Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 8, 2011

Lucrin terakhir

Sudah bersawang blog ni .. So ari ni baru nak bersihkan sawang2 tapi lepas ni akan bersawang lagi la blog ni selama 3bulan .. Sebabnya kakak2 ipar nak pinjam laptop ni so aku akan sangap la lepas ni kat rumah xde mende agi selain tv.

Aku just nak update pasal rawatan selepas operation ari tu. Sepatutnya aku kene inject sebanyak 6x = 6bulan, tapi disebabkan kekangan kewangan & insuran company pon dah sampai limit. Aku stop bulan ni. Aku just dapat 3x shot = 3month. Doktor yang rawat aku tu, cakap xpe la at least minimum shot aku da buat, semoga Endo x tumbuh lagi or if tumbuh pon tunggu la selepas aku dapat at least 1 zuriat .. huuhuhu ..

So sekarang aku masih menanti period utk muncul untuk rawatan seterusnya. Doktor suggest buat Hsg (xray to check tiub falopio).

P/S: Tolong doakan saya ye readers .. :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Kepada semua pembaca & pengikut setia blog ini yang beragama Islam, aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin".
Semoga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan diterima Allah & diberi ganjaran setimpal. Insyaallah.
Doakan kesejahteraan saya & suami. 
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini

Saturday, August 27, 2011

En Hakim Sudah 28tahun

Sebenarnya ini kejadian pada 24.8.2011 yang lalu. X berkesempatan nak masukkan entry ni lebih awal. Mula2 pening juga sebab tidak tahu nak kasi hadiah apa untuk asben tercinta aku ni. Bila fikir2, dapat idea aku nak belikan si dia, spek rayban, semestinya yang ori saja. So 19.8 tu, aku ajak kawan2 satu ofis pergi sebey2 dekat Jusco Bukit Indah. Mula2 memang ingat nak beli terus, konon nak buat suprise tapi last2 x jadi. Sebabnya, aku takut dia x suke pilihan aku. Then, ada kedai yang x bole nak pulangkan barang if si dia x berkenan.

So pada 24.8, aku nekad ambil cuti halfday (asben keje malam), so kami p meronda2 kat Jusco lagi if si dia ada berkenan dengan mana2 model Rayban. Dah puas berjalan kat angsana sehari sebelum tu, but xda yang betul2 menarik hati si dia.. Last2, si dia tertarik dengan spek ni dekat 1 kedai di Jusco, so aku terus arr rembat .. Harganya hmmm .. riban2 gak nasib baik ada offer 40%.

Ucapan untuk suamiku (jika dia terbaca blog ni) - Semoga ayang tabah, sabar & kuat melayari bahtera perkahwinan kita walaupon badai melanda. Semoga Allah panjangkan umur ayang, murahkan rezeki kita dan melindungi rumahtangga kita. Yayang sayang,cinta & kasih ayang selama2nya..

Lagu ini kutujukan khas untuk suamiku, to be honest, masa mula2 terdengar lagu ini, aku terkenang detik pertama aku bertemu dengan En Hakim.. He was so sweet, so shy but want (malu tapi mahu) uhahaha... 

Saturday, August 20, 2011

Mimpi ganjil di bulan Ramadhan


Lagu - Doaku Untuk Mu Sayang ..

Sebelum cite lebih lanjut, layan lagu dari kumpulan Wali ni. Best, i lioke ..

Cam ni citenye .. aku rasa dah lebih dari 1 kali aku bermimpi tentang 2 perkara di bawah ni:-

1) Aku jumpa benda2 pelik di jamban or tandas rumah contohnye macam biji betik (dalam hati masa tu berkata, sape pulak berak kuar biji2 nie). Padahalkan bila makan betik bijinya confirm kita buang.

2) Asben & mak aku jaga 2 org baby perempuan(usia dalam 10bulan ke atas, hurmm pandai berdiri jatuh). Yang pelik mak & asben macam sayang gila kat budak2 ni sampai aku tengah syok2 tengok tv, asben bole alih ke siaran yg menjadi kesukaan budak2 ni. Then dalam masa yang sama, aku x suka budak2 ni.. Ada wujud rasa benci kat budak2 ni .. Budak2 ni comel, tembam gila ... Asben concern betul pasal makan minum budak ni, sanggup kuar umah malam nak belikan makanan untuk budak2 ni. Asal usul budak2 ni pon aku xtahu

Pelik x?? Adakah mainan perasaan saja @ satu petunjuk .. Allahualam ..

HARI KE 45

Cantekkan gambar ni? Sejernih air, sederas air begitula setiap insan mahukan dalam kehidupannya.. Kita inginkan kehidupan kita selancar air yang mengalir, tidak begitu berliku namun inila kehidupan. Air di muara pon tidak selalunya tenang .. Aku kira air tanpa kocakan, tidak seindah air dengan ombak yang menderu ..

