Hari ini masuk hari ke 38 selepas operation. Aku masih berpantang makan benda2 yang gatal dan pedas2. Tapi entah mana salahnya, luka pembedahan yang laparoskopi bernanah 2-3ari yang lepas. Nasib baik x berapa teruk. 9.8.11 yang lepas, aku ada bertanyakan doktor tentang ini, tapi bila doktor kata nak buka jahitan/benang yang mengganggu 'kopeng' untuk tanggal aku terus bagitahu doktor aku xnak tanggalkan benang .. (sebabnya aku takut sakit macam masa dia keluarkan salur darah masa dalam wad dulu). Doktor kata kalau x tanggalkan dia akan tanggal sendiri .. So aku tunggula sampai bila benang tu hendak tanggal sendiri..
Trauma kesakitan tu masih ada dalam diri aku, entah bagaimana aku nak hilangkannya ... Mari aku titipkan disini nota perjalanan kes pembedahan aku hari tu.
6 Jul,8am - sampai di hospital Columbia Asia, seperti diminta oleh Doktor. Wad awal untuk program me'ngosong'kan segala isi perut & usus aku ..
9-10am - diberi minuman bercampur 'sumting' utk process mengosongkan perut
11am - aku kene diarrhea nasib baik katil aku berhampiran dengan toilet.. So senang untuk membuang.
6 Jul,130pm - tukar baju kepada baju special untuk pembedahan
Tidak lama selepas tu datang 2org nurse membawa strecther untuk membawa aku ke bilik bedah. Aku disuruh berbaring.
6 Jul,630pm - aku dihantar ke wad setelah selepas dibedah
7 Jul - the worst day untuk aku. Dalam menahan kesakitan aku muntah2. Aku makan sikit, then aku muntahkan balik semua isi perut aku.. Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya bahagian perut ke bawah .. (tempat yang dioperate). Kata staff nurse mungkin nurse kasi aku ubat sebelum makan or angin akibat pembedahan.
8 Jul - bole makan , tiada muntah2. Tapi suhu badan naik, nurse suruh tuam kepala.
9 Jul - dibenarkan pulang ke rumah pada petangnya, dan disuntik dengan Lucrin untuk memberhentikan darah period untuk bulan seterusnya.
9 Jul- 26 Jul - berada di Senai rumah parents in law.
26 Jul - balik Gelang Patah
27 Jul - sepatutnya start bekerja hari ni, tapi keadaan badan macam tidak mengizinkan. Terus berjumpa doktor dan dapat sambung MC selama 3ari.
27 Jul 10pm - tetiba period datang pulak .. Last period 5 July. Dalam masa yang sama kena sembelit yg sangat teruk. (sakitnya Tuhan jek yang tahu, dalam tandas aku merayu Tuhan tolong aku .. dalam hati .. macam2 zikir aku baca untuk mengurangkan kesakitan) bila dapat mengeluarkan tahi kekotoran rasa bersyukur teramat ...
28 Jul - contact Doktor untuk bertanyakan tentang period ni. Doktor kata "nottting to worry". Mungkin darah2 lama yang memang patut keluar or hormon terlalu tinggi sampai Lucrin x berkesan dalam badan
3 Aug - bermula bekerja, datang awal sebab xnak kene parking jauh2. Masih lemah, jalan dengan sangat slow 20km/j
9 Aug - Appointment dengan doktor untuk Lucrin dos ke 2. Masa ni period dah berhenti total 8hari. Dapat MC 1 ari.
11 Aug - seperti ada CM (cervical mucus) yang keluar jenis sticky. Terus rasa hendak buat BBT balik untuk monitor suhu this month. Harap2 period x hadir supaya endometriosis boleh kering & sembuh..Aminnn .. Sembelit pon sudah berkurangan, cuma lukanya masih terasa ... huwaaa ...
13 Aug - hari ni, area bawah perut masih kebas. Namun sudah boleh duduk lama sikit tanpa rasa perit. Berjalan lebih laju dari sebelum ni.
P/S: Dari surah Al Baqara (ayat 286) maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yng terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Saya berazam untuk tidak menangis lagi kerana saya sakit kerana saya sentiasa ingat Allah sedang menguji saya kerana Dia sayangkan saya lebih daripada makhluknya yang lain .. Insyallah ..