Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, September 11, 2009

Bab 50 : Suspect ada HEMORIOD?!

Aku cuak ni sejak pagi tadi search pasal hemoriod nie. Nak tahu ke? Bace arr sendiri "HEMORIOD" or Hemoriod.





So untuk kepastian aku kenala berjumpa doktor.. tapi ari ni doktor Flex takde ari selasa baru ada.. so wait till Tuesday la..





P/S: Pray for me .. pls..

Tuesday, September 8, 2009

Bab 49 : Uda & Kesihatan - updated

Gelabah mode - sms dari abah




"Uda g jumpa doktor balik semula masalah lagi sakitnya..Hai x tau la.."




Operation ari tu tidak berjaya ke?Kenapa dah balik rumah ada masalah plak?Masa aku jaga kat spetal ari tu uda tak de plak ngadu sakit ape2...




P/S: Ya Allah, please give kekuatan pada Uda aku & family aku mengharungi dugaan ini...Amin..

Bab 49: Reunion STJ99 selepas 10thn @ Pangkor

Ari nie aku confius nak pegi ke tak reunion skolah nie..ikutkan hati memang nak g tapi bile discuss dgn Hakim dia macam berat je nak bagi aku pergi - alasan: "sape nak temankan sayang g KL?" "sape lagi pompuan yang belum kawen yang pergi?"






Adoi, macam2 soalan dia.. kalo tanya abah aku plak, jawab dia ringkas je, "Akim dah tahu x?"
huahua..pelik aku kekadang, aku belum kawin agi nie, tapi ape keputusan yang aku nak wat abah aku mesti suruh aku refer balik kat Hakim...






so cane nie, patut ke aku pergi? Aku tengok kalo south region area JB macam aku sorang je pompuan yg macam nak pergi.. yang lain2 aku tak pasti plak.. huuuhuhuhu




P/S: Aku nak pergi tapi dengan sape?Bertolak ke Lumut dari KL plak tu..So dari JB camne??

Monday, September 7, 2009

Bab 48 : Jagala pemakanan Dan kesihatan

Ari ni aku nak cerita pasal "batu karang dalam hempedu" disebabkan Uda aku baru sahaja discharge dari Hospital Penawar disebabkan penyakit ini. Sejak ari Khamis 3.9.2009 dok kat spetal, operation ari Jumaat dari pukul 230pm-830pm.





Alhamdulillah,semoga Uda makin pulih & sihat & boleh melakukan tugas2nya seperti biasa.. Ameen..





Ari ni aku wat research pasal gallstones(batu karang dalam hempedu). Banyak website menceritakan asal usul penyakit & cara pencegahan seperti laman web ini:-

1) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm


2) http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html







Dipendekkan cerita:

Batu karang dalam hempedu terhasil kerana bahan kimia dalam hempedu tidak seimbang & membentuk partikel keras & dalam tempoh panjang membentuk batu karang.

Simptom2:
Simptom penyakit batu karang hempedu seakan sama dengan penyakit gastrik. Pesakit akan berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian abdomen. Adakalanya kesakitan itu disertai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan muntah.





Golongan berisiko:

  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.





Nasihat aku:

  1. Pemakanan & diet yang seimbang sangat penting untuk menjaga kesihatan badan kita.
  2. Banyakkan minum air puteh or air jarang(bahasa paso kat umah aku)
  3. Kurangkan makanan segera seperti sardin,nugget,hotdog,maggi dan yang sewaktu dengannya
  4. Bila sakit berlarutan, terus suruh doktor diagnosis penyakit, jangan tunggu & bergantung pada ubat sahaja.






Uda aku pundi hempedunya dibuang terus supaya penyakit itu tidak berulang. Mulai detik ini, dia terpaksa berpantang makan.Doktor kata tidak bole makan dengan banyak suma makanan yang digoreng,berminyak & kandungan lemak tinggi. Dalam badan dia dah tak de lagi penapis lemak, kalo dia makan juga lemak akan terus masuk dalam usus dia boleh mengakibatkan penyakit lain pula.






Ini pulak gambo2 batu & hempedu yang telah dibuang dari badan Uda aku.







Yang tengah2 tu batu2 karang saiz macam kacang ijau.







Ini la hempedu - beso dari hempedu ayam ye, warne pon kemerahan bukan cam ayam ijau gila..

Ini batu karang - bapa aku kate leh buat batu cincin.. (hahaha) ada warna ijau kemerah2an saiz cam kacang ijau






Yang ni aku tak pasti, tanye nurse dia kate sejenis batu gak, tapi batu ni lebih bersih berbanding batu kat atas tu..





P/S: Part menyayat hati aku, masa uda baru je sedar pas operation(time tu dia memang mamai gilak) tapi dia bole minta mak aku cium dia..Pergh, terus mengalir airmate aku time tu..tengok dia yang masih lemah, aku pon sempat cium dahi dia.. huhuhu..

