Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 30, 2010

Racist nya mereka ...

Ari ni aku wat entry tentang org lain.. Org lain itu adalah rakan same2 cari rezki kat Flextronics ni. Tapi dia bakal meninggalkan Flex dan ari ni ari terakhir beliau kat Flex. (intro masih seperti cite biasa2 jek,kalo minat teruskan membaca, kalo tak berhenti di sini sj.. )

Dia bekerja sebagai clerk kat Flex ni, sebab dia berhenti biarla aku sorang jek yg tahu.. Aku nak highlight sikit kat sini, memang kat mane2 akan ada org kaki kipas, kaki bodek, kaki hasut (bukan kasut ye!), ada kaki racist (ade ke kaki racist? hehe aku baru cipte tu). Critenye bermula begini, kawan aku tu berhenti sebagai clerk, tetibe dia dapat tahu org yg ganti dia tu pangkatnye executive yg akan buat kerje same macam keje dia.. Kalo korang la, mesti bengang sebab sepanjang korang bekerja pangkat & gaji korang adalah sebagai clerk tapi org yg menggantikan tempat korang ada exec & bergaji lebih berganda beso dari gaji korang.. Ape perasaan korang?

HR tahu pasal ni, tapi kenapa tidak ada tindakan ape2? Ye la, big bos2 same kale kulit jadi kalo kita cakap lebih pon takde maknenya.. Nampak kan x professionalnye company ni? Aku sendiri slalu jek tgk bos lebihkan kaum dia dlm ape2 event, walaupon aku jarang ter'kene' tapi korang bayangkan kalo bos nak blanje tapi buat masak2 kat umah dia.. kite sebagai muslim mestila was was... Kalo dia betul nak blanje, bawala ke Pizza or McD's or hotel2 yg tak diragui status kehalalannya.. then bile budak2 melayu tak datang, dia kata budak2 melayu x sporting, x sokong, boikot... later, langsung tak ajak staff melayu agi.. Adil ke macam ni?

Ada banyak lagi, tapi aku malas la nak cite kat sini.. ... aku rasa semua org pasti ada pengalaman masing2 tentang ni.. bagi aku inila pengalaman aku keje kat company ni. Dan aku masih berdoa semoga Allah kurniakan aku rezeki lebih baik dari ini...

P/S: Aku dapat interbiu dari goverment tapi jawatan tak memberansangkan - pembantu tadbir kewangan (aku masih berkira2 nak pergi ke x interbiu tu tapi ramai yg nasihatkan aku utk pergi..again confius &konflik berlaku dalam hidup aku). Mungkin inila salah satu sebab ramai graduan perempuan masih mengganggur diluar sana daripada graduan lelaki ..(memilih sangat.....)

Monday, June 28, 2010

Aktiviti weekend aku sekarang ...

Mak mertua : Linda nak blajo menjahit? Mak ada cakap ngan abah, nak ajar Linda jahit kalo Linda nak..Abah pon kata ajo je la...
Mak mertua aku memulakan kata-kata sambil senyum...
Linda : X kisahla mak.. Tapi dulu masa skolah pon slalu escape menjahit, soh kedai jahitkan..
Jawap aku sambil senyum meleret....(aku takde la minat sangat menjahit ni, sebab aku rasa aku takde bakat menjahit, menaip ada la bakat.. hihihihi) Tapi tak salahkan mencube, Uda aku pandai wat langsir umahnye sendiri, kenapa tidak aku? (tepuk dada, tanye minda...).

So korang dah dapat la hint2, ape aktiviti aku last weekend... Aku now ngah blajo menjahit.. ari tu aku try betulkan selai baju kurung mak mertua aku bagi tapi beso badannye.. so last sabtu, aku menetas jahitan baju tu, mengukur & menjahit tepi baju tu.. Belum cantum agi baju tu sebab mesin jahit mak mertua aku rosak plak.. hehehehe..Kalut gak aku nak menjahit ni, dulu cekgu KH slalu sound aku jahit senget2.. huhu

Dan ari tu mula2 dah senget2 aku jahit tepi baju kurung tu.. tapi mak mertua aku bagi semangat, dia kate org yg buat baju kurung ni pon memang dah jahit baju ni senget.. tu pasal kite susah nak ikut2 sgt lurusnye.. :) katanye lagi, jahit baju baru lagi senang dari repair baju dah siap...

