Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 29, 2009

Bab 75 : Bersawang seketika

Petang ni,gerak balik ke kampung.. so utk seminggu ni..bersawangla blog ni utk seketika.Aku cuti from esok sampai la 4.1.2009 - kire lame la tu...



Selamat Tahun Baru kpd semua pembaca..Semoga tahun depan lebih baik dari tahun 2009.
Kenang2 daku dalam doa kalian...



P/S: Doaku semoga tahun 2010 memberi sinar baru utk aku..semoga aku lebih berjaya & segala impian menjadi kenyataan...

Bab 74 : Topik hangat?!

Sekadar Gambar Hiasan



Pagi tadi on the way g keje, aku dengar radio sinar diorg ngah bercakap pasal peristiwa burok & sadis sepanjang 2009. Tetibe yang mengusik telinga aku ada sorang pendengar ni sms, dia kata dia baru lepas putus cinta dengan seorg laki2 yang dah kenal selama 5tahun & dia harap dapat melangsungkan perkahwinan dgn lelaki berkenaan.. tetapi malangnye, hubungan terputus kerana lelaki berkenaan masih mencintai bekas kekasihnya.. Sedihnya..after 5years & that 'stupid guy'(sori to say cam nie) bole kate x cintakan dia because x-girl?



Aduhai.... sakit ati aku dengar...sampai hati dia buat org cam tu..tak baik dek non oi!!! Nasihat akula pd lelaki berkenaan tu kan..kalo rasa diri tu belum sedia untuk mencintai org lain so jangan try2 nak bagi harapan kat org lain.. If you dah rasa kecewa & sakitnya kecewa why nak suruh org lain rase ape yg you rase... Tergamak betul la jantan ni...Ada otak ke x, aku pon tak sure arr..



Pada aku plak, cinta pertama memang sukar utk dilupakan tapi bila ianya sudah berakhir, maka ia menjadi satu kenangan. Sebagai manusia biasa, kita mesti meneruskan hidup bukan hidup dengan kenangan2 yg tak mungkin akan kembali..Yakin selagi masih ada DIA, tentu masih ada lagi cinta untuk kita sepertimana DIA tak membiarkan Nabi Adam hidup keseorangan..



Dan utk yang aku sayangi di saat ini, mungkin dia bukan cinta pertama ku tetapi InsyaAllah dengan izinNya aku berdoa semoga dialah cinta terakhirku...



P/S: Cintaku takkan mati, biar pon aku telah mati... Cintamu akan kusimpan biarpon kau jauh...

Monday, December 28, 2009

Bab 73 : Selagi Ada Dia

Ari Jumaat lepas, beli buku cerita Alaf 21 tulisan Aishah Sofea tajuknye Selagi Ada Dia. Jalan cite yang menarik, sebab mampu buat aku menangis sendiri, membenci lelaki tak reti buat keputusan, lelaki yg tamak & tiada pendirian...Penulis pandai meruntun ati bila bercerita pasal keluarga & kasih sayang..



Dan bila aku dengar lagu Larut nyanyian Dewa 19 ni.. aku rase sesuai betul lagu ni dengan cite ni..


LARUT – DEWA 19


Mungkin aku pernah juga..


Merasakan cinta..


Tapi tak pernah..
seindah ini..





Mungkin aku juga pernah


Merasakan rindu..


Tapi tak pernah


Sedalam ini





Mungkin kamu takkan pernah..percaya..


Bahwa sesungguhnya..


aku telah terjatuh.





Chorus:2x

Kuakui aku telah larut


Larut ke dalam


Kamu yang kucintai





P/S : Aku suka lagu ni..sangat bermakna untuk aku dan dia...

Thursday, December 17, 2009

Bab 72 : Menghampiri Penutup 2009

Apakah pencapaian anda sepanjang tahun ini?




Jawapan aku - Aku pon tak pasti camne nak cerita. Gaji tak naik tahun ni, sama seperti tahun lepas. Asek fail jek ujian PTD & sewaktu dengan nye...Kereta masih yang sama. Boyfren pon masih yang same :) Bagaimana pulak dengan anda?




