9.10.2009
Kau datang tidak kuduga
Kala hatiku sedang merana
Kau buatku tersenyum,ketawa dan menangis bersama
Kau buatku merana di kala kerinduan
Padamu kasihku tak pernah padam
Padamu jua ku serah jiwa yang kudus
untuk dicintai dan dihargai
Biarpun pelbagai rintangan kita tempuhi
Kita akan tepati segala janji
Jangan pernah kau ragui
Segalanya akan ku tempuhi
hanya untuk bersamamu hingga ke akhirnya
Semoga di satu masa kau dan aku akan bersatu
mengharungi hidup ini bersama dengan Izin-Nya
P/S: sori agak jiwang..doakan kebahagiaan kami...