Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 29, 2011

6 July 2011

Sudah lame gak la blog ni bersarang .. Sori arr pada yg tertunggu (ada ke??). Kali ni aku nak sampaikan berita yang x brapa best untuk diwar warkan .. tapi aku tulis disini sebagai kenangan aku ...

Pada 2 June yg lalu, doctor mengesahkan aku menghidap ovarian cysts .. dan pada 24 June yang lalu, doctor mengesahkan aku perlu menjalani pembedahan laparoskopi untuk membuang cysts yg telah semakin membesar dlm ovari aku. Sebab risiko2 apabila cysts makin membesa seperti pecah, ovari terpintal bole berlaku. Dan lebih digeruni if totally ovari need to be removed, so chance utk pegnen xde la kan ??? So Doctor memang sarankan aku dibedah secepat mungkin.

Tarikh di atas merupakan hari pembedahan aku ... aku akan dibedah di Hospital Columbia Asia, Bukit Indah, Johor. Aku harap smuge semua pembaca mendoakan agar pembedahan ni berjalan lancar & aku bole jalani kehidupan insan normal yg lain ... Dan yang paling penting, aku dan hubbyku akan menimang cahayamata selepas itu kerana ia dapat mengurangkan risiko cysts utk tumbuh semula ...
 
Ovari kanan - cysts sebesar 4.8cm * 5cm (jenis endometriosis - darah koto)
Ovari Kiri - cyst bersaiz 15.8cm * 5.1cm (jenis cecair - ditakuti chemical)

Kalo korang nak tahu lebih lanjut apakah ovarian cysts, camne aku bole ada sakit ni .. korang bole arr gogel sendiri .. sebab aku pon jadi pengkaji tegar ovarian cysts sejak doc mengesahkan aku penghidap sakit ini.. Ternyata aku x dapat jawapan cam ne aku bole ada cysts ni, dengan kitaran haid yg teratur, basal body temperature yg menunjukan ada ovulasi berlaku .. So, aku anggap ... ianya datang dari Allah utk menguji aku ... di sini dugaan aku untuk si dia yang comel .. ini pengorbanan aku yg pertama utk si dia bernama anak ... mungkin kamu tidak diduga sepertiku .. mungkin kamu lebih bernasib baik atau lebih teruk dari ni... tapi bersabarla ... kerana kita tidak sendiri menghadapinya ...

"Wahai anakku, mak redha dengan segala ketentuan ini .. Malah hari2 makin kuat menghadapi Qada & Kadar Allah. Insyallah anakku sekejap lagi pasti kita akan bertemu .. Nadi kita akan bersatu .. Hanya kamu kekuatanku"

P/S: Tanpa dugaan tiadala kemanisan kehidupan .. Smuge penyakit ini menghapuskan dosa2ku & menaikkan darjatku di sisiMu Ya Allah ... Trima kasih kerana memilihku menjadi salah seorang insan istimewa untuk Kau uji.. Insyallah dengan rahmatMu, aku akan dapat lalui semua ini ... Pasti ..