Ha..! Aku dah lari dari tajuk ye? Ari ni ada ari ke 45 selepas operation, alhamdulillah aku makin sihat. Sudah berjalan pantas dan naluri utk berjalan2 bershopping sudah membuak2 tapi tiada sapa nak teman .. hukhuk .. Alaaa kalo kebas2 sikit tu biasa arr, sebab aku rasa kalo aku banyak berjalan angin dalam badan senang keluar daripada duduk je ..  Semalam pon time rehat, aku merayau kat Jusco Bukit Indah, port lunch time2 kaye masa bulan selain Ramadhan. Tujuannya, nak sebey Spek - rayban untuk hadiah besday En Hakim.

Entahla akhirnya x beli juga, then x sure nak belikan ape lagi .. ada yang kata macam x berbaloi nak belikan spek mahal2 sebab kat pasaran sekarang banyak sangat yang x ori .. Oye.. yg ku sebey tu harganya semua rm700 ke atas .. :D

Apa lagi yang korang kasi kat asben untuk besday dia? Aku ada masa 3ari je lagi ni .. aduyaiiii ...

Saturday, August 13, 2011

Hari ke 38

Hari ini masuk hari ke 38 selepas operation. Aku masih berpantang makan benda2 yang gatal dan pedas2. Tapi entah mana salahnya, luka pembedahan yang laparoskopi bernanah 2-3ari yang lepas. Nasib baik x berapa teruk. 9.8.11 yang lepas, aku ada bertanyakan doktor tentang ini, tapi bila doktor kata nak buka jahitan/benang yang mengganggu 'kopeng' untuk tanggal aku terus bagitahu doktor aku xnak tanggalkan benang .. (sebabnya aku takut sakit macam masa dia keluarkan salur darah masa dalam wad dulu). Doktor kata kalau x tanggalkan dia akan tanggal sendiri .. So aku tunggula sampai bila benang tu hendak tanggal sendiri..

Trauma kesakitan tu masih ada dalam diri aku, entah bagaimana aku nak hilangkannya ... Mari aku titipkan disini nota perjalanan kes pembedahan aku hari tu.

6 Jul,8am - sampai di hospital Columbia Asia, seperti diminta oleh Doktor. Wad awal untuk program me'ngosong'kan segala isi perut & usus aku ..
          9-10am - diberi minuman bercampur 'sumting' utk process mengosongkan perut
          11am - aku kene diarrhea nasib baik katil aku berhampiran dengan toilet.. So senang untuk         membuang.
6 Jul,130pm -  tukar baju kepada baju special untuk pembedahan
Tidak lama selepas tu datang 2org nurse membawa strecther untuk membawa aku ke bilik bedah. Aku disuruh berbaring.
6 Jul,630pm - aku dihantar ke wad setelah selepas dibedah
7 Jul - the worst day untuk aku. Dalam menahan kesakitan aku muntah2. Aku makan sikit, then aku muntahkan balik semua isi perut aku.. Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya bahagian perut ke bawah .. (tempat yang dioperate). Kata staff nurse mungkin nurse kasi aku ubat sebelum makan or angin akibat pembedahan.
8 Jul - bole makan , tiada muntah2. Tapi suhu badan naik, nurse suruh tuam kepala.
9 Jul - dibenarkan pulang ke rumah pada petangnya, dan disuntik dengan Lucrin untuk memberhentikan darah period untuk bulan seterusnya.
9 Jul- 26 Jul - berada di Senai rumah parents in law.
26 Jul - balik Gelang Patah
27 Jul - sepatutnya start bekerja hari ni, tapi keadaan badan macam tidak mengizinkan. Terus berjumpa doktor dan dapat sambung MC selama 3ari. 
27 Jul 10pm - tetiba period datang pulak .. Last period 5 July. Dalam masa yang sama kena sembelit yg sangat teruk. (sakitnya Tuhan jek yang tahu, dalam tandas aku merayu Tuhan tolong aku .. dalam hati .. macam2 zikir aku baca untuk mengurangkan kesakitan) bila dapat mengeluarkan tahi kekotoran rasa bersyukur teramat ...
28 Jul - contact Doktor untuk bertanyakan tentang period ni. Doktor kata "nottting to worry". Mungkin darah2 lama yang memang patut keluar or hormon terlalu tinggi sampai Lucrin x berkesan dalam badan
3 Aug - bermula bekerja, datang awal sebab xnak kene parking jauh2. Masih lemah, jalan dengan sangat slow 20km/j
9 Aug - Appointment dengan doktor untuk Lucrin dos ke 2. Masa ni period dah berhenti total 8hari. Dapat MC 1 ari.
11 Aug - seperti ada CM (cervical mucus) yang keluar jenis sticky. Terus rasa hendak buat BBT balik untuk monitor suhu this month. Harap2 period x hadir supaya endometriosis boleh kering & sembuh..Aminnn .. Sembelit pon sudah berkurangan, cuma lukanya masih terasa ... huwaaa ...
13 Aug - hari ni, area bawah perut masih kebas. Namun sudah boleh duduk lama sikit tanpa rasa perit. Berjalan lebih laju dari sebelum ni.           