Apakah peristiwa menarik sepanjang tahun ini?




Jawapan aku - Banyak. Antaranya: reunion SMSTJ 99 di Pangkor,pergi Desaru bersama Sala & her Tooott..sesuatu istimewa yg berlaku time raye aidilfitri tahun ni...besday surprise yang tak menjadi...convoy ke Teluk Cempedak bersama2 geng2 Akim.. banyak lagi ni..tak terlarat nak naip kat sini...




Wedding of the year?




Jawapan aku - ntah le ye...banyak g kenduri kawen sampai tak ingat mane satu yang bole di kategorikan sebagai wedding of the year..




Peristiwa paling sedih sepanjang tahun ni?




Masa tahu Uda kena operation buang hempedu. Paling menyayat hati bila anak dia berumur 4tahun meminta aku berdoa untuk maknye supaya sembuh cepat sebelum masuk tido...




Peristiwa paling pahit sepanjang tahun ni?




tak sure plak...x same ke dengan peristiwa sedih?







Adakah azam 2009 anda tercapai?




Ha ha ha ... semuanya tak tercapai...







What is your picture of the year?




P/S: Selamat menyambut tahun baru...

Wednesday, December 9, 2009

Bab 71 : Kembali bersama kenangan terindah

Pergi pangkor bersama Sala


Sepanjang jalan sronok ngumpat


Ari ni aku nak sambung bercerita


Tentang reunion SMSTJ 99'ners 10th Aparted








hahahaha... aku berpantun tak jadi.. (gelakkan diri sendiri). Weekend yang lepas, aku & bekas2 student SPM 99 sekolah menengah sains tuanku jaafar buat reunion setelah 10th meninggalkan sekolah. Tarikh yang pihak pengurusan pilih memang kene dengan tarikh kami mendaftar di sekolah masa form 1 dulu.







Memang seronok bila dapat jumpa kenkawan setelah 10thn tak berjumpa. kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kate..Macam2 hal yang berlaku kat pangkor, pasti aku akan ingat sampai bile2.








Gambo bersama time baru turun dari bas - Lumut





Gambo dari dalam feri - agak2 tu la Pulau pangkor





Aku & Sala - tunggu BBQ dinner






Dalam bot yang wat aktiviti air - Snorkeling & ronda2 keliling pulau






Pemandangan Indah dari atas bot






Air jernih - ada timun laut & landak laut







Terlalu banyak utk diceritakan di sini, pendek kata aku memang sgt2 gembira & bersyukur dapat berjumpa dgn kawan2 yang telah berpisah sejak 10 tahun yang lalu.
Hanya wajah2 kegembiraan pd foto2 ini, menggambarkan perasaan kami ketika itu..







P/S:Yang paling aku tak dapat lupa - snorkeling(sebab aku jadi balak hanyut dalam air) huhuhu

Friday, December 4, 2009

Bab 70 : Sajak

Ari ni nak ngarang sajak plak..tajuknya aku pon tak tahu lagi...




Kali ini aku pergi membawa diri ini,


Tak aku ketahui apa yang akan berlaku nanti


Takkan ku tahu adakah masih ada lagi peluang aku utk kembali


Aku pon tak pasti...





Andai kata inilah warkah terakhirku di sini


Ribuan ampun maaf kupinta..


maafkan aku kerna aku bukan insan yang sempurna


maafkan aku kerna terlalu banyak kekuranganku


maafkan aku atas segalanya...






sekian,wassalam...


P/S: salam sayang rindu dari aku utk semua..semoga kite berjumpa lagi...

Bab 69 : Tiada Lagi - Amy Search

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbeda


Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada


Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu


Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini






Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan


Biar aku sendiri tanpa dirimu


Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu


Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu






Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada


Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu


Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini






Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan


Biar aku sendiri tanpa dirimu


Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu


Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu






Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan


Biar aku sendiri tanpa dirimu


Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu


Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu






Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan


Biar aku sendiri tanpa dirimu, oh...


Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu


Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu






Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan


Biar aku sendiri tanpa dirimu...





P/S: Ngah tensen...

Thursday, December 3, 2009

Bab 68 : Bila Sumenya menjadi upside down

When we think we had try hard enough but seem its not perfect for other... what we should do?
Just ignore??Aku pon tak tahula... Semalam cukup buat aku bengang, sebab terpaksa lebih dari 3x ngadap benda yang sama, sebab orang lain wat 'dono' jek.. bila dah jadi problem baru nak melenting sana sini... Padahal, aku dah highlight benda yang same sejak sebulan yang lalu...Kat Flex ni memang tak guna raised flag awal2 sebab takkan ada action pon dari pihak lain. Mungkin diorang memang suka tunggu bernanah baru nak jumpa doktor, ataupon diorg lebih suka fire-fighting!Go to hell la sume orang...




Semalam suma nak cari pasal ngan aku, Akim pon sama.. nyakitkan ati jek..




sampai ari ni aku pening kepala.. huh!~




P/S: Aku dah naik nyampah...HELP ME..

Tuesday, December 1, 2009

Bab 67 : Gambo bunge dip aku wat

Ini la bunga dip yg aku wat tak jadi tu...





Sampai skang aku ter'stop' wat bunga dip ni..






nampak berbelang2 kelopak tu??






P/S: Still frust hasil seni aku yang tak menjadi ni...plak tu skang susah plak nak cari barang2 wat bunga dip ni..rata2 org lebih suka beli yang dah siap kat kedai2...tapi still susah nak cari bunga dip kat pasaran yang murah2. Biasa hargenya mahal.. huhuhu...

Monday, November 30, 2009

Motosikal for sale

Pengumuman pengumuman sesape berminat nak memiliki moto Jaguh 175cc or Vespa(old-skool) seperti dibawah silalah hubungi abah aku utk keterangan lanjut - 013-7053647(En Baharin).



Jaguh - RM2600


Vespa - RM1600











Register - 2000, Good condition









Enjin sume dijaga rapi - abah aku memang jenis sayang harte punye - kompom 1001%










Old skool vespa - 1963










Aku snap gambo enjin moto vespanya skali..





Sesape berminat bole la kontek abah aku..Harge boleh runding.






P/S : Aku warning iklan ni untuk sesapa yg betol2 berminat utk membeli, kalo taknak jgn ngade2 nak kontek abah aku weh!!! (Ops!no flat moto tu aku sengaja tutupkan, sebab takut ada pihak yang salah gunakan)



Monday, November 23, 2009

Bab 66 : Mengapa aku tak makan kat Kantin Flex Lagi

Aku dah lama tak makan makanan dari kantin Flex nie.. Last aku makan time training sebulan yang lalu.. Itupon aku makan kerana ter'paksa'...






Lepas2 nie, aku tobat taknak makan lagi walaupon terpakse..Aku sanggup arr berpose makan dari makan makanan yang kotor dari kantin tawakal tu..






Pagi ini aku trime satu email, complain pasal menjumpai bendasing dalam roti canai kat kantin.Mari tengok apakan bendasing itu...




Nampak x ats sudu tu apa?




itula - kuku sape ntah bole masuk dlm roti canai








P/S: Sesape yang masih bole telan makanan dari kantin tawakal tu - terpulangla.. Lu pikirla sendiri..






Wednesday, November 18, 2009

Bab 65 : Hadiah









Cantek x benda nie? Ada sesapa berminat? Semlm aku jenjalan jusco bukit indah, konon nak cari hadiah utk org kwen. So kami berkenan dengan yang nie - lampu with watch harga pon berpatutan - RM29.90 tapi malangnya takde kotak. Nak tanya promoter, promoter dah balik..bongok tol balik cepat belum time lagik.. ntah2 ngulo jek..




Last2 aku beli benda lain - crystal vase. Gambonya tak amek lagi.. Sume org tahu la crystal vase tu ape.. dlm BM pasu kristal (heheehe)..Regenya sedikit mahal dari harga di atas.





P/S: Harap2 org yg menerima pasu itu suka la dengan hadiah aku yang tak seberapa ...

Rehat Minda : Setia seorang bernama Lelaki

Cerpen

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya 1jam lagi.





Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam
tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa
lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang
balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter,
aku putuskan untuk melakukannya sendiri..Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru.





Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap penyakit Alzheimer.





Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat
terkejut dan berkata, "Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? "





Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia kan?"





Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum.




Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.




Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.
"Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan"





P/S: Adakah cinta seperti ini milikku?

Tuesday, November 17, 2009

Rehat Minda : Cantik

Untuk Renungan Bersama…







Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.








Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia(betul2 ni tande2 "playboy"). Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.








Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.








Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya.. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci.








Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.








Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.







Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.





Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.








Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.








Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, "Buta ke dia?".








Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!







P/S from my Ayang : Bagi abg syg ttp cntk di mata abg…





P/S : Terharu tol baca ni, aku dapat email ni dari Akim, sungguh mendalam maksudnya bagi aku yang terlalu merendah diri pasal "aku tak cantek"...

Friday, November 13, 2009

Bab 63.1 : Misi completed - Bakul Recycle Paper

Aku saja nak jugak letak hasil tulisan aku dalam BI. Yang ni memang purely hasil perahan otak & minda aku dalam english.. Tak power mane pon english aku.




Tapi aku memang buat bakul ni dalam 100+ pcs utk wedding angah aku tahun lepas Feb,2009.




Untuk bacaan anda sila Klik -> sini




P/S:Buat bakul ni lagi senang daripada buat bunga dip tu wei.. huhu

Thursday, November 12, 2009

Bab 64.1 : Pertemuan Yg Lancar

Sebenarnye aku teringin nak amek gambo tapi disebabkan suasana airport yang sesak & aku terpaksa menangguhkan hasrat tu.





Tapi alhamdulillah seperti selalu semua berjalan lancar, bersalam2 dengan mak Akim sebelum dia berangkat ke Mekah sambil bagi sedikit saguhati. Diperkenalkan sebagai tunang Akim oleh mak dia kepada atok akim.. cukup membuat hati aku berbunge-bunge..




P/S:InsyaAllah..doakanlah kami makcik..(kate2 aku didalam hati).

To readers -> I'm still not engage okay!~

Wednesday, November 11, 2009

Rehat Minda : How Technology Change Us








P/S : Simple figure with deep meaning.. ahaks!Betul x?

Tuesday, November 10, 2009

Bab 64 : Esok Cuti - AL

Esok aku amek AL(annual leave) nak pergi hantar mak abah Akim ke airport Senai utk menunaikan Haji. Alhamdulillah dah sampai seru diorg.. Aku doakan smuge mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan lancar & sentiasa sihat sepanjang menjalankan rukun islam ke 5.





P/S : Walaupon dah lebih 3x jumpa mak abah Akim, aku masih rasa gelabah..alahai... ape nak cakap esok nie.. uhuhuhu

Monday, November 9, 2009

Bab 63: Misi 1 -> Bunga Dip

Last weekend masa kat kampung, aku ingat aku dapat menrealisasikan misi aku untuk buat bunga Dip. Misi yang aku simpan sejak berbulan2 lamenye gara2 terlihat buku Alaf21 - edition hantaran (ala yang muke depannya ada bunga dip warna biru silver). Kononnya, aku nak wat bunga dip untuk hiasan Hantaran aku nanti... :)







Sesape yang tak tahu bunga dip tu ape.. pergi link ini http://http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dekor/20090607104926/Article/







http://duniadip.blogspot.com/







Ini plak contoh dari laman web yang aku jumpe





Cantek kan???




Aku berbulu tol tengok orang lain buat .. cantek2 belaka.. aku jumpa plak satu laman web yang aku dapat sedikit info blog Solehah dari blog dia, dia ada bagitahu jangan pakai dip yang diperbuat di USA. Aku nak try buat so aku singgah 1 kedai bunga (kat kedai ni jual2 barang hantaran & whatsoever), aku tanya la kat apek kedai tu..pandai cakap melayu tapi perangai pelik skit..terkinje2 macam monyet...hehehe (harap2 apek tu tak baca blog aku ini). Dia tunjuk kat aku beberapa botol Dip pelbagai warna.. aku pon ada tanye, kalo dip mengeras mahu letak ape? Dia jawap, "amoi, I terus terang dekat U, I jual saja sebab dulu2 ada olang cali..sikalang olang sudah tak mahu lagi..sebab sume org beli yang sudah siap punya la moi..kalo U buat sendiri ar..manyak membazir"... Awal2 lagi apek ni sudah kondem cite2 aku yang murni...




Tapi aku tetap nak mencuba, so aku beli la 1 botol kale purple & dawai silver - cost RM22 (dawai silver tu brape btg ntah..RM2.. So malam tu jugak aku try wat.. tapi hasilnya hampeh..Dip tak melekat penuh kat dawai yang aku buat. Bila aku celup banyak kali, dia melekat kat tepi2 dawai jek..Aku dah mule fed up... Mujur kakak ipar aku melayan, dia buat bunga pokok sena, halus2 & cube..menjadi.. tapi bila dawainya nak membentuk beso sikit, hasilnya hampe juge..




Aku malas nak tunjukkan gambonya kat sini..sebab ati aku pon sakit tengok..Mak abah aku sume soh aku bersabo.. mungkin ada tak kene dengan dip aku katenye..aku tengok dip tu cepat sangat mengering, kadang2 bile celup & angkat, dipnya belum sempat meleleh utk penuhkan keseluruhan dawai dia dah kering.. aduhai... memang nampak mudah tapi bila cuba memang rumit..




Aku pon tak tahu sama ada nak teruskan @ tidak dengan misi aku nie.. Akak ipar aku dah cadangkan buat bunga stokin jek.. huhuhu...




tolongla aku,kasihani aku..tolong bantu aku buat bunga dip ku(ini lagu, cube nyanyi ikut rentak lagu Wali - cari jodoh)

Thursday, October 29, 2009

Bab 62 : Jiwang mode - Ingin Kumiliki

**Ari ni jiwa tengah kacau...**



Ingin Kumiliki - Ruth Sahanaya






Mungkin kumiliki


seluruh cintamu


Kusadari semua itu anganku








Ku ingin katakan


hanyalah dirimu yang melukis


warna mimpi hatiku








Ingin kumiliki dengan sepenuh hati


Walau ku harus setengah terluka


mengharap cintamu


Ingin kusayangi


tanpa terbagi lagi








Apakah mungkin menjalin kasih


bila aku tak tahu


bagaimana kau mencintai diriku









Sha na na na na na, ingin kumiliki


Sha na na na na na, ingin kusayangi

Tuesday, October 20, 2009

Bab 61 : A memorable Weekend

Weekend yang lepas (17.10 & 18.10) my bestfriend time study kat MMU dulu datang melawat aku kat JB. Aku pon amek kesempatan bawa diorg berjalan-jalan di JB.



Timeline:

Sabtu 11 am - Sala & her friend arrived umah aku

Sabtu 2 pm - bertolak pergi umah terbuka Akim






Posing kat umah Akim




Popok bakal anak sedara (hihi)







ngacau jek mamat ni kan, hana?














Balik dari Senai(umah Akim) kitorg pergi jalan ke Nusajaya - tengok kapal2 mewah berlabuh kat Puteri Harbour.






Panas & silau






pemandangan menarik





Malam minggu tu, kitorg pergi makan2 di Saujana sambil mendengar derungan air pasang di bawah restoran kitorg makan tu... Selepas tu kitorg merayau di bandar JB - danga bay

Tak tahan nak tunggu ikan siakap stim



Suka Umi dapat makan Tauhu hot plate








Ahadnye, kitorang mandi manda di Desaru. Aku dah lame tak pergi Desaru, aku ingat dulu masa kecik2 aku pergi ombak dia setinggi 1meter, aku tengok 'mat2 saleh' je berani mandi. Aku & family time tu berkelah sambil makan2 je kat tepi pantai. Aku ingat lagi masa tu ada ladang kuda dekat2 pantai, aku dok ngecek mak abah aku nak naik kuda, akhirnya dapat naik..






Kali ini bernasib baik, kitorg dapat mandi walaupon ombak agak kuat tarik kaki2 kitorg bile air mula pasang. Yang dramatiknye, oleh kerana, aku pergi merangkap single (Akim tak dapat ikut) kene lah usha ngan mamat apek (isk...gaya cam along cuak aku dibuatnye). kekeke..saham tinggi lagi beb!~







Desaru yang tenang






Gaye sebelum mandi






terover act lak nie: Jom mandi!







sat ni 1-2meter dari pantai








sat ni tetibe air paras dada di tempat yg same





posing lepas mandi laut







Posing maut lagi





Pas mandi makan aiskrim





Pose sebelum bergerak ke Gelang Patah

P/S: Aku sebenonye melaram spek itam yang baru dibeli malam sabtu ari tu - Emprio armani (kiki)










Friday, October 16, 2009

Bab 60 : Biji biji

Satu petang yang hening di sebuah opis yang sejuk macam 'esbok'




Ms Y: Eh, XX tolong check email I & jawap cepat


Ms XX:aiya!soli arr, I sangat biji arr sikalang. Nanti I tengok ya.




tup. FULLSTOP...




Esoknya..




Ms XX: Linda, itu tadi I sulah emel you, Vexxx sangat urgen...

Aku: Tak bole, tak bole. Semua mahu urgent mana bole.(aku terus potong kata2 dia, hmm puas ati aku). Ingat sume org sangat senang mau tolong lain company, itu finance bising, shipping bising store bising.. ali2 mau urgent2 mana bole...(aku terus membebel)




Tup, Stop -> Ms XX terus blah.




hahahaha (hati aku gelak, itu la dulu ko suke sangat potong cakap orang pastu bebel2 skang aku balaskan untuk sume org yg ko wat cam tu..




P/S:2 minggu nie, aku memang agak biji(busy) dengan kerja.

Friday, October 9, 2009

Bab 59 : Lagenda Cinta Ku (2 years old)

9.10.2009

Kau datang tidak kuduga

Kala hatiku sedang merana

Kau buatku tersenyum,ketawa dan menangis bersama

Kau buatku merana di kala kerinduan



Padamu kasihku tak pernah padam

Padamu jua ku serah jiwa yang kudus

untuk dicintai dan dihargai



Biarpun pelbagai rintangan kita tempuhi

Kita akan tepati segala janji






Jangan pernah kau ragui

Segalanya akan ku tempuhi

hanya untuk bersamamu hingga ke akhirnya






Semoga di satu masa kau dan aku akan bersatu

mengharungi hidup ini bersama dengan Izin-Nya

P/S: sori agak jiwang..doakan kebahagiaan kami...

Thursday, October 8, 2009

Bab 58: Kosong

Aku mulakan hari ini dengan jiwa yang kosong


Aku pon tak tahu kenapa aku rasa macam tu


Sejak bulan puasa aku rasa jiwa aku terbeban


Dan sampai sekarang aku masih lagi rasa tertekan


macam2 masalah dari masalah keluarga, peribadi hingga ke kerja


Semua terbeban di jiwa








Tiada tempat mengadu


Hanya Tuhan lebih mengetahui


Aku sendiri menyimpan seribu lelah


Semoga satu hari semua akan berakhir


Dan jiwaku bisa tersenyum kembali seperti waktu lalu



Monday, October 5, 2009

Bab 57 : Let's picture speak

Venue - No 47,Jln Kenari,Felda Kahang Timur

Date - 4 Oct 2009

Time - 230pm


1
2
3

4. Ini bukan jari Aku