Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, January 25, 2008

Bab 3: Aku budak 'U'

Tahun 2000 dengan memegang ID # 1001128970, aku bergelar Multimedia University's student. Tak sangka masa ari pendaftaran jumpa kawan2 masa kat STJ, jumpa Ael, Leen, Emon dan ramai lagi. Jadi kitorg pakat dok satu umah tapi Ael tak join sebab dia dah termasuk kat umah lain. Masa tu nak apply ostel tak dapat, tapi nasib baik tak dok ostel sebab ada orientasi khas utk dak2 ostel. Awal2 lagi kami dah berdikari tinggal di luar kampus. Kami menyewa di Taman Bunga Raya, kira2 5-10minit berjalan kaki ke pintu pagar belakang MMU.

Aku menyewa umah teres setingkat bersama 5 org rakan2 (sume freshie) - Atul,Emon,Leen, Mancet & Matun.Mula2 aku seblik ngn Matun, bilik aku dekat ngn dapur, Org rajin masak mesti dekat2 ngn dapur.. hahhahaha.. Umah nye fully furnish ada katil,tilam,bantal,almari baju, peti ais, dapur gas, mesin basuh lame,sofa(tapi dah burukla) dan tv. Sewa plak ikut kepala, sape yg kepala 2 rugi laa.. hahahahhaha (RM 100/kepala).

Mula2 ingatkan, dah masuk 'U' takde kena orientasi, tapi kena gak. Tapi tak seteruk masa kat STJ dulu.Kitorg yg dok kat luar ni gemble jerk, datang lambat. Nak wat cane time tuh, tak tahu ada shortcut ikut pintu belakang, kitorg pusing ikut pintu depan.. hehehe.. Tapi paling tak best kene berkumpul time ptg, padang MMU masyaAllah padang jarak padang terkukur.. masa tu, padang MMU takde rumput, rumputnya hidup segan mati tak mahu. Hahhahaha..Jadi bila dah ramai2 berjln ats pdg tu,debu2 semua naik.. peh!!!nasib baik aku takde asma time tu..Kalo tak masuk spital aku. Sekarang padang dah ada rumput,hijaula skit..

Time orientasi inilah aku kenal president MMU Mr Gauth Jasmon. Tengok name ingatkan org putih mane.. rupe2nya org melayu dari Batu Pahat lagi..Dia ceritakan sejarah dia masa zaman study, dan akhirnya mempunyai University sendiri. Hebatkan anak Melayu kita?

Thursday, January 24, 2008

Bab 2.1.3: STJ - Form 5 (SPM 1999)

Form 5



Batch 99, cikgu mane yg tak kenal batch '99. Org kata batch yg displin pelajar lelaki dan perempuan paling teruk, batch inilah. Mane tak nya, sebelum ni tak pernah dlm sejarah STJ pelajar perempuan kene tangkap sebab 'fly', batch SPM'99 pembuka tirai kene tangkap 'fly' beramai2. Kantoi! Kena tangkap! Tapi aku tak kena lah, aku kan prefect, aku tak join diorg 'fly'.



Tapi aku pernah terbabit secara tak langsung dgn org2 fly, time tu aku form3 ke form5 aku pon tak brapa ingat. Tapi yg pasti nya, time tu tak ramai org kat ostel semua balik kg tapi kami org2 yg dok merantau jauh dok kat ostel. Mlm tu, lapo betul perut..Aku bertiga (Ayubad,Nana & me) mmg lapo betul tetiba teringin nak mkn maggi. Disebabkan tak selamat nak kuar ramai2, Ayu ngn Nana volunteer nak menyusup kluar, masa tu pagar depan ostel tak tutup lagi, pas maghrib diorg blah. Mana la tahu mlm tu warden nak tutup pintu pagar asrama kol 10mlm, biasa kol 11 pon tak tutup lagi.Yg aku risau budak 2 org tadi tak balik lagi. Kalo pintu tutup diorg nak masuk mcammane??