P/S: Dari surah Al Baqara (ayat 286) maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yng terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Saya berazam untuk tidak menangis lagi kerana saya sakit kerana saya sentiasa ingat Allah sedang menguji saya kerana Dia sayangkan saya lebih daripada makhluknya yang lain .. Insyallah ..

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadan



Buat pembaca blogku yg beragama Islam, aku ucapkan selamat menyambut ramadan. Semoga ramadan kali ni memberi seribu kemanisan untuk kita mencari keredhaan Allah dan memuhasabah diri kita semua.

Aku juga ingin memohon ribuan maaf andai kata coretan aku di blog ni ada menyinggung perasaan sesapa secara tidak sengaja. Maafkan aku, aku hanya memcoret apa yg terlintas diminda dan hatiku .. kadang2 memang x sempat nak pikir perasaan org lain ... Maaf sekali lagi ...

Friday, July 22, 2011

5 hari lagi ....

HUwaaaa... agi 5 ari lagi, aku naik keje .. ase malas nak keje .. dah lama kan dok rehat2 kat umah ..
Tapi sebenarnya, aku x sure sama ada aku da ready utk bekerja .. ye la.. sampai ari ni aku still x leh solat cam org lain (solat berdiri kalo larat, x larat aku duduk .. kadang2 aku slumberr rakaat pertama,kedua berdiri cam biasa, then lepas2 tu aku duduk .. sebab x tahan bangun duduk ...) jalan pon still x betul (sampai kene tego dgn mak & MIL sebab jln terbongkok2) ... Dok menggayakan bahagian bawah perut yg mengeras cam kene ikat dgn getah tempe .. huuuu .. baring2 atas lantai x brani agi .. takut x leh bangun .. Obviously, bahagian belah kiri mmg slalu sakit dari yg kanan ...

Kadang2 aku termenung pikir .. bilala aku akan bole jadi diri aku yg dulu .. bole erobik semula .. bole masakkan asben (ari2 ase bersalah kat asben sebab x dapat sediakan makanan, basuh baju dia dan byk agi, ari2 gtahu dia sori, tapi Alhamdulillah dia memahami sgt2..) ... Basuh pinggan mangkuk pon aku leh ase lengoh blakang ... kalo duduk terlalu lama, bahagian kiri rahim ni ase pedih2 cam ada bende cucuk dr dalam ...

Korang .. doakan aku ye! Aku harap aku akan pulih sepenuhnya sebelum bulan pose ni ... Terngiang2 kat telinga .. asben aku cakap," xde selera nak makan .. sebab dah lame x makan yayang masak .. "
Hancur luluh asenye hati ... mmg tingin sgt nak masakkan dia .... suke tengok dia makan berselera . .. Maafkan yayang, ayg ....

Friday, July 15, 2011

Endometriosis

Gambo ehsan dari - http://www.endotext.org/female/female9/female9.htm

Tentu ada yang tidak tahu pasal endometriosis atau name pendeknye "endo" or chocolate cysts. Doktor kata antara simtom2 yg common utk penghidap endo adalah seperti 
1.Senggugut teruk
2.Kesakitan waktu bersama suami
3.Masalah infertility @ susah pegnen
Sebenarnya banyak agi simtom2 lain, cuma 3 perkara ni adala sebab utama seseorang berjumpa dgn gynea. Endo adalah darah kotor yang tumbuh di tempat2 lain selain endotrium, biasanya dalam sains kita blajo kitaran haid, dinding rahim menebal & akan luruh dinamakan darah haid, dalam kes endo, dinding rahim yg patut keluar melalui vagina, telah berpatah balik alirannya ke ovari. Lama kelamaan darah yg berkumpul ni akan membentuk cysts dalam ovari.

Oleh kerana penyakit ni common untuk kaum wanita, Kesatuan Kesuburan Amerika (America Fertility Society) telah mengkategorikan endometriosis ni kepada beberapa stage (seperti gambar rajah di atas). 

Stage aku doctor sahkan stage ke 4 di mana endo sebenar 15cm*8cm (ada partition or cam buah anggur) di ovari kiri, telah menarik tiub falipio & usus kepadanya dan telah affected ovari kanan sebeso 4cm*5cm. Doctor kata, kita hanya dapat selamatkan ovari kanan & tiub kanan, bahagian kiri tidak dapat diselamatkan lagi. :( tapi doctor masih simpan bahagian kiri tu dalam rahim aku, sebab dia xde permission utk buang masa pembedahan ari tu ... Mungkin selepas ni, tidak tahu bila aku kene gak buang sume bahagian yg tidak dapat berfungsi lagi ... Ya Allah, besar dugaanku ni ..Dalam ikhtiar mendapatkan zuriat dariMu...