Friday, September 4, 2009

Bab 47 : Langsai Utang TAG

Ari ni aku nak langsaikan utang2 TAG ngan Yusz & Kak Yatie






TAG PERTAMA(DARI Kak Yatie & Yusz)





1. Anda rasa anda hot?


Now ke? Skang rase sejuk. Tapi aku memang agak baran sikit ..









2. Upload gambar kegemaran anda











3. Kenapa anda suke gambar ini?


Sebab aku nampak aku comel+cute+kurus berbanding skang.. (hehehe..)







4. Bila kali terakhir anda makan pizza?


Tak ingat la








5. Lagu terakhir yg anda dengar?


The wind of change - Scorpions







6. Apakah yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?


Keje







7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan name ape?


Cinda (Akim yg bagi) + adik (anak bongsu arr katakan)






8. Tag lagi 6 org dengan hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori.




hahahaha - ape denda nya??(sape dah wat tu xyah la wat kalo takde masa..keke)





1. Atul 2.Ateng 3. Yusz 4.Zapril 5.Sala(ko wat dalam hati pon takpe) 6. Kak Yatie








Siapa No.1 kepada anda?


X-Osmate time Alpha year kat MMU Melaka







Bagaimana pula dengan no.4?


Kawan masa kat MMU dulu same batch 2000 & same course








Kata sesuatu tentang no.5


Miss u so much







Bagaimana pula dengan no.3?


Sangat2 sempoi & selamba








Siapakah org no.2?


Batch SPM 99 - Sekolah Men Sains Tuanku Jaafar,Negeri Sembilan. Skang keje di JB bahagian Kastam. Masih solo







Bagi pesanan utk org yg no.6


Dah jangan bagi tag2 agi - letih nak goreng





TAG KEDUA(Dari Yusz)





***The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their name. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer. So now, on to the questions…!!***





*1* What were you doing 5 years ago?
Study Electronics Engineering at MMU Melaka





*2* What are 5 things on your to-do list for today?
  1. Tepon Uda(akak) aku sebab dari semlm try tepon dia tak dapat
  2. Selesaikan update lead-time CRP utk Yageo
  3. Reply & follow up email customer yg sebok tanye part itu ini semlm
  4. update blog + sambung draft pasal TAG ni
  5. pergi pasir gudang pas berbuka nanti tengok Uda kat spetal






*3* What are 5 snacks you enjoy?


tak suke sangat makan snacks. Tapi ikut mood gakla, slalu cari - twisties,cheezel dan ape agi ntah aku tak ingat namenye yang dalam plastik putih ade gambo baby tu..






*4* What are 5 things you would do if u were a Billionare?


Tak terpk lak sampai ke situ tapi 'IF' I'm Billionare, aku akan:-


1)Bawa parents & kakak2 & abang & keluarga aku menunaikan Haji & Umrah

2)Bawa parents & family pergi melancung seluruh dunia


3)Bayar zakat wei..byk tu harta..


4)Beli umah,kete beso


5)berbakti ke jalan Allah






*5* What are 5 jobs you’ve had?

1)Contract planner


2)Buyer


3)inventory control


4)bos utk diri sendiri


5)Lu pikir la sendiri.. hahahaha



P/S: tertunai sudah sume utang2 TAG aku kali nie..

Bab 47 : RunsIng Mode

Ari ni aku keje dengan hati & otak melayang ke Pasir Gudang cuma ada fizikal je kat opis nie. Uda aku ditahan wad dari malam semalam kat Hospital Penawar Pasir Gudang kerana suspect batu karang dalam hempedu. Aku ingat nak amek emergency leave tapi lead aku lak dah onleave dulu. Keje ni aku dengan dia je yang bole wat.





P/S: Uda = panggillan anak ketiga dalam family aku, kira kakak atas aku.

Thursday, September 3, 2009

Bab 46 : Berbuka bersama batch STJ '99

29.8.2009



Lokasi: LC Catering, Danga Bay,JB





Pukul:630pm-830pm








Kehadiran:







  1. Ateng

  2. Fariz & pasangan

  3. Asyim (pengetua stj 1994)

  4. Moktot

  5. Suzy

  6. Roziah & family

  7. Ijad

  8. Karmila & Pasangan

  9. Aku arr..


(Ini la yang aku ingat name2nye..lain2 aku tak hengat - mintak maap)






Aku sebenarnya tunggu gambo2 dari Ateng die selaku cameraman tapi tak letak agi gambo2 kat Facebook. So aku letakla gambo yang sempat aku amek..



Moktot,Karmila,Suzy,Aku,Roziah & family

Ini pon gambo selepas perot kenyang.. Sebelum tu,tak terhengat langsung nak amek2 gambo mungkin sebab perot dah lapo sangat .. kekekek..




P/S: Malam tu lepas makan aku terus balik Kluang, laju aku bawa kete sebab takut balik malam lalu renggam - maintain 120km/j... alhamdulillah tak pape..