Tapi aku masih tak confident agi.. mampu kah aku menjahit baju seperti ini
Sekedar gambo hiasan from Mr Google

P/S: Kalo dah pandai nanti, senang la ku....(heheheh belum pape dah berangan....)


Friday, June 25, 2010

Mendung Masih Di situ

Bertanya aku pada sang awan, mengapa kau masih disitu?
Mengapa kau masih melindungi mentari?
ke mana hilangnya cahaya...

Sepi
sunyi..
tiada jawapan...
dan masih di situ

Tiada lagikah kasihmu
Manakah sayangmu
Tiada lagikah belas mu

Kau biarkan aku sendiri
mencari arah yg tak pasti

Menangis aku dalam kegelapan
dengan harapan kau kembali
mendakap ku erat ketakutan...

Mentari muncullah dikau
menyinari hari2 ku yang kegelapan...


P/S : Kita slalu harapkan org lain rasa ape yg kita rasa.. Tapi kita tak sedar, hati & perasaan kita hanya kita je yang tahu, org lain xkan mengerti kita .. Biar masa mengubati luka kerana luka pastikan sembuh...

Thursday, June 24, 2010

Patutkah Aku & Mengapakah dia??


Pagi2 mood tak baik, gara2 malam tadi hubby kate dia nak main kugiran kat umah x gf dia, x gf dia jemput band diorg 10 Julai nanti..

To be honest, aku tak suke dia main kugiran kat situ... Untuk ape?Memeriahkan majlis x awek? Dia kata, " tak de papela, kan kita dah kawen..dan dia pon dah kawen juge kan... dia pon jemput kite ke majlis dia". Dia tanya aku lagi,"kenapa x bagi abg main kat situ?". Perlukah ada alasan utk aku x bagi dia g mane2 ke main kugiran kat mane2?

Dalam hati aku, "what for?"  hishhh... x suke la..menci2x...Just dislike her way..dulu masa keje kat Flex ni, sebok dok tanye org sana sini cari aku punye emel.. dah jumpe dok sebok gak emel2 aku.. what for?? Nak tunjuk kewujudan dia lagi??

P/S: Kenapa aku sanggup tinggalkan benda yg aku nak utk dia & kenapa dia tidak bole tinggalkan benda yg dia suke utk aku?? Siapalah aku....

Wednesday, June 23, 2010

Aku,dia,oren dan hitam

Mula2 aku agak ragu2 wat pilihan baju kale hitam oren nie.. Baju dah pilih kat kedai mak andam ari ahad, then ari rabunye, aku leh sms cek abg Akiem kate nak tuko baju la.. takut x sesuai plak.. then aku leh pk cam keling arr majlis kat umah akiem nanti sebab takde kale tema.. hhuhuhu..

Tapi sekarang bila tatap gambo ni, aku rasa pilihan aku tak kurang hebatnya... (puji diri sendiri...) .. Harap2 sangat la.. cantek albumnye.. photo taken by Kak Maya & Hubby

Make up still 2 hati bridal - kat kluang cume tgn pak andamnye berbeza

cantek kan baju ni??


Adakah aku nampak berisi??

P/S : 13 June 2010, lokasi: taman senai utama - dari kol 2 lebih ujan turun dengan lebatnya..sampaikan kitorg tak berarak & kompang main dlm kemah jek.. terkilan gak rasa.. tapi rombongan aku gak lambat sampai... xleh salahkan sesape.. abes baju aku yang meleret2 tu basah ("hubby kate, tu la sukakan baju cam tu...:(") .. ape2 pon aku suke tengok gambo2 nie.. tak sabar nak tengok yg seterusnye.. huhuhu.. make up pon abes cair.. ape2pon bersyukur kerana semuanya sudah selesai.. alhamdulillah....



Monday, June 21, 2010

Sedapnya makan aiskrim ....

Gambo digoogle dari web Wall's

Note: Ini iklan tidak berbayo ye!! Untung aku kalo wall's nak bayo.. hehhehee

Ari ni aku lapo semacam jek,walaupon dah lunch makan kuey tiaw goreng ditapau dari rumah, perut masih bergelodak so aku pergi ke kantin & membeli jajan Contos dan aiskrim Fruttare - Strawberry, actually ari tu tengok iklannye kat tv, aku terliur tgk yg kiwi, tapi kiwi takde...strawberi ok bole la..

