Terlintas dalam kepala ku ari ni, tentang perhubungan (lebih specific pada hubungan antara kekasih,kenkwn, suami isteri).. Aku berpendapat tiada 1 pon manusia dalam dunia ni, bile menjalinkan 1 hubungan tak inginkan kebahagiaan & kegembiraan. betul kan??
Camne utk mewujudkan kebahagiaan jika bukan hasil kerjasama kedua2 pihak? Ari tu aku bergaduh teruk dgn insan tersayang..Dia sanggup biarkan aku tunggu dia dekat 1jam kat carpark PTP padahal dia bukan kat PTP.. Dia kat umah tgh tgk tv.. :( alasan - dia tengah marah kat aku, taknak jumpa ngan aku..
aku pon tak mahu ingat lagi benda sudah berlalu, yang penting skang + masa akan datang, harap sume tu takkan berulang lagi..
Cume nasihat aku.. jika kite benar2kan sayangkan seseorang buat la 8 perkara ini:-
1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak
ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara
berutus surat , telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda
sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan,
perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang
demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting.
Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.
2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan
orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari
dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat
diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan
hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan
kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik,
pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap
setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu
mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang
menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat
selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar
ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.
3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh
digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain,
tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan
cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan
jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan
mengkritik bahkan membebelnya.
4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya
untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut
dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika
kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah
satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah
bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu,
memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk
bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan
olehnya.
5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil
lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga
merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda
menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang
peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik
untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang
tamu atau meja makan yang berhias indah.
6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap
pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah
tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya
kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan
dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam
seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang
dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda
memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering
tidak dilupakan.
7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi
sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah
pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan
sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila
anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk
memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda
tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji,
tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan
punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda
untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan
kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.
8)Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi
pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus
asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa
ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri
dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda
menghadiahkan senyuman manis??
Aku rasa aku sudah mempratikkan sume di atas kecuali no 4,6 & 7 aku kene perbaiki.. Aku sedang cube sedaya upaye nie..Pls pray for me..