Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 12, 2008

A Friend Named - Housemate ..

Today I wanna write in English. Start yesterday nite, I am alone in the house, my housemate moved out as got an offer from TNB in PJ. Even though, I will new housemate by next week, I will always remember her as one of my nice friends and housemate. Today, I will write about her and me after 1year stayed together.


I knew her during the first day in Flextronics, we went to Induction program as new worker in Flextronics (all new staffs have to sit for this 3-4days training - quite bored but have exam : ESD certification..huh!).She work as shift trainer in Flextronics - Top Level and I am working as Buyer in Flextronics - PCA, even in the same company we seldom see each other during working hours.

She at work (cute??) - @ Hydra



First time, seeing her, i think she so vouge, 'garang' n selamba line skit. Then, mula jadi osmate rupanye dia ini malu2 gak, still control in some other thing with me. After sometimes, we really get to know each other. She a nice and sweet lady,can be trusted (boleh cite pape pon, bcoz she can keep it), happy go lucky person (in whatever situation u can see her smile), fun to hang out together and well motivation. Her weakness sometimes 'boros' while ,shopping hahahhaha... but I think she will improve in future (kan, ila??)


House is the best 'lepaking' place for us. Hahhaha... Best makan place for us - Awana, reason: Cepat & Sedap. I tought her to eat food that she never eat before such as 'ikan sungai - baung, lais and many more, eat tongkeng ayam(secara tak sengaja),hati lembu (hahahha..tak sengaja gak dia termakan).


Many times hang out or going out together, we didnt take our photo together. This is the photo taken when we hang out for the last time before we went to her hometown and KL.


Me and Ila @ Angsana,JB

I feel a bit different when she not around, no body want to 'kacau' me especially during tengah gayut with Akiem. The house a bit silent,no her loud voice and no her happy laughter.

We have many friends but special one rarely can be found easily. For Ila, no matter what people say about you,you're the only best person who really know urself and a good friend as me will always understand or always beside you.

Take care n have a nice day always!!


Friday, March 7, 2008

Renungan Jumaat: Jangan Marah2

Hari ini, aku tak tahu kenapa mood kurang baik,then aku marah2 pada seseorg yg aku kasihi. Later, aku dapat email from my beloved adik angkat,Gg satu topik yg kena dgn perasaan aku - Marah.

Jadi, aku ingin berkongsi dgn pembaca.
TAJUK: MARAH
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Allah s.w.t berfirman: “Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Oleh itu tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
DIANTARA KAEDAH-KAEDAH MENGELAKAN SIFAT MARAH
Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
Apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.
Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.
Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.
Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.
Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu’minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta’ala: “Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.” (al-A’raf:199) Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas.”
Sifat pemarah ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair: "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un” (Dari Allah kita datang, KepadaNYA kita kembali).
Sifat suka memarahi orang lain akan mengakibatkan stress atau tekanan (kesan negatif) kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi. Oleh itu bersama-samalah kita itu hindarkanlah diri daripada sifat ini. Marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta ketaatan kepada Allah s.w.t. pada setiap masa. Mudah-mudahan kita akan tergolong di kalangan orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Pengajaran yg aku dapat, kita sepatutnya lebih bersabar dan ingatlah setiap api kemarahan dihidupkan oleh syaitan. Syaitan yg sentiasa ingin merosakkan hubungan baik sesama manusia. Ini kerana setiap kemarahan kita akan meninggalkan parut pada org yg kita marahi, oleh itu jgnlah kita sesuka ati memarahi org lain. (I was totally regret for what I've done to my sweet Kimie, I am so sorry...) :(
Di sini, saya ingin minta maaf sekiranya saya ada memarahi anda semua yg mengenali diri saya.
Sekian,wassalam.

Tuesday, March 4, 2008

Bab 3.2: Beta Engineering

Masuk lah tahun kedua bergelar budak 'U' tapi merupakan tahun pertama utk course menjurus terus ke arah engineering. Time Alpha tu kira macam kat Matrik utk org2 yg tak pernah masuk MMU. Aku pilih utk blaja Electonics engineering antara sebab aku pilih course ni sebab taknak pegi Cyberjaya, course ni cuma ada kat melaka je. Sebab kedua, course ini merupakan course yang kena amek engineering math sampai Math 4 je tak macam Telecommunication ada sampai Math 5 (x sanggup den nak lame2 blaja math, berguling biji mate den .. huhuhuhu)

Osmates aku pon ada yg berhijrah ke Cyberjaya antaranya Atul dan Matun. At last,rumah sewa aku tinggallah aku,Emon,Leen dan Aton (baru je masuk after Alpha). Then,later or sooner, Leen,Emon pindah umah lain duduk serumah ngn Mancet. Tinggallah aku dan Aton kat umahTmn Bunga Raya tu.