Memang sedap, rasa jus sebenar buah macam yg di war2kan kat plastik pembungkus tu, "is made from real fruit juice". Bile korang gigit aisnye sikit, korang akan rasa biji2 strawberi halus2 kat aiskrim tu ... Yang strawberi ni, rasanye manis manis masam...(just memang sedap kat tekak aku..)

Lepas ni, aku nak try yg kiwi plak.. korang kalo dok bace entry ni sambil2 telan air liur tu, baikla korang try sendiri..kang kempunan wa, tak tahu weh....

P/S: setakat pukul 2pm ni jek aku makan dah Apollo layer cake - 2 bj,coklat apollo 3bj, kuey tiaw grg semangkuk utk lunch, sepinggan utk brekfast pagi td.. Air masak = 450ml.. Aiskrim sebtg ..(hmmmm... hidup bio sedap!!) Apsal la makan byk nie??Rosak diet den....

Thursday, June 17, 2010

Novela Contest - Pertama Yang Terakhir


ote: Ari ni aku nak cuba naseb mengarang cerita sikit .. kalo korang nak try klik sini utk sarat2 pernyertaan - Pertama Yang Terakhir

Pengakhiran
Johor Bahru-5pm

Hujan mula turun renyai2 seperti tidak mengizinkan kami untuk terus berada di situ.

"Sayang, jom balik,"kuat suara Nia cuba memanggil Isk yang asyik bermain bola bersama rakan-rakan yang lain.

Lincah sungguh gerak kakinya persis bintang handalan bola sepak ketika itu - David Beckham.

"Kejap", jeritnya ringkas memecah keheningan petang itu.

Sepantas kilat kakinya menendang bola dan akhirnya membolosi pintu gol lawan. Nia tersenyum sendiri melihat gelagat mereka seronok bermain bola sepak. Lantas itu, dari jauh kelihatan sesusuk tubuh berlari-lari anak ke arah Nia.

"Jom, Isk",sambil menggenggam erat jemari Isk.
"Ma,hebat tak Isk tadi?"
"Sure, my dear. Hebat sangat", jawap Nia sambil mengusap kepala anak tunggal kesayangan Iskandar Hakimi nama yang diberi sempena nama orang yang penting dalam hidup mereka sekeluarga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2010-Oct - Hospital Kuala Lumpur

"Isk, you serious ke dengan keputusan you ni? You tahu kan, bahaya untuk you",Dr Hani bertanya lagi, aku kira sudah kali ke 10 Hani terus bertanya soalan yang sama kepadaku.
"Betul I serius. Tolong selamatkan nyawa budak tu untuk I.Kau pun tahu betapa aku sayangkan Nia dan mahukan Nia bahagia", jawap Isk separuh merayu.
"Ok, I'll talk to the doctor now",jawab Hani dan terus berlalu.

Sebentar kemudian, Iskandar ditolak ke sebuah bilik yang mengandungi pelbagai alatan lengkap untuk pembedahan. Paramedik berpakaian lengkap mula memasuki bilik berkenaan. Iskandar melihat sekeliling, ada sekujur tubuh kecil kaku berdekatan dengan trolinya dengan wayar berselirat memenuhi hampir seluruh tubuhnya. Iskandar tersenyum tawar. Matanya terus memerhati tubuh kecil itu,lalu memori silam menerjah ke benaknya. Dia tersenyum lagi, semuanya indah tapi sayang hanya seketika.
"Isk sayang Nia sangat-sangat. Dan Isk akan sayang Nia sampai bila-bila", getus hati kecil Iskandar. Kepala Iskandar mula berdenyut, sakitnya mencucuk sehingga Iskandar tidak dapat membuka matanya lagi.
"Ash-hadu Al-laaa Ilaaha Illa-llaah Wa-Ash-hadu Anna Muhammadan  Wa Rasooluhu. Dengan nama Allah selamatkanlah kami".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"How my child, doc?", soal Nia dengan penuh tanda tanya.
"Operation succeed but we still monitor him closely".
"Bagaimana dengan donornya?"
Doktor tersenyum pahit,"He's gone"
"Ya Allah.. Boleh saya tahu siapa dia dan lihat mayatnya doktor?"
"Maaf puan. Kami tidak boleh memberitahu maklumatnya atas permintaan penderma"

Nia terpaku sejenak, kepalanya ligat berfikir siapakah gerangan yang telah menyelamatkan buah hatinya dan merahsiakan diri daripadanya. Dia duduk di kerusi menunggu diluar bilik anaknya sementara menanti gilirannya untuk melihat anak kesayangannya.

"Puan Nia Karina?", tegur satu suara yang asing untuk Nia.
"Ye saya", jawab Nia ringkas
"Saya Hani. Ini ada surat buat Nia daripada orang yang Nia sedang fikirkan tu", kata Hani sambil senyum dan berlalu sebelum sempat Nia berterima kasih.

Nia membuka helaian kertas berwarna biru muda.
Nia sayang,
Waktu Nia membaca surat Isk ini, Isk telah pergi jauh dari dunia ini. Isk minta maaf atas ketelanjuran dan kesilapan yg telah Isk lakukan sebelum ini. Isk redha atas apa yg berlaku, Isk tidak pernah marah waktu Nia tinggalkan Isk dulu dan janganla Nia anggap Isk tidak pernah mencari Nia selama ini..Isk sayang hanya Nia...
Nia,
Waktu mula Isk dapat berita tentang penyakit anak Nia, Isk terus menjalani pemeriksaan dengan harapan Isk dapat menyelamatkan dia. Alhamdulillah, ternyata semuanya berjalan lancar, darah dan jantung Isk sepadan dengan dia. Dia anak Isk ke? Jawapannya hanya Nia yang tahu...
Nia,
Maafkan Isk lagi sebab merahsiakan semua ini dari Nia sehingga ke saat ini. Isk sudah tidak harapan lagi untuk menyayangi Nia tapi izinkan jiwa Isk terus berdenyut didalam badan anak kesayangan Nia. Isk doakan agar dia akan terus sihat dan membesar sebagai anak yg soleh kepada keluarga,bangsa dan negara.

Salam Sayang,
Iskandar Hakimi

Nia Karina melipat kembali surat itu, airmatanya mengalir laju. Dia berdiri melihat anaknya dari cermin kaca.Anak itu masih tidak sedarkan diri, badannya masih berselirat dengan pelbagai jenis wayar berwarna merah,biru, hijau dan hitam.
"Maafkan Nia, Isk", diruang matanya kelihatan wajah Iskandar. Dia menutup matanya..
Tiba-tiba, pinggangnya dirangkul kemas dari belakang oleh sepasang tangan gagah. Nia terkejut, matanya dibuka kembali. Pipinya dikucup pula, dia menoleh,senyumannya terukir dan dia membalas pelukan itu. Terasa kekuatan Nia kembali bersama pelukan itu...

"Nia, mulai hari ni kita jaga Iskandar Hakimi b. Adam Haikal ni sebaik yang mungkin, ye?",pinta Adam kepada isterinya Nia.
"Abg sudah...",bibir Nia dihalang oleh telunjuk Adam
"Sssshhhh...Kita mulakan hidup baru selepas ini dengan lebih bermakna untuk kita semua, okey sayang?."

Airmata Nia bergenang lagi. Tetapi kali ini, airmata kegembiraan kerana Adam dapat menerima Iskandar seadanya.

'Terima kasih Isk atas pengorbanan besar ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh-Nya.Sesungguhnya, aku tidakkan pernah meninggalkan mu lagi',getus hati Nia.


P/S : ok dah pening nie, perah otak gali idea.. selam sana sini.. heheheheh.. kite matikan hero idupkan heroin, ok x? hahahhaha just for fun tau, Aidy...jgn bako panggung plak...kiki...

Tuesday, June 8, 2010

Inila pengorbanan Ku, wahai suamiku ...

Sambungan entry ini

Semalam aku dah sms Michael Yap utk tolak offer dia tu.. Dia reply pendek - Ok. Walaupon masih ada rasa terkilan sebab peluang keemasan dah kat depan mata, tapi ape kan daya ... seminggu lepas mood terganggu gara2 ini, hingga saat ni pon masih bersisa... Apa yg aku kesal kan? Entahla, hanya Tuhan yg tahu & mengerti hati ini saat ini..

Cume yg aku harapkan, hargaila pengorbanan ini... Aku telah kehilangan peluang utk memajukan diri dalam kerjaya, saat ini aku hanya ada kamu selagi kau setia denganku ...


P/S: Dalam kekalutan perasaan, aku sempat jek g tengok konsert Double Trouble 5 June ari tu dengan hubby.. hihi .. best woo tapi penat kaki den berdiri 2jam lebih..

Thursday, June 3, 2010

2010-47 : **URGENT** Minta tolong beri pandangan

Sekadar gambar hiasan

Pagi2 yang hening, sedang aku kusyuk wat keje aku yg melambak.. tetiba aku tergerak hati nak idupkan hp no celcom aku yg termati dari semalam sebab bateri kong.. Tetibe, ada miscal no dari kilang lame aku 2x & ada sms ditinggalkan oleh sorang manager (dulu masa aku keje sana dia manager bahagian Mill)

SMS tertera - Hi Linda, I'm Michael Yap, pls call me back..


Bunyi macam serius jek kan?Aku pon try contact dia melalui emel ari ni. Kebetulan memang aku ada simpan alamat emel dia.



Rupe2nya, dia tengah cari planner then tanya aku interest ke x... Aku bole senang2 jawap tak interested, tapi keadaan Flex yang tak menentu... buat aku pikir banyak kali.. lagi pulak aku dah mula tensen & busan buat benda yg sama ari2.. Dan bagusnya Flex ni, aku dah keje 3 tahun tapi gaji aku penah naik sekali jek (Eh! bagus ke??).. Ekonomi x baik kata diorg ...

Aku dalam dilema, kalo aku terima tawaran ni, aku akan berjauhan dengan hubby. Kluang-JB. Hubby xkan tinggalkan keje dia, sebab dia keje under PTP yg bole dikira kukuh. Aku plak tak tahu masa depan aku kat Flextronics nie ... Kilang lame aku agak kukuh sebab kilang wat FMCG (fast moving consumer goods) - Kimberly Clark (kalo korang pompuan korang mesti tahu Kotex .. kalo korang nak lap2 tangan, ke mulut ke.. pakai ape? tisu kan.. ini la companynye..)

Ape pendapat korang? Aku dah minta manager tu tempoh 1 hari utk pikir pasal nie.. huhuhu..

Wednesday, June 2, 2010

2010-46 : Youthsays Again..

Note: Aku sebenarnya sangat buzy dgn keje minggu ni tapi curi2 masa update blog sebab mahu menambahkan pendapatan sampingan --> speak directly from the heart... (hahahha.. ).. korang tolong arr aku, supaya impian aku nak beli laptop tercapai ni .. ..

Event
1) Dia ni mungkin bukan Melayu tetapi dia mewakili Malaysia utk "Global Film Challenge", to know more klik di SINI & vote for him here -- Youtube kene blok kat sini, aku belum vote dia gak..

2) Korang tahu tak dengan tengok video pon bole ada peluang g Bali, Indonesia? Nak tahu cam ne? Tengok sini, x menang ke Bali pon boleh dapat hamper Nestle berrege RM100 untuk 20 org je tau.. -- aku pon akan join sekaki.. mane tau rezki honeymoon kat Bali.. hangpa jgn jeles no nanti..

3) Korang suke makan kat KFC? Korang tahu KFC ada wat laman web yang korang bole tahu pasal latest  fesyen, music, games & you all bole kumpul mata utk redeem makanan di KFC.. Kalo korang nak tahu tekan sini. -- Aku pon baru jek daftar... nak makan KFC punye pasal.. hehehehe

4) Kecian tol aku.. dari dulu nak lappy tak dapat2x.. so wat iklan utk HP mini lappy kat sini.. moge2 korang klik sini dan aku pon dapat sikit utk tambah simpanan aku beli lappy.. -- uhuks!!

P/S: Sekian saja iklan dari penaja pada ari ni... hehehe.. korang jgn marah2 nanti kene jual... Aku? ok2 sajek.. :)