 3 tadi bangun terus amek suhu, biasa BBT addicted .. so ari ni terpaksa la guna BBT adjuster -> Ini Linknya .. Oh ya, rasanya aku penah cerita serba sikit pasal BBT ni -> ttc-1-cerita-pasal-graf-basal-body.html

Ini lebih lanjut sila klik sini - http://www.fertilityfriend.com/home/MamaLinda

Inila hasilnya graf aku utk cycle ini, suhu utk 27 Sep tu suhu testing je, sebab FF biasanya akan detect Ovulasi selepas kita Ovulasi so utk yang plan utk pregnant diorang kenala perhatikan CM (cervical mucus/cecair keluar dari vagina) utk menganggarkan waktu subur masing2 .. ada pula yang guna OPK (ovulation predict kit) macam aku .. so hasilnya aku O pada cd16/24 Sep.

Insyallah aku akan terus berBBT ni walaupon ada anak 10 ke nanti .. heheh aaminnn ..  :)
pada yang nak blajo2 tu bole je email2 ke .. bagus juga utk planning family secara semulajadi tanpa ubatan doktor kan .. modal pon x banyak cuma termometer (yang tahan bertahun), OPK (jika mahu beli online banyak yg murah dari farmasi), Fertility Friend website(free jek ni), saliva microscope (utk detect O lebih awal juga ni .. rege dalam RM80++, mahal sikit sebab bukan jenis pakai buang macam OPK).

eh .. okla thats all .. esok lusa sambung balik .. kita bercerita pasal renovation my lovely house..
assalam .. 

Monday, September 24, 2012

Think Positive

Lama betul menyepi dari update blog ni ..  Minta maaf pada followers/readers yang x jemu menziarah blog ini. ..

Tidak banyak perlu diceritakan disini ..  kami masih trying hard to conceive ..  keep thinking positively, still hoping for miracles happens to us.


Last 2weeks, we went to Columbia Hospital again after 3-5months berehat x p sana. Dengan harapan ada la perubahan sikit kat cyst.. but bad news, cysts di ovari kiri masih bersaiz sama 8cm .. :( Allahuakhbar .. Moga Allah give us the strong. 

We planned to do IUI (intrauterine insemination)  but doktor cakap takut risiko cyst tu akan membesar, then dia akan minta pandangan doktor pakar lain sama ada bole ke cysts kecutkan/cecair dalam cyst tu dikeluarkan melalui vagina macam process OPU (ovum pick up) dalam prosedur IVF.. 

Dear readers, to be honest I was very sad, I was crying so hard .. as i never think that it is so hard to have a child .. .. . tapi aku pasrah, redha dengan ketentuanNya, lagipon bila masuk forum, page2, I found that many more couples yang ada masalah lebih serius dari aku .. ..  Their life is still go on happily.. so do i .. Insyallah, with God faith, with God help .. we'll get through all this .. aaminnn .. .  

Ini salah satu group yang aku suka lepak2 ...  Aku jumpa ramai pesakit endometriosis. Aku jumpa kawan2 yang tiada apa2 masalah tapi masih belum dikurniakan zuriat. ... 



Insyallah semoga kami terus kuat .. tolong doakan kami ye .. thanks .. 

I'll never give up!

Langkawi Trip May 2012

Enjoy Our Precious Moment













blog kena hack ke? tetiba buka preview .. pindah ke website lain ..
hampehh tol sape yg buat tu . .

pergh .. thanks to this blogs kerana membantu menyelesaikan masalah ini ..
http://kaboitanduk.blogspot.com/2012/09/blog-kena-hack.html

kalo kena buat balik blog ni .. 

Monday, May 14, 2012

Puisi Tidak Bertajuk



kutulis sebuah puisi
tempat ku mengadu lara
buat gerangan yg sudi membaca



Menatap wajahmu hati ku pilu
berpaling dari mu runtuh hatiku
x mampu aku meluahkan yg terbuku
hanya Dia yg tahu .. ..


kadang ku mempersoal takdirku
ku tahu itu hanya merosakkan imanku
namun tidakla mampu aku menyimpan rasa ini
hanya utk sebuah penantian


Ingin ku bertanya padaNya
bila penantian ini akan berakhir
Untuk pujuk hatiku
wahai hati sabarla sayang ... ... . . .


P/S : tetibe idea datang .. ..  so tulis jek arr .. puisi tidak bertajuk

Tuesday, May 1, 2012

Happy Anniversary - Ke 2



Lagu ini kutujukan khas utk en asben ku yg terchenta - Mohd Hakim.


Cinta bersatu
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



P/S : Ayang, semoga cinta kita kekal hingga ke syurga. Smoga Allah berikan kita yg terbaik dunia & akhirat. Saya cintakan awak kerana Allah, semoga Allah jaga perasaan kita selamanya .. Aaaminnnn .. 


Pada pembaca tersayang , tolong doakan kebahagiaan kami & tolong doakan kami dikurniakan zuriat2 yg soleh & solehah .. ya? thanks in advance