Semalam kelam kabut balik keje awal walaupon ke'bz'an yg melampau. Aku tinggal je sume tu, nak kejokan mandi jakuzi(cina kat mayfair tu cakap cam ni, hehehe stand for Jakuzhi) free.. Aku dapat free sempena besday aku yg lepas...
Macam gambo kat atas ni, bila bath tab dihidupkan dengan air panas didalamnye.. Aku disuruh beremdam selama 20 minit.. Mula2, aku masukkan kaki dulu, terus terdetik dalam ati, orang ni nak masak aku ke ape? (hahhaha.. memang panas beb).. Aku dok lebih kurang 3minit kat luar bath tab tu, untuk biasakan diri ngan suhu panas tu..Bila aku masukkan je, aku tak agi terus relax2 cam orang slalu wat tu, aku duduk tegak 90degree, sambil2 simbah air panas tu kat badan aku.. Lame2 baru arr, bole sandar2 ala2 dok tepi pantai atas kerusi malas tu.. (ahaks!!)
Rilex2 sambil hidu bau wangi dari lilin wangi yg sentiasa terpasang dalam bilik mandi tu, boring skit sebab muzik yg slalu aku dengar time wat facial tak dengar sampai dalam bilik air ni..
Dah cukup 20 minit, mesin tu mati sendiri, then aku bole lap2 badan & pakai baju.. Kepala pening skit2 & badan masih berpeluh lepas mandi tu.. Cina tu kate, itu keadaan biasa selepas mandi jacuzzi tu.. Aku plak pening sampai ke malam (memang aku tak brape sihat lately - sakit tekak & batuk)..
P/S: Ape2pon aku dah merasa mandi jakuzi.. korang? hahaha.. (dengan nada sikit riak - hahaha jangan jeles beb!)