Rawatan susulan selepas pembedahan
9 July, aku diinjet dengan GnRH Analog satu sintetik hormon yang boleh mengganggu kitaran haid. 
Bulan Aug, adala temujanji kedua utk injection nie .. Doctor kata dgn cara ni, dapat membantu menyahaktifkan sel endo serta tolong rawat darah aku dari masalah endo, utk tidurkan ovari aku sementara waktu .. Buat pengetahuan semua, endometriosis tiada ubatnya, sebab punca sakit ni masih menjadi tanda tanya pada pakar2 perubatan. Yang mereka tahu, salah satu punca adala haid yang kluar.. Lalu, aku pasrahkan hati ni berdoa pada Ilahi, kerna Dia saja yang Maha mengetahui segala sesuatu .. 

Asenye cukup arr utk hari ni .. ilmu utk dikongsi bersama .. so pada sesapa yg susah nak pegnen then period x teratur ke .. senggugut ke period terlebih2 ari lebih dari 7ari then terlalu banyak spotting .. sila dapatkan nasihat doctor cepat2 ye? Jangan jadi cam aku, my menses never missed, never pain but i still have it ...

P/S: Ya Tuhan, bantu aku supaya tidak menangis lagi ....

Thursday, July 14, 2011

Ya Allah Kau Ajarkan aku utk redha ....

Malam ni ase ngilu2 area pembedahan dan belah kiri ni .. Kalo berdiri lama ase sakit area blakang.. Sudah 9ari berlalu, ari2 laukku ikan haruan (kadang2 mak mertua masakkan singgang, kadang2 stim, kdg2 bakar, time kasih mak .. jasamu kukenang) ... air zamzam jadi amalan .. air gamat abes sebotol kutelan... ubat antibiotik dari doktor pon cukup utk 2ari lagi ...

Ya Allah, kau sembuhkanla aku, rintih hati ini..  Doktor sahkan aku penghidap endometriosis tahap akhir @ tahap 4, tahap paling kronik. Airmata ku jatuh setitik dalam perjalanan pulang ke rumah mak mertua.. Masih mampu ku tahan .. Ya Allah, aku redhaa .. kau ajarkan aku untuk lebih mensyukuri nikmatmu ... (hati merintih .. Hanya Dia maha mendengar)

Ada mulut sudah mula bertanya pada aku dan suami, bolehkah kami mempunyai zuriat setelah semua ini? Hati berkata lagi, " ya Allah, kau tunjukkan kekuasaanMu pada mereka yg terlupa tentangNya". Dengan senyum kami menjawab soalan itu, "insyallah, rezeki di tangan Tuhan. Doktorpon kata masih ada harapan."


Alhamdulillah, Ya Allah ... Jangan kau jadikan aku perempuan yang tidak merasa nikmat perempuanku ...
At Columbia Asia - Bukit Indah,Nusajaya Johor

Wednesday, June 29, 2011

6 July 2011

Sudah lame gak la blog ni bersarang .. Sori arr pada yg tertunggu (ada ke??). Kali ni aku nak sampaikan berita yang x brapa best untuk diwar warkan .. tapi aku tulis disini sebagai kenangan aku ...

Pada 2 June yg lalu, doctor mengesahkan aku menghidap ovarian cysts .. dan pada 24 June yang lalu, doctor mengesahkan aku perlu menjalani pembedahan laparoskopi untuk membuang cysts yg telah semakin membesar dlm ovari aku. Sebab risiko2 apabila cysts makin membesa seperti pecah, ovari terpintal bole berlaku. Dan lebih digeruni if totally ovari need to be removed, so chance utk pegnen xde la kan ??? So Doctor memang sarankan aku dibedah secepat mungkin.

Tarikh di atas merupakan hari pembedahan aku ... aku akan dibedah di Hospital Columbia Asia, Bukit Indah, Johor. Aku harap smuge semua pembaca mendoakan agar pembedahan ni berjalan lancar & aku bole jalani kehidupan insan normal yg lain ... Dan yang paling penting, aku dan hubbyku akan menimang cahayamata selepas itu kerana ia dapat mengurangkan risiko cysts utk tumbuh semula ...
 