Time Beta hubungan yg sedia ada bertambah rapat dan berputik hubungan baru. Namun, classmate Alpha mula berpecah - Abe amek mechanical, jadi dah jarang sekali dapat jumpa. Eliz pegi Cyber, Sal pon jrg2 jumpa then tetiba pindah 'U' masuk Kuittem. Aku mula2 kenal dengan Sala, melalui Sal tapi selepas itu mula rapat bila berjumpa balik waktu wat assignment or project same2. Aku kenal Fitri & Zapril merupakan classmate yg byk menjadi tempat mengadu dan membantu aku dlm part copy-mengkopi t'utama dalam assignment n lab report (hahhahahaa...sumtimes nak hidup).Dan meraka inilah juga yg selalu temankan aku makan time2 tengahari sebab aku malas nak balik umah (jauh....). Kalo takpon aku melepak kat bilik Ikha atau surau. Time ini lah jumpa Cek Yan and Sala. Cek Yan & Sala amek coz telekomunikasi.

Ketika itu, barulah kita tahu sahabat itu sgt penting dalam hidup kita. Memang betul kata org, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Dan biarlah org kate kita hanya banyak kawan utk ketawa bersama sebab bila kita pikir balik sekurang2nya kita ada teman bila kita ingin ketawa. Tapi memang lebih baik jika kita pon ada teman utk menangis bersama. Bagi aku, all my frens are my precious frens as they always there when I need them. Thanks for being my friends.

Monday, March 3, 2008

Bab 3.1.1: My First Love N HurT

Aku mengenalinya ('H') waktu Second Sem - Alpha, melalui internet. Rasanye tak perlulah letak name dia, takut dia malu pulak.Menjadi hobi baru ber'chatting' time free kat kampus. Di MMU kemudahan internet memang mudah dan cepat, seiring dengan namenya Multimedia University. Di sini, aku mula belajar selok belok internet dengan lebih mendalam.

Aku kenal ngan si 'H' inipon melalui IRC channel MMU or alpha, aku pon tak pasti/terlupa dah.(huhuhu..) Dia anak tunggal, tinggal di Johor. Aku kenal dia time second sem Alpha,baru kenal dia terus propose jadi awek even time tu aku rasa terlalu awal. How to describe him? He is tall, dark, and thin. He is caring because giving/buying me phone card just to call him every time i reach my home (no handphone during that time maa... n luckily in front of my house there is public phone). Sent me back to house sometimes with basikal but dia tak naik pon basikal tu, sorong je... nak bawak aku tak larat kot.. hahhaaha tapi time tu aku bukannya berat sangat about 46-48kg! What a nice memory to remind back even a bit funny.. At least to make me smile during my rainy day.

What I realize that we've lack of communication, this perhaps be the reason why we broke up. Percintaan yg tak lama tapi meninggalkan kesan yg mendalam, sebab I had change a lot after that. Mula2 memang susah nak terima bila org yg kita dah mula syg, yg dah mula bertapak kat hati kita tinggalkan kita dengan alasan 'you're such a good girl and I am not meant for u'. This the sentence I still remember till now, which he might be forgetten.

However, life must go on even its hurt so much sooner and later its will recovers back. What I've learnt from this, in relation must have a very good communication so that we can understand each other better.

Yakinlah, hari esok akan jadi lebih indah jika kita dapat terima semua keburukan dan kebaikan hari ini.

Dulu masa lepak2 ngan dia, selalu dengar lagu ni (dia ni dulu suka sgt kat group Nsync & Britney):-

"This I Promise You"

Ohh ohh...
When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..
And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you This I promise you
I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...
Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..
Over and over I fall (over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...
And I will take (I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong (right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby
Just close your eyes Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you
Every word I say is true
This I promise youOoh,
I promise you...

Friday, February 29, 2008

Tentang Aku - Hanya utk diri ku

Hari ini aku nak cerita tentang aku dari sudut penilaian aku sendiri. Aku lahir pada 11 Feb 1982 sewaktu menulis coretan ini aku berusia 26thn 18 ari. Aku ber'zodiak' Aquarius' so aku cendurung pada air. Hahhaahha.. Aku tafsirkan diri ku begini, jika air laut kekadang tenang kekadang bergelora, aku pon bole dikatakan begitu, kadang2 gembira tak tentu hala kadang2 badmood je. Hehehehe..

Pasal perasaan sayang dan cinta, umpama dalamnya air laut huhuhuhu..Kalau nak tahu dalamnya kenalah selam sendiri. Baru tahu dalam ke tak laut tuh. Lagi pasal aku, aku ni berjiwa sensitif,puitis,romantis, dan funnis (hahahahhaha..sesapa yg rapat dgn aku mesti tahu aku mmg suka wat lawak spastik). Pastinya, aku sanggup buat ape saja utk buat org yg aku sayang/suka tersenyum. Kelemahan aku, kuat merajuk (tapi kejap je), degil (t'utama kalo aku tahu ape yg aku buat tu betul) , cepat terasa (biasalah, aku ni suka rasa rendah diri yg terlampau) dan pedendam (huhuhuhu.. kdg2 tu, simpan dulu mcm gunung berapi nanti kalo dah over sgt meledak, rosak sume... hahhahaa).


Dari segi perwatakan pula, aku ni pendiam t'utama kalo jumpa org baru, tapi bila dah lama kenal aku akan bertukar menjadi 'pelawak' hahahahhaha. Manja sebab anak last al-maklumlah, lemah lembut (tak suka tengking2 org, maki hamun.. so far tak penah lagi la..) Jadi kalo aku marah, biasa aku diam shj (simpan dulu la .. huhuhu..)

Pasal kerja, aku orangnya teratur. Orang yg ada planning, ari ni kena wat pe esok kena wat pe. I am very organize person, so I dont need any PA (personal assistant). Ini kira mcm, time air pasang @ surut lah, ikut time... bukan sesuka ati je nak pasang nak surut.

Pasal berkawan, aku tidak pernah nak pilih2 kawan.Aku berkawan dengan semua org sebab aku tidak mudah terikut2 org.Setiap org ada gaya dan caranya tersendiri, begitu juga aku. Aku pandai menilai diri dan org lain, mane yg baik ikut la, mane yg buruk tak payah ikut. Tapi satu kelemahan aku, kalau aku benci kat seseorang sampai bila2 pon aku akan benci kat org tu. Hurmm.. so far bukan senang nak buat aku benci kat org. Tapi kalo aku dah kata benci mmg benci gila lah.. Pada aku, benci dengan tak suka tu lain. Kalo tak suka may be one day, aku boleh suka. Ape yg aku tak suka? Aku paling tak suka org yg berbohong dan aku paling benci PENIPU. Ape bezanya?? Org yg berbohong mungkin ada sebab kenapa dia berbohong, mungkin selepas dengar penjelasannya, aku boleh maafkan org itu. Tapi kalo dah namenya penipu, ni mmg dah lumrah hidupnye nak menipu org je, kan??

Pasal bercinta, byk teori cakap org bintang aku ni mudah jatuh cinta. Mungkin ada kebenaran juga. Mudah jatuh cinta tak beerti playboy or playgirl, pada aku plak selama 26 thn ni, aku penah betul2 kecewakan org sekali je (kira yg betul bercinta lah, bukan main2 cinta huhuhuhu..), dan 3 kali dikecewakan (isk..isk..) tapi bak kata org belum jumpa jodoh lagi.. huhuhuhu.. jatuh sekali tak bererti jatuh selama-lamanye, oleh itu, cuba sampai berjaya.. hahhahaha. Aku ni kalo dah betul2 cinta, pasti takkan mudah nak melepaskan org yg aku cinta, lainlah kalo org yg aku cinta tu, dah tak cintakan aku lagi. Bak kata org, "cinta tak bole dipaksa2".

Apa yg aku suka tapi belum buat lagi selama hidup 26 thn ni?? Sejak dari kecil, aku teringin nak blaja main piano @ keyboard atau pon ada alat muzik ni sendiri kat rumah. Tapi sampai sekarang tak dapat lagi blaja, dulu minta abah belikan keyboard pon tak dapat. Dia kata kena pegi blaja dulu. Ntah bila la, aku dapat blaja main piano.. huhuhu..

Lagi yg aku suka, dalam byk2 bunga aku paling suka bunga ros. Dalam banyak2 binatang aku paling suka kucing dan kuda. My first pet, Jessie (dah mati thn 2006), seekor kucing parsi dihadiahkan oleh Abg Hery (my x-bf 2000-2004). Teringin jugak nak ada kuda sendiri tapi tak mampu la.. huhuhu.. Lagi, dlm byk2 warna aku paling suka warna biru (semua yg adik beradik warna biru aku suka contohnya macam biru laut,purple and etc).Banyak2 junk food aku pilih coklat dan aiskrim. Kalo suruh pilih antara air terjun dan pantai, aku pilih air terjun utk mandi manda dan pantai utk lepak2 dan duduk2.

Kat bawah ini, semua aktiviti yg aku lakukan selepas study di MMU khas utk x- MMU @ x -STJ or sesiapa yg nak tahu ttg pada yg aku buat lepas study dulu.


Ini gambar aku ngn x officemate kat KC(Kimberly-Clark). Ini semua from planning & purchasing department. Dari kiri Ms Tan YF,Mary Quak,Kak Jihani and aku. Dari belakang Waikin (kot hitam) and Ms Chiew.



Ini aku kat current office at Flextronics Tech (M) Sdn Bhd, PTP, JB. I am 'speky' now tau!! But only during office time.



Me and my officemates so excited waiting for our present for Christmas x-change present party.



Yea!Yea!Dapat hadiah!Aku dan kawan2 bergaya dengan hadiah masing2

Aku dan opismates di hari bersejarah kawan kami (Yusz) - Jan 2008

Aku, Nanie,Ziela & Kak Yatie erm... agak-agak ape yg kitorg suka sgt kat opis tu ntah!!hehehehehehe



Dari: Aku utk semua (muhahahahhahahakakas)





Thursday, February 28, 2008

Bila Aku Sudah Tiada-Hujan

Coretan buat sahabat handai, teman, kekasih @ yg pernah aku lukakan dan semua yg mengenali diri ini

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat niTuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Ini adalah lagu nyanyian kumpulan Hujan. Lirik dan lagu nya bagus pada pandangan aku. Setiap kali terdengar lagu ini, aku selalu teringatkan orang2 yg aku sayangi dan cintai, terutama yang jauh di mata. Entah bila akan bersua muka,bergelak ketawa, bergurau senda dan menangis bersama lagi. Dan entah esok lusa, kita akan pergi ke dunia yang satu lagi.. semuanya ketentuan-Nya, lalu aku tinggalkan coretan ini untuk semua. Jangan pernah lupakan aku sepertimana aku tidak pernah melupakan kamu semua. Salam sayang dan rindu untuk semua yg mengenali diri ini. Maafkan aku sekiranya telah melukakan hati sesiapa saja, kita hanya manusia yg lemah selalunya membuat kesilapan. Lalu,maafkanlah aku...

Sememangnya hidup ini hanya sementara, akhiratlah yg kekal selamanya. Oleh itu, jangan lah sisa-sisakan hidup kita di dunia.

Throw away your dream up upon the moon, if its not land to the moon at least its wills land to the stars.

Tuesday, February 12, 2008

Bab 3.1: Alpha engineering

MMU - Alpha Engineering


Tahun pertama sebagai student di 'U', banyak mengajar aku utk berdikari dan bergaul dgn semua org utk dapatkan sesuatu. Di kelas aku tak ramai budak pompuan, betulla org kate course engineering ni, mmg lebih sesuai utk lelaki.Peluang pekerjaan pon competitive dgn kaum lelaki.


Kat kelas aku pon cuma ada - aku,Abe,Hanna,Eliz dan Salmah yg lain2 semua guys. Erm.. subject engineering mathematics subject paling aku takut. Pada aku susah skit, al-maklum lagi advance dari add math.SPM - add math aku dpt c5,huhu..

Masa mula2 masuk kelas kekok gak sebab ramai lelaki, dah la budak lelaki nya lebih kurang mcm dak kat asrama. Tak bergaul sgt ngn kitorg, jadi kitorg pon gelar diorg semua kontrol macho dan hensem tapi walhal muka2 sebaliknya.. hahhaha..

Tapi aku ingat lagi, geng2 kami.. wat study group kat tepi tasik, berdekatan ngn zoo mlk org panggil tempat tu 'tmn tasek utama'.Time aku,Sal,Abe ngn Hana kononnya cari angin baru utk study.Macam bersantai siap bawa tikar, biskut2, air.. Pastu yg aku tak dapat lupa, ada budak kadi golf kat seberang tasik mengurat kitorg.Kesian, terjerit macam org gila.. hahhaha.. kitorang bukan buat2 tak dengar mmg tak berapa dengar memandangkan jarak yg mmg jauh.

Banyak yg dipelajari dalam meningkat dewasa, making new friends, new hobbies,new culture and many many more. Antara kawan2 terawal yang aku kenal masa Alpha such as Syafiq, Ika, Ana (Ael's housemate),Amad, ini tak termasuk kawan2 kat umah @ yg selalu lepak2 kat umah aku.

Semuanya menjadi kenangan terindah. Thanks all for the friendship!!