Memang nasib diorg tak baik, masa diorg sampai pintu dah ditutup, nasib baik pintu bilik rekreasi masih bole dibuka, kat situ ada tingkap yg sudah bolong2. Aku pon amek maggi yg diorg beli tadi sorokkan kat bilik tu.Pastu aku pon panggilkan warden kata ada budak tak masuk asrama lagi. Membebel je cikgu tu(aku tak ingat namenye..)tapi dia mmg anti sket ngn batch kitorg. Kesian Nana ngan Ayu tak pasal2 kita denda susun selipar kat setiap floor. Diorg bagi alasan pegi kelas amek buku, tapi takde pon kat tgn bukunya.. hahahhahahaha tapi cikgu tetap denda diorg.Papehal pon mlm tu kitorg kenyang bantai maggi.




Masa form 5, aku jadi facisitator utk orentasi budak2 form1. Zaman ni takde orentasi kat ostel, cuma ada ngn prefect. Sebab aku prefect, jadi merasalah buli balik budak2 kecik nih.. hhahahhaa..Sape yg form1 batch 99, tahu la.. Irfan the cute adik.. hahahha..Tapi aku ni budak baik, tak suruh wat yg susah2, senang je nak dpt tandatangan aku. Tak percaya tanyalah budak2 nih..

Bila terkenang kenangan waktu sekolah, kdg2 aku terpk beramai cikgu @ junior yg masih ingat atau kenal pada aku. Biasa kalo kat sekolah dulu sape yg paling nakal atau paling baik je yg selalu dikenang. Macam aku ni, sederhana je, tak nakal dan tak baik sangat. Kadang2 bila pk lagi nyesal jugak jadi baik, kalo nakal skit mesti jadi history kat sekolah. Mesti cikgu akan cakap kat junior level begini " dulu senior kamu batch 99, si XXXX memang nakal tapi belajar bagus, tak sangka boleh dapat pangkat 1" Ini contoh sahaja...



Inilah berakhirnya, kisah aku di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.



Aku n my frens - prefect 98-99




Pose dpn dwn mkn.

Aku dapat pingat perak - Lumba JlnKaki



Aku d rantauan org (isk.. isk..sop2x..)

Pose : Pancaragam























Monday, January 21, 2008

Bab 2.1.2:STJ,Senior Level (Form4-5) ~ Main2 Cinta

Erm.. cam mane nak mulakan cerita..Form 4 & 5 detik2 plg best kat sekolah sebab nya dah digelar senior la katakan.. Dah bole la, nak soh org amekkan @ tapaukan makanan kat dewan makan kalo malas nak turun terutamanya bila ari ahad utk sarapan, lunch .. sohla dak junior amekkan dlm bekas tupperwear.


Biasa ari ahad dari pagi takde aktiviti, takde prep pg cuma ada prep mlm je. Ari Ahad ari utk parents and family datang jengok anak2. Mak abah aku pon sebulan sekali wajib dtg punya tgk anak kesayangan dia ni..hehehehhe...

Ada org kata,"Cinta itu Buta" tapi mana ade .. cuba fikir2kan,org buta ada lah.. cinta buta takde.. hahahahha.. ikut definisi sendiri.. bagi aku 'Cinta' itu indah, buta atau tak itu bergantung pada seseorang yg menentukan.Kita yg kawal perasaan kita sendiri bukan org lain.Kita tak bole paksa org sukakan atau bencikan kita. Sebab perasaan adalah milik mutlak individu sendiri. Tapi kita sebagai orang Islam masih boleh berdoa dan berusaha memperbaiki diri sendiri supaya orang akan sukakan kita. Ingatlah, biar satu dunia benci kita, takpe.. jangan Tuhan palingkan mukanya atau bencikan kita.. mesti kita akan jauh dari Rahmat-Nya.