Ovari kanan - cysts sebesar 4.8cm * 5cm (jenis endometriosis - darah koto)
Ovari Kiri - cyst bersaiz 15.8cm * 5.1cm (jenis cecair - ditakuti chemical)

Kalo korang nak tahu lebih lanjut apakah ovarian cysts, camne aku bole ada sakit ni .. korang bole arr gogel sendiri .. sebab aku pon jadi pengkaji tegar ovarian cysts sejak doc mengesahkan aku penghidap sakit ini.. Ternyata aku x dapat jawapan cam ne aku bole ada cysts ni, dengan kitaran haid yg teratur, basal body temperature yg menunjukan ada ovulasi berlaku .. So, aku anggap ... ianya datang dari Allah utk menguji aku ... di sini dugaan aku untuk si dia yang comel .. ini pengorbanan aku yg pertama utk si dia bernama anak ... mungkin kamu tidak diduga sepertiku .. mungkin kamu lebih bernasib baik atau lebih teruk dari ni... tapi bersabarla ... kerana kita tidak sendiri menghadapinya ...

"Wahai anakku, mak redha dengan segala ketentuan ini .. Malah hari2 makin kuat menghadapi Qada & Kadar Allah. Insyallah anakku sekejap lagi pasti kita akan bertemu .. Nadi kita akan bersatu .. Hanya kamu kekuatanku"

P/S: Tanpa dugaan tiadala kemanisan kehidupan .. Smuge penyakit ini menghapuskan dosa2ku & menaikkan darjatku di sisiMu Ya Allah ... Trima kasih kerana memilihku menjadi salah seorang insan istimewa untuk Kau uji.. Insyallah dengan rahmatMu, aku akan dapat lalui semua ini ... Pasti ..

Sunday, June 19, 2011

Baby, Can You Hear Me?

I Would Die For That



I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me.

All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.

Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.

Sometimes it's hard to conceive,
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."

I would die for that.
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that...

Tuesday, May 3, 2011

Besday Irfan Waffiy - 25.4.2011

Kek Ladybird dari LaBoHome Jusco Bkt Indah

Besday Boy bersama keknye

Irfan dah 4tahun

5 bersaudara

P/S: Dah lama x update blog sebab berjauh hati ... biarkan waktu merubati segalanye .. dan hanya Allah lebih mengetahui ... Ya Allah kau tabahkan hatiku slalu .. ..

Monday, April 11, 2011

JiwANG mODE ~ Till death do us apart ~


Today song dedicated to my beloved husband .. dgn ucapan:-

"Yayang, semuga cinta kita akan tetap mekar di hati kita. Setiap kesusahan yg kita hadapi, jangan jadikan ia penghalang pada keindahan setiap langkah yang kita ambil utk bangun dan saling memapah antara satu sama lain ... Kerana tiada yg lebih indah dari cinta yayang pada sayang selama ini ... Insyallah esok akan pasti lebih indah dari ini ...."

160 White Lion - Till Death Do...






Lyrics | White Lion lyrics - Till Death Do Us Part lyrics

Saturday, April 2, 2011

Ikan Bawal Emas Sweet Sour

Gambo ikan seperti kat atas ni, Akiem kate namenye bawal emas. Ari tu aku masak ikan ni masak sweet sour. Akiem memang excited jek kalo tgk ikan ni siap digoreng. Sebab dia da tahu mesti aku nak masak sweet sour or masam manis dalam bahasa melayu ye .. :)

Bahan2:-
  1. Bawang besar - separuh biji
  2. Bawang putih - 2-3biji (aku mmg suke masak guna banyak bawang putih, chinese style hehhe)
  3. Sedikit halia
  4. Bawang merah - 1-2ulas
  5. Sos cili - 2sudu
  6. Sos tomato - 1sudu
  7. Cili blender - 1sudu
  8. Garam,gula, asam jawa or perahan air limau
  9. Air
  10. Hirisan tomato
Cara2:-
  1. Bahan2 no 2,3,4 ditumbuk lumat. Manakala bahan 1 dihiris
  2. Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau
  3. masukkan cili blender dan goreng sampai garing
  4. Masukkan sos cili dan tomato serta sedikit air supaya tidak terlalu kering
  5. Masukkan hirisan bawang dan tomato
  6. Perasa garam, gula dan asam.

Siap sudah .. senangkan ??


Thursday, March 31, 2011

entry tah pape ...

nak update blog ni .. tp xtau nak tulis ape.. hahhhaha ... cane tu ??

haih ...




Monday, March 28, 2011

Our Honeymoon


Dah lame blog ni bersawang, so ari ni nak bersihkan sikit sawang2nya ... Masih kekeringan kata nak taip .. So kita enjoy tgk gambo, kitorg berhoneymoon kat Kg Tekek,Pulau Tioman. Kami bermlm selame 2ari kat sana, dari 20 March sampai 22 March, baru balik ke darat .. :). Di awal perancangan, dengan kejadian tsunami di Jepun ada gak kawan kami yg nasihat kan utk jauhi laut ... tapi perasaan aku cukup kuat tertarik utk ke Tioman .. Dan alhamdulillah dan semuga dirahmati Allah, sepanjang kami di sana cuaca cukup baik. Walaupon ujan gerimis sebaik kami tiba di jeti Tekek, tapi ujan berhenti sebaik kami dapat kunci bilik no 308, bilik kitorg  selama 2mlm ..

Hujan turun pada pagi selasa, waktu kami hendak balik ke Mersing .. hati mula2 risau nampak kelibat kapal tentera marin di tengah laut menandakan cuaca mungkin bahaya. Feri kami pon lambat sikit sampai .. Dalam hati berkata, mungkin Tioman x kasi kitorg balik agi ni ... Tapi alhamdulillah, feri kami sampai dan ujan renyai2 sepanjang perjalanan. Sampai di jeti mersing, cuaca panas kembali ...

So mari nikmati gambo2 kami di sana ...

Tunggu Feri & dalam Feri


Aksi2 kami yang comel

Keindahan yang x kan dilupakan - Pulau Rengis, Monkey Bay,Marine Park, Kg Juara
Ikan BBQ - kesedapan hingga ke tulang

Dari pantai ke air terjun semua kami dapat rasai

Subhanallah Alhamdulillah, detik indah ini kurasai bersama org paling ku cintai

Tempat pengeraman telur penyu

My name is John & I'm blind - pls help me !! Cian dia, tapi masih ada yg sayang


Kg Juara - tempat pemuliharaan penyu & mabeles beach

Snorkeling, mandi air terjun Juara, lawat marine park antara aktiviti kami selama 2ari di sini



my world, my everything, my savior

P/S:  Tioman kami pasti kembali di lain masa ... Insyallah ...

Monday, February 21, 2011

Program penyusuan susu ibu aka breast feeding

Sabtu, 19 Feb 2011, aku & kawan aku telah mengikuti 'talk' pasal breast feeding. Memang bagus dan aku solute pada penganjur atas usaha diorg ini. Memang ramai lagi antara kita masih blur2 pasal breast feeding terutama tentang cabaran penyusuan badan masa kini & penyelesaiannye ...

Aku nak share sikit info yg aku dapat dr sesi first yg aku sertai ini. Insyallah diorg akan wat majlis cam ni 2bulan sekali if i'm not mistaken, kalo korang nak tahu sila rajin2 tgk website ini 

1)Terdapat 2 jenis susu ibu - Foremilk & Hindmilk
Foremilk - susu awal, biasa agak cair, utk menghilangkan dahaga bayi
Hindmilk- susu akhir, agak pekat & utk mengeyangkan bayi
Tips: Bila menyusukan bayi, biarkan bayi minum hingga kenyang pda 1 belah payu dara sahaja kerana apabila selalu ditukar2, bayi tidak dapat khasiat susu awal & akhir. Bayi akan berhenti apabila dia telah kenyang.

2) Susu awal @ Kolostrum - susu yg keluar di awal selepas kelahiran bayi biasa pada ari 1-3 selepas bersalin.Berwarna kuning,kuantiti sedikit, pekat, dperkaya dengan karborhidrat,protein & antibodi semulajadi (yg tidak ada pada mane2 susu formula). Susu ini sgt penting utk baby. Kdg2 org tua2 kita akan kate susu ini sudah basi kerna warna & kuantiti nye yg sedikit tp inila susu yg sgt penting utk bayi, kuantiti nye sedikit kerana perut bayi (berumur 1-3ari) sgt kecil. Kuantiti yg sedikit ini sudah mencukupi utk baby.

3) Polisi Penyusuan susu ibu Malaysia (ini adala fakta yg aku x pernah dengar pon sebelum ini)
"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir hingga bayi berumur 6 bulan & meneruskan sehingga mencapai umur 2tahun.

4)Antara tips utk ibu beranak sulong - biasala kan.. tengah blur2 nak2 kalo xde persediaan awal.
Ada org tanya - sumtimes nipple jenis 'buta' or inverted nipple so x bole nak breast feeds baby.
Jawapan - sebelum bersalin, bulan ke 7-9, bolela mulakan mengurut nipple anda. Atau potong picagari separuh, then gunakan picagari utk tarik nipple keluar.. lastly, slalu mengepam breast anda sebab membantu utk menarik nipple keluar (my komen - still no reason to not breast feed your child)

Masalah - baby tidak mahu isap susu/masalah pelekapan bayi
Solution - Sebaik saja baby keluar dari rahim ibu, secara semula jadinya dia akan mencari susu ibunya, so pastikan nurse or doktor memberikan bayi utk disusukan sebelum 1jam sebaik saja dilahirkan. Ini utk melatih bayi melekap dengan baik semasa menyusu.

So aku rasa ini la ilmu yg ingin aku kongsikan bersama, harap dapat membantu ibu2 dalam usaha menyusukan baby. Ingatla & niatla ingin menyusukan bayi anda kerana mengikut suruhan Allah & utk kebaikan bayi & diri sendiri. Selain itu, bersabarla dengan cabaran yg datang ... Insyallah kalo nawaitu betul, Allah akan mempermudahkan urusan kita.

P/S: Insyallah kalo diizinkan Allah aku pon ingin menyusukan zuriatku kelak sepertimana suruhan Allah ... Amiiinnn ...

Sunday, February 20, 2011

Saya ada Apple !!!


Ini la 'apple' baru ku .. hahhaha.. Cantekkan? Lampu tido berbentuk 'apple' hehehhe .. kale merah tau ... seksi gitu .. :) .. Ari Khamis lepas, kitorg p jenjln kat paso karat Jln segget, JB. Kalo korang x penah pergi memang macam2 barang ada dijual kat sini kan?? barang2 antik pon ada .. kitorg lak memang mencari lampu tido so kitorg minat dgn yg ni la .. ada 3 kale - pink, merah & biru..  

Kalo korang pegi JB, try arr jalan2 kat jln segget ni dari kol 9mlm-12mlm (kalo weekend sampai kol 2am pon still ada org berjaja). Macam2 ada kat sini, dari ujung rambut ke kaki org cakap .. hahaha ... sape minat mengumpul poster, setem, duit pon ada org jual koleksi kat sini.

Friday, February 11, 2011

Thank You Allah


Its was another wonderful besday for me ... Ari ni kawan2 (Nanie,Azy,Kak Wia, & Kak Yatie) buat surprise besday luncheon utk aku kat KFC Gelang Patah ... Diorg siap beli kek tu, walaupon almost terkantoi masa pagi bole saing2 jalan ke opis dari parking kete .. Aku lak pg2 bole ngepoh nak tau ape yg si Azy bawa dlm beg plastik, tapi masa tu aku x suspek langsung it was a cute choc cake for me ...

Then masa nak kuo ke KFC terserempak dgn kwn2 seopis yg lain yg bagi aku hint2, si azy & nanie bawa kek so diorg tanya .. Nak celebrate besday kat mane ? Aku dah terpinge gak le, tapi aku cakap.. x sambut la kitorg nak p mkan2 dgn kak Yatie ... hihihihi ... Skali agi, tektik mereka menjadi bila si nanie & Azy tetibe ilang je cakap nak p jumpa org laa konon ....

Pastu .. aku memang prasan mereka ada bawa beg plastik tapi aku x ase itu kek aku arr (aku bukan org mudah perasan ye!) Aku leh ingat mesti nanie nak kasi pape2 kat kak yatie .. hihihi ..

Anyway to Nanie, Azy,Kak Wia & Kak Yatie thanks for brighten my day ... Aku still x tau sape punye master mind buat surprise2 nie ... KakYatie ! gtahu sape ???

Balik opis .. aku dok tgk2 gambo & bace komen my adik angkat kat entry aku sebelum ni, terus bergenang2 airmata ini .. Ya Allah, time kasih Ya Allah... Memang aku belum punya si 'dia, tapi aku ada suami, kawan2, adik2, kakak2 yang sangat2 loving & memahami kami ... Trime kasih Ya Allah ... Hanya ini doaku dalam hati ...

Ini la gambo2 kami .. berposing kat KFC  ....


Dan ini hadiah besday paling best & bermakna seumur hidup 29tahun nie ... from sape ??? Jeng jeng jeng ..
Its Satio from Sony Ericson
Pastinya ia daripada lelaki yg paling menyayangi aku dan paling aku sayangi ... seumur hidupku ...

It from Him my beloved hubby
P/S: Kadang2 kita selalu mengimpikan sesuatu yg x pasti sampai mengabaikan suatu yg memang pastinya milik kita ... Hargaila ia selagi ia masih ada ...

Hepi Besday To Me ...

Ari ni besday aku yg ke 29tahun .. tetibe aku ase hiba bila usia berganjak 1tahun agi dan dalam ati berkata "dah tua dah aku ni"... Airmata menitis lagi semuanya kerna 'dia', sesape yg ada ikut/follow blog aku pasti tahu siapakah dia yg aku maksudkan ... sebenarnya aku harap sangat hadiah besday aku tahun ni adalah si dia yg comel cam gambo hiasan kat bawah ni ... tapi mungkin belum sampai rezeki kami lagi ... (macam kawan TTC ku kata, kalo la anak tu bole dibeli kat Tesco, alangkah senangnye ek?)



Semuga Allah makbulkan doa aku lepas ni ... cepatla kurniakan kami si dia yg sempurna, soleh & solehah .. Ameeennn .... Korang pon doakan utk kami ye!! ...




Monday, February 7, 2011

Pertama kali aku ....


Tajuk suprise jek kan?? hehehe.. Inila hasilnye, pertama kali aku menjahit selepas berzaman meninggalkan alam jahitan sejak di bangku sekolah dulu.. First menjahit time form 3 arr, kene wat kerja kursus utk subjek kemahiran hidup. tupon aku ngelat, p anto kat tukang jahit utk jahitkan utk aku .. hihihihi ...
Ni la nak cite, masa cuti raye cina tu, aku balik ke Senai (umah mertua) sebelum tu mmg ada tanye mak mertua ada x zip lebih sebab zip baju kurung moden aku rosak.. So kene tukarla kan ... Masa kat sana, aku ingatkan mak mertua nak tolong jahitkan, rupenya dia nak ngajo den jahit sendiri .. hahahhaa ... so inila hasilnya, dgn jahitan senget benget ... harap2 org x pasan ... mak mertua kate, mule2 xpe la mmg senget2 sikit ... huhuhuhu ...

Bersungguh mak mertua nak ngajo aku menjahit .. hihihihi :D tapi aku betul2 x confident ... tapi aku rasa .. dalam ape yg kite nak buat, paling penting skali minat .. kalo minat sumenye akan menjadi kan??? minat aku ??? hahahaha tah la... sejak dah kwen ni, aku xde minat yg specific ...

P/S: Ada brani nak nempah baju dgn den??? hahahah :)

Thursday, February 3, 2011

Jalan2 cari Ketam di pendas


Ari ni, kami pergi ke ujung pendas utk tunggu nelayan balik daripada laut .. En Hakim ada tempah 2kg ketam dengan kawannya yg turun ke laut.. so dari kol 12 kitorg dah tercongok menunggu dia .. cantek gak pemandangan di muara sungai or kuala pon aku x pasti la .. tp masa aku sampai air tengah pasang & pokok2 bakau di sekitar kawasan tu, dipenuhi air .. mmg cun tapi tersgt malangnye aku tertinggal kamera kesayanganku kat rumah .. aiseh ... ...

Setelah sejam tunggu org dinanti x kunjung tiba, kami pon amek keputusan makan dulu .. kat restoran nelayan memang terlalu dekat dengan tempat nelayan sampai ... Memang perut dah berkeroncong al maklum x bersarapan gare2 kat umah xde air (seb baik ada air tangki utk mandi & solat).
So menu lunch kami ari ni - asam pedas sembilang (pergh mmg puas mkn ber2 - rm15), kailan ikan masin, udang butter, jus tembikai (utk si dia) & durian belanda (utkku). Minta maafla, x sempat nak amek gambo sebab terlalu lapo .. hahahaha... So ini jek gambo sempat aku snap pakai kamera handphone nokia 6630 aku ..

Di Jeti nelayan


 
Ketam 2kg



Monday, January 31, 2011

Kami & Piza

Kat gelang patah ni ari Jumaat ke Ahad hujan sepanjang ari kdg2 berhenti kejap jek .. Memang sejuk gilerr ... Aktiviti den selain ngemas umah adala tido .. hihihihi ..

Ari ni masih ujan cume petang tadi dah berhenti, dalam berita kat Johor sudah ada kehilangan nyawa akibat banjir ... kecian betul, tengok gambo2 area segamat banjir teruk ... Sabtu ni plan nak balik ke Kluang kalo ujan masih macam ni, mungkin jalan simpang renggam - kluang pon akan terputus.

Ok, stop cite pasal banjir, kite masuk lak pasal makan2 .. ari ahad ari tu, den kemalasan masak dinner so ajak asben makan kat pizza. Aku penah janji nak banje dia, so semlm aku menunaikan janji aku arr,kirenye..
kitorg try golder ring pizza set for 2, volcano choc & ape tah namenye yg ada kentang,sotong & udang tu .. rangup2 .. sedap .. hihihihhi..

Masa kami gerak ari masih ujan, mmg sejuk betul ... masuk2 jusco bukit indah tu pon sejuk .. sampai dlm kol 930pm cam tu .. So pas order2, mknan sampai seperti djangka (sup x sedap buat pertama kali mkn sup x sedap kat pizza - tawo), cume volcano choc sampai punye la lambat .. huh!!

En Hakim Yg makan dulu .. :D


Sejak kawen ni,kami jarang betul snap gambo sendiri cam ni, asenye ini 1st time after married :)

Sekian crite kami & piza .. hhehehe .. :)




Sunday, January 30, 2011

TTC #1 - Cerita pasal Graf basal body temperature

Banyak aku buat research pasal pregnancy or trying to conceive ni.. bermula dengan berjinak2 ke forum Dr Hamid Arshat, aku jumpa Tok guru (time kasih to Sestra aka Pae) mengajar pasal basal body temperature dalam BM. Sangat susah nak cari website tentang ni dlm BM kebanyakkan dalam BI, ternyata org omputih mmg mengamalkan cara ini sama ada utk merancang jarak anak @ mendapatkan anak. Manakala org Mesia & doktor Mesia pon ada yg langsung tidak tahu or x amek tahu pasal ini ... Diorg lebih gemar gune ubatan dan sebagainya ...

Utk menggunakan cara ini, korang cume perlukan termometer, kalo nak yg khