Tirana: Awak, awak tak takut ke satu hari nanti saya akan berubah hati & segala pengorbanan awak selama ni hanya sia2.
Neo: Sayang,.. Pada saya apa yang saya lakukan ini bukan pengorbanan tapi kebanggaan. Jika pengorbanan ianya perlu dibalas dengan pengorbanan.Apa yang saya lakukan, adalah satu kebanggaan saya kerana dipilih sebagai kekasih awak,Ti.Walaupon mungkin satu hari nanti, awak akan mengecewakan saya tapi saya tetap mencintai awk kerana saya ikhlas mencintai awak.
Petikan dari dialog Tari Tirana kat tv3 malam tadi.. Mungkin ada salah2 sikit, sebab aku takde la hafal sume.Kenapa tetiba aku nak tulis blog pasal cite ni? Bukan nak promote, tapi aku terpanggil dengan dialog di atas.masih terngiang2 lagi kate2, ini bukan pengorbanan saya awk, ini adalah kebanggaan saya. ...
Masih ada lagikah orang yang sanggup biarkan kekasih hati berkawan dengan ex dia?Tapi dalam situasi Neo, dia tak tahu yang Ash/Burn adalah bekas kekasih Tirana, then sebab tu dia membenarkan Ash menggantikan tempat dia sebagai pasangan Tirana dalam pertandingan tarian. Kalo dia tahu, korang rasa dia akan benarkan?
Kalo aku, kompom aku tak benarkan.. Sorry to say ye, aku memang tak open minded langsung pasal ex2 nie.. If nak berkawan sekalipon, carila orang lain yang bukan bergelar ex @ bekas @ yang sewaktu dengannya..Tak kisah la walaupon pada setengah2 orang menjadi kebanggaan ke ape.. pada aku tetap,"No Way!". Jahat ek aku nie? huhuhu...
P/S: Tapi aku tetap bangga dipilih & memilih Hakim sebagai kekasih ati aku.. (Amaran Kerajaan Cinda: jgn muntah merata2)...