Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 29, 2008

Tentang Aku - Hanya utk diri ku

Hari ini aku nak cerita tentang aku dari sudut penilaian aku sendiri. Aku lahir pada 11 Feb 1982 sewaktu menulis coretan ini aku berusia 26thn 18 ari. Aku ber'zodiak' Aquarius' so aku cendurung pada air. Hahhaahha.. Aku tafsirkan diri ku begini, jika air laut kekadang tenang kekadang bergelora, aku pon bole dikatakan begitu, kadang2 gembira tak tentu hala kadang2 badmood je. Hehehehe..

Pasal perasaan sayang dan cinta, umpama dalamnya air laut huhuhuhu..Kalau nak tahu dalamnya kenalah selam sendiri. Baru tahu dalam ke tak laut tuh. Lagi pasal aku, aku ni berjiwa sensitif,puitis,romantis, dan funnis (hahahahhaha..sesapa yg rapat dgn aku mesti tahu aku mmg suka wat lawak spastik). Pastinya, aku sanggup buat ape saja utk buat org yg aku sayang/suka tersenyum. Kelemahan aku, kuat merajuk (tapi kejap je), degil (t'utama kalo aku tahu ape yg aku buat tu betul) , cepat terasa (biasalah, aku ni suka rasa rendah diri yg terlampau) dan pedendam (huhuhuhu.. kdg2 tu, simpan dulu mcm gunung berapi nanti kalo dah over sgt meledak, rosak sume... hahhahaa).


Dari segi perwatakan pula, aku ni pendiam t'utama kalo jumpa org baru, tapi bila dah lama kenal aku akan bertukar menjadi 'pelawak' hahahahhaha. Manja sebab anak last al-maklumlah, lemah lembut (tak suka tengking2 org, maki hamun.. so far tak penah lagi la..) Jadi kalo aku marah, biasa aku diam shj (simpan dulu la .. huhuhu..)

Pasal kerja, aku orangnya teratur. Orang yg ada planning, ari ni kena wat pe esok kena wat pe. I am very organize person, so I dont need any PA (personal assistant). Ini kira mcm, time air pasang @ surut lah, ikut time... bukan sesuka ati je nak pasang nak surut.

Pasal berkawan, aku tidak pernah nak pilih2 kawan.Aku berkawan dengan semua org sebab aku tidak mudah terikut2 org.Setiap org ada gaya dan caranya tersendiri, begitu juga aku. Aku pandai menilai diri dan org lain, mane yg baik ikut la, mane yg buruk tak payah ikut. Tapi satu kelemahan aku, kalau aku benci kat seseorang sampai bila2 pon aku akan benci kat org tu. Hurmm.. so far bukan senang nak buat aku benci kat org. Tapi kalo aku dah kata benci mmg benci gila lah.. Pada aku, benci dengan tak suka tu lain. Kalo tak suka may be one day, aku boleh suka. Ape yg aku tak suka? Aku paling tak suka org yg berbohong dan aku paling benci PENIPU. Ape bezanya?? Org yg berbohong mungkin ada sebab kenapa dia berbohong, mungkin selepas dengar penjelasannya, aku boleh maafkan org itu. Tapi kalo dah namenya penipu, ni mmg dah lumrah hidupnye nak menipu org je, kan??

Pasal bercinta, byk teori cakap org bintang aku ni mudah jatuh cinta. Mungkin ada kebenaran juga. Mudah jatuh cinta tak beerti playboy or playgirl, pada aku plak selama 26 thn ni, aku penah betul2 kecewakan org sekali je (kira yg betul bercinta lah, bukan main2 cinta huhuhuhu..), dan 3 kali dikecewakan (isk..isk..) tapi bak kata org belum jumpa jodoh lagi.. huhuhuhu.. jatuh sekali tak bererti jatuh selama-lamanye, oleh itu, cuba sampai berjaya.. hahhahaha. Aku ni kalo dah betul2 cinta, pasti takkan mudah nak melepaskan org yg aku cinta, lainlah kalo org yg aku cinta tu, dah tak cintakan aku lagi. Bak kata org, "cinta tak bole dipaksa2".

Apa yg aku suka tapi belum buat lagi selama hidup 26 thn ni?? Sejak dari kecil, aku teringin nak blaja main piano @ keyboard atau pon ada alat muzik ni sendiri kat rumah. Tapi sampai sekarang tak dapat lagi blaja, dulu minta abah belikan keyboard pon tak dapat. Dia kata kena pegi blaja dulu. Ntah bila la, aku dapat blaja main piano.. huhuhu..

Lagi yg aku suka, dalam byk2 bunga aku paling suka bunga ros. Dalam banyak2 binatang aku paling suka kucing dan kuda. My first pet, Jessie (dah mati thn 2006), seekor kucing parsi dihadiahkan oleh Abg Hery (my x-bf 2000-2004). Teringin jugak nak ada kuda sendiri tapi tak mampu la.. huhuhu.. Lagi, dlm byk2 warna aku paling suka warna biru (semua yg adik beradik warna biru aku suka contohnya macam biru laut,purple and etc).Banyak2 junk food aku pilih coklat dan aiskrim. Kalo suruh pilih antara air terjun dan pantai, aku pilih air terjun utk mandi manda dan pantai utk lepak2 dan duduk2.

Kat bawah ini, semua aktiviti yg aku lakukan selepas study di MMU khas utk x- MMU @ x -STJ or sesiapa yg nak tahu ttg pada yg aku buat lepas study dulu.


Ini gambar aku ngn x officemate kat KC(Kimberly-Clark). Ini semua from planning & purchasing department. Dari kiri Ms Tan YF,Mary Quak,Kak Jihani and aku. Dari belakang Waikin (kot hitam) and Ms Chiew.



Ini aku kat current office at Flextronics Tech (M) Sdn Bhd, PTP, JB. I am 'speky' now tau!! But only during office time.



Me and my officemates so excited waiting for our present for Christmas x-change present party.



Yea!Yea!Dapat hadiah!Aku dan kawan2 bergaya dengan hadiah masing2

Aku dan opismates di hari bersejarah kawan kami (Yusz) - Jan 2008

Aku, Nanie,Ziela & Kak Yatie erm... agak-agak ape yg kitorg suka sgt kat opis tu ntah!!hehehehehehe



Dari: Aku utk semua (muhahahahhahahakakas)