Sebenarnya aku ada minat pada seseorg 'mamat' ni masa awal lagi di bangku sekolah. Dia sekelas dgn aku masa form1,form3 dan form4.Aku suka gile kat dia sampai form3 tapi dia tak pernah sukakan aku, malahan tak pernah pon tegur selepas dia tahu aku suka kat dia.Biasa la lelaki tgk pompuan cantik je..Nak tahu sape 'mamat' tuh.. nantila, di episod akan dtg aku akan munculkan wataknya sbg "tooot".. hhahaha(wait and see..).


Now, let's start about sumone called 'Hasrul Md Yamin". Who's this guy?Dia seorang senior form 5,pemain rugby STJ,prefect 'otai' dorm AS 10..Mula2 mmg tak kenal pon, prasan pon tak kot. Kami berkenalan waktu same mewakili sekolah dlm olahraga. Erm, aku ntah camne bole jadi wakil sekolah dlm acara 'jalan kaki'(huhuhuhu...)padahal aku bukannya minat sukan2 ni.Abg Hasrul plak masuk banyak acara terutama acara padang dan olahraga.Dia terpilih jadi 'best athlete' time tu. Mula2 main2 mata.. tengok2, tenung2..Ada sekali aku bagi dia livita masa dia nak start main.Keesokkan, harinya dia minta jadi penyokong dia plak.Sume org yg dtg sume kena sokong dia ngah lawan.Ngade2 kan dia nih??Tapi nasib baik jadi atlet terbaik. Seminggu lamenya kitorg bermain2 mata, semua org yg wakil sekolah kena dtg waktu pertandingan even bukan acaranya bukan ari tu.. Ceh, aku pon amek kesempatan, sebab time ni lah nak jumpa dia.He is a good looking guys, chinese look (org melaka katakan.. ada keturunan baba kot),fair skin, rambut ikal2 skit..At last day of the tournament,time tu ujan,kitorg kena berebut naik bas sebab ramai yg dtg sampai terpaksa buat 2 trip bas utk hantar budak2 balik semula. Selamat aku dapat naik trip yg last time tu ujan dah lebat.Nasib baik juga aku dapat tempat duduk.Tiba2 ternampak abg Hasrul terasak2 nak naik bas yg same,dia nampak aku lalu senyum padaku sambil menunjukkan piala yg dia dapat sempena jadi best athlete. "Megahlah tu",aku berbisik dlm hati..

Sejak ari tu,kami semakin rapat.Dia org pertama dlm hidup aku yg panggil aku dgn name 'Lynn'. Tapi mana aku tahu, dalam masa yg sama aku ter'rampas hak org.Rupa2nye dia ni dah ada awek, saja menggatal kat aku.Aku plak layan je la,maklum la bole dikatakan hensem gak la dia ni.Perang beso dia ngn awek dia.Akak senior awek dia tu, namenya Kak Mazeq/Mazura, pantang betul tgk muka aku time tu.Habis kene maki je aku ni.. HUhuhuuhuhUuu.. Saya tak bersalah,saya tak tau dia tuh dah ade awek.Dah dia yg gatal tulis2 surat cinta-cintun jiwang2 kat saya la kak,bukan saya yg paksa dia tulis. Hhehehe.. Pendek cite,sampai uztazah wat tazkirah pasal 'Jangan Rampas Tunangan Org' pasal benda ni.Masa tu,aku terasa gak la.. tapi wat2 tak tahu je. Org cakap pokok tak bergoyang kalo takde angin. Aku mmg jahat skit kot time tuh,hhuhuhuhu..

Masa prefect meeting, main2 mata.Masa perhimpunan main2 mata lagi.. haahahha.. Aku ingat lagi satu ayat dia dlm sepucuk surat dia pada aku bunyinye begini,"Abg tak bole tido kalo sehari tak nampak muka atau senyuman lynn, i miss u like crazy".. huhuhu.. terus cair.. mungkin sebab aku ni mmg mudah jatuh cinta kot. Masa tu plak tgh glamour lagu The Moffats - I Miss You Like Crazy, lagu ni jadi lagu tema kitorg la.. hehheehe..

Masa form 4, aku kena masuk ospital 5 hari kena tahan wad kerana disuspek kena denggi. Padahal ari 2, dah negative, tapi agaknya doktor tuh syok kat aku saja soh dok lame2 kat situ.. Saat paling pahit bila tiap2 pagi dikejutkan oleh nurse, kena cucuk utk amek darah.Sakit gile. Saat paling best,time kawan2,warden datang melawat,diorg bawak buah anggur hitam.Sedap..Part yg menyayat hati plak, time mak & abah dtg maklumlah diorg jauh kat Kluang tak bole dtg tgk aku selalu. Masa diorg nak balik mak nangis dia kata sedih tgk aku kene cucuk utk masukkan air/glukos.Dia risau takut bende tu tertanggal dari tgn aku, dia cakap aku tido ganas.. tapi tak tanggallah. Inilah pertama kali aku tido dalam kelambu,kol 6ptg nurse dah siap2 pasangkan kelambu utk aku. Ari pertama dlm kelambu, aku tak bole tido sampai muntah2. Tak sempat g toilet aku muntah kat dustbin je, meradang makcik cleaner tu keesokkan ari nye. Hheehhe,nak wat camne makcik kan dah tugas...

Sedihnya,abg Hasrul tak de pon dtg melawat aku.Bila dah kuar spital, aku still dpt MC.Tapi aku MC waktu kelas je.Prep ptg dgn mlm aku pegi. Biasanya, prefect ditugaskan jaga di stesen yg ditetap utk mengawal pergerakkan pelajar dan halang kalo diorg nak balik awal. Kebetulan aku ditempatkan jaga kat blok form5,berdepan dengan kelas abg Hasrul. Dia nampak kelibat aku kat luar, aku tahu dia mesti nak jumpa aku tapi takut sebab awek dia sekelas ngan dia. Masa balik mesti la aku ingat dia tersenyum girang nampak aku..Dia tak tahu aku bengang gak dia tak dtg visit aku.

Keesokkan harinya, waktu prep ptg aku dpt surat darinya, dia kata sorry tak sempat nak g tgk aku kat ospital, plannya dia nak dtg time sabtu sebab baru turn dak lelaki outing tapi tgk2 aku dah kuar awal.Katanya lagi, dia nak jumpa aku kat workstation time aku kena jaga sebelum student kuar kelas.Mlm tu aku kena jaga kat main tangga berdekatan dengan visitor room/announcement room. Tapi aku tak jumpa dia pon, bahaya la,masa zaman skolah mana bole sesuka ati dating2 nih.Kena tangkap susah, dia tu plak cover2 takut awek dia nampak lagi. At last, dia tgk dari jauh je,dia panggil aku cakap taknak.

Seronoknya waktu rapat ngn dia,dak2 laki formate aku dah stop kacau2 aku lagi mungkin sebab takut kena belasah ngn dia. hahahhaha.. dia tu pemain rugby, biasa lah geng2 dia semua otai sekolah even prefect pon same je perangai. Jadi dak2 laki yg selalu kacau2 aku tu, dah berkurangan skit.Aman hidup den.. tapi yg tak amannya selalu la kena maki hamun ngn Kak Mazeq, dia mmg anti gila ngan aku.

Tapi abg Hasrul ni mmg buaya skit.Semua junior kalo yg cantik skit,putih skit sume dia nak kebas. Hahhahaaha.. tak sedo diri dia tuh, dah ada awek. Dia kata member2 jek, kalo awek dia dpt terima takpe la jugak. Dia kantoi ngn aku masa party prefect utk plaja2 form 5,aku nampak dia terngendeng2 ngan sorang dak junior baru masuk prefect, name nye aku tak ingat plak. Party tu diadakan kat hotel, first time dpt mkn kat hotel best betul.. Abg Hasrul mlm tu pakai baju kemeja color biru laut n bow n vest n kot peh, smart gila.. Dia nampak mcm businessman yg kacak, hehehhehehe... Sebab tu dia jadi 'Prom King' mlm tu.

Hubungan aku ngn abg Hasrul terputus sekejap selepas dia abis form 5. Last aku nampak dia masa dia dtg amek result SPM. Masa tu, aku dah form5. Tapi siapa sangka, dalam ramai2 perempuan yg dia kenal, aku agak lame bertapak kat hati dia sampai dia dah pegi UITM,Perak still cari aku. Aku tak tahu kenapa no tepon umah aku jugak yg dia ingat, masa lepas aku abis SPM dia called aku di rumah. Lama berborak ngn dia, katanya dia dah clash ngn Kak Mazeq dan other girls from STJ. Tapi aku pon tak sure nak percaya ke tak kate2 dia time tuh. Tapi aku layan je la..Finally, masa aku baru masuk MMU, first and last date after school with him, aku buat keputusan utk tinggalkan dia. Masa tu, aku pk satu je dulu masa kat sekolah depan mata aku dia boleh main2 mata, layan2 pompuan lain, layan2 aku even dia dah ada gilfren, so aku tak bole nak percaya seseorg yg macam ni.Jadi, aku cakap dan berbincang dgn dia to stop our relationship. Aku cakap kat dia, "Abg, if after 5 year, kita jumpa balik then abg takde sesapa lagi time tu, lynn pon takde sesapa lagi time tu, kita bole pk balik pasal hubungan kite ini. Tapi sekarang lynn tak bole terima abg". I still remember I got first time 'goodbye kiss' on my left cheek from him and in my life of 18th that time.It's happen spontaneously from him then he walk away. Walk away from me and my life.

Sekarang aku pon tak tahu ape2 pasal dia tapi aku harap dia berbahagia dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya.

Note: Love is not only about feeling inside our heart, it's about trusting, sharing and honesty between each other.




















Friday, January 18, 2008

Bab 2.1.1:STJ, Intermediate Level(Form3)

Form 3





Lagi sekali, teruk aku di kata bodoh oleh dak laki kelas 3 E ni, diorg kate tu la bodoh sebab tuh masuk kelas ni balik.Terukkan mulut diorg, tapi aku tahu sebenarnya diorg dengki. Sebab selalu dikutuk 'bodoh', aku rase tercabar. Time ni aku menunjukkan kepandaian aku. Time exams aku selalu je dapat number top 5 dlm kelas. Trial PMR dapat straight A, now they know who is the real stupid! hahahhaha.. Pas tuh mulut2 celupar tu terdiam sendiri.

Tapi dah nama budak laki kelas aku ni nakal cam setan.. ada sekali tuh, diorg letak vicks kat kerusi aku.. mula aku tak tahu.. ptg tu masuk prep, terus duduk.. aku dah nampak muka2 tersengih2 monyet!! Tapi aku wat tak tahu, terus menelaah buku. Tak lama pastu, punggungku mula terasa berangin bukan sebab nak kentut.. tapi rase 'mint'. Yg sengalnya aku time tu, tak terpk diorg kenakan aku.. tapi yg aku terpk,disebab kan dosa2 aku Tuhan buat aku rasa cam tu..(maklumla, time tu teringatkan tazkirah yg uztazah maznah bagi semlmnye). huhuhuuhu.. siasat punye siasat rupenya mmg diorg letak 'vicks',kurang asam betul!

Masa form 3 jugak, abg2 tingkatan 5 bengang dgn budak kelas aku. Diorg kata kitorg spy cikgu. Gara2 kes rokok. Tetiba masa prep mlm, cikgu ngn warden asrama serbu kelas kitorg, jumpa rokok kat koridor. Sape punya, aku pon tak tahu la..Tapi sampai skang aku tak tahu la sape yg bagitahu kat cikgu.

Dengan result yg baik,kelakuan yg baik, cikgu kelas aku apply kan jawatan prefect utk aku.
Bila pegi interview dgn confident menjawap soalan even jawapannya salah. Aku terpilih jadi prefect bermula di form4. Aku ingat lagi, dtanya berapa tahun sekali sukan Komenwel dan Olimpik di adakan, aku jawap Komenwel 2thn dan Olimpik 4thn. Hahahaha.. Interviewer(prefect) tanya balik padaku,"betul ke jawapan awak bagi tu?"Aku jawap,"Betul". Dia tanya lagi"Betul, awak pasti". Aku jawap,"Ya, pasti." Cewah..gaya2 want to be millionare plak..
On the way balik prep ptg, aku jalan di belakang warden asrama yg sama2 interview aku.Aku terdengar, dia cerita pasal aku,kata begini"tadi saya interview sorang budak pompuan ni,dtanya pasal sukan Komenwel dgn Olimpik brapa kali setahun, jawapannya salah, tapi muka dia confident jek bagitahu jawapan dia tu betul. Sebab inilah, aku rasa aku dipilih sbg pengawas sekolah.







Masa form 3, aku kenal dengan anak pengetua sekolah. Ingat lagi time tu waktu riadah,aku lepak2 ngan kawan2 aku (Nana,Dilla,Hanim & Olin) duduk dibangku berdekatan dgn rumahnya. Ntah camne, aku berlagak macho bagi dia gula2 ngn kertas tertulis perkataan,"hai,bole berkenalan?".Esoknya, dia dtg berborak2 ngn kitorg. Rupa2nya dia lagi muda setahun jadi kami jadikan dia adik angkat kami. Tapi dia paling rapat dengan aku, hehehhe.. Aku selit kan gambo dia lah disini.. (Note to GG or Hadzizi Noor: Jangan marah ye,dik!!).

Ini gambo lame - Aku n GG
Ini gambo baru - Adik Gg (cute kan?)


~To be continue Form 4(Zaman main2 cinta) ~

Wednesday, January 2, 2008

Bab 2.1: Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Junior Level(Form1-2)

Form 1 --story at class & hostel
Ni zaman baru nak masuk remaja,al maklum lah 14 thn. Aku ditempatkan di kelas 1 Einstein. Dorm aku kat floor 3, my dormate Mozac(form 1 Dalton),kak ezreen dan lain2(huhuhu dah lupe dah). Sekolah ini ada 5 kelas semuanya - Al-Ahzan,Bohr,Curie,Dalton & Einstein, name sempena ahli2 sains yg terkenal di dunia. Aku byk kenangan pahit gak la masa di bangku sek men ni, dari form 1 sampai form3, dak2 laki (formate,classmate)suka betul membuli aku. Tapi mmg kitorg tak baik ngan budak lelaki se'form' kitorg, mmg cam anjing ngn kucing!

Awal2 form 1, aku dah ade name baru yg diberi oleh dak2 laki ni - 'tomato busuk' aku tak tahu camne bole dpt name tuh,mungkin sebab aku ni tak cantik kot. Tapi yg aku tahu aku ni wangi.. hahhahaha... masa tu, kat meja abis kena conteng name tu. Jahat betul budak lelaki ni.. nak aku letak name kat sini takut ada yg tak puas ati plak, tapi sesape yg dr kelas 1 E tu tahu la sape yg aku maksudkan nih. hahhaha. tapi aku peduli ape.. nak gak tulis name2 budak nakal yg selalu kacau,kutuk & sewaktu dgnnye.. org2nye ialah Farid gmok,Soha 'nani'(hahahhhaha,hensem daknye lagi cantik kalo pakai tdg),Rad n the geng..(aku mungkin tertinggal name2 yg lain).

Aku tensen,kecik ati tapi ku tabahkan juga ati ini.. maklum lah, dah mmg cite2 nak duduk asrama. Pada aku yg penting study..Ramai kawan2 nasihatkan,hirau saja..

Form2 -- The best class of school
Mula2 cite pasal hostel dulu. Dorm aku kat tingkat ats sekali,dormate aku ada yg garang tapi baik hati.Aku tak ingat dah sape name akak senior aku tuh.Ingat lagi aku kena panggil ngn senior lain sebab tak bagi salam(padahal aku dah bagi,dia yg tak korek telinga..tak dengau cakap aku tak bagi salam plak).Malam tuh patutnnya semua org kena tido,dlm kol 11, lampu dorm pon dah diarah tutup oleh pengawas.Aku dipanggil ke dorm selang 2 dorm dari dorm aku.. lame gak kene herdik, tapi aku diam jerk,sampai akak tu kate aku ni muka poyo takde respon langsung. At last, akak senior dorm aku dtg selamatkan aku. Dapatlah aku tido, kalo tak kena dok melayan minah sekor tuh. Ntah ape yg dia bengangkan aku plak yg kena.

Form 2 bagi aku byk kenangan manis. Firstly, masuk kelas yg terpandai.. hehehehe 2 Curie!Dalam kelas ni, terkumpul student yg dapat top 30 dalam tingkatan.Lain2 kelas bukan tak pandai tapi same average. Al maklumlah, bukan calang2 org bole masuk asrama penuh mesti la yg result UPSR = 4A's.

Walaupon kelas best & classmate pon sporting tapi ada plak org yg dengki ngan kelas kitorg. Penah satu ari pegi prep, loker kene kencing!Ada beberapa loker yg kena termasuk loker aku gak..Kurang ajar betul sape yg kencing tuh!Nasib baik tak doakan 'tut'nye kena siplis.. hhaaha... baru padan muka!!

Apa yg aku tak lupa masa form2 ni lagi, pasal seorg cikgu yg cukup aku hormati, suka care dia ngajar..namenye Cikgu Azam. Gaya macam ala2 Mawi gitu(Aduh Saleha... huhuhuhu).Kalau Mawi mmg sengaja botak kot tapi cikgu Azam ni, rambutnye kurang.. hehhehe.. hormat beb cikgu tuh,tak kutuk2 dosa tak berkat ilmu nanti..

Nak tahu cikgu Azam ni ngajo ape dulu?Cuba para readers kite teka!'Clue'nye subjek paling mengantukkan di sekolah menengah.Jawapanya - Sejarah.. Sape betul?Angkat kaki.. haahahaha..Sape yg betul tuh mesti sejarah dia fail.. hahahaha..
Cikgu Azam cikgu sejarah plg best, dia pandai wat kelas dia menarik dengan cara buat kuiz. Tapi kuiz dia menarik namenya 'Kuiz Menara Gading'.Biasanya cikgu wat kuiz semua kena berdiri sape dapat jawap bole duduk kan??Tapi kuiz menara gading,semua duduk.Cikgu akan pilih sape mangsanya yg kena jawap soalan. Salah kena berdiri, kalo nak duduk kena jawap soalan kalo tak dapat kena berdiri.Dari berdiri tepi meja,atas kerusi sampai atas meja pon ada.Tapi aku tak penah kena sampai atas meja.

Sekarang aku sedar, terlambat jugak aku mulakan blog ni, byk jugak kenangan yg dah terlupa.
Tapi aku ingat, result semester akhir aku tak bagus jadi aku pindah kelas 3 Einstein bila aku form 3.

Kisah form 3 -->bersambung ke bab 2.1 Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Intermediate Level(Form3)

Gudbye 2007 & WelCOme 2008

HePy New Year!!!


Sronoknye bile dpt tgk bunga api ngn org tersyg mlm 31 Dec '07 yg lepas...

tgk dari tepi pantai kat danga bay.... huhuhu.. another sweet memory to remember for new chapter of 2008.

We totally in luv in very short while knewing about each other, totally insane but this is luv. We cant stop when its come, we cant deny when we face it.. We just live with it..

I just reliase I found my new world since I knew him.. He so special in my heart...Wish this love will keep us together always, may he will be my destiny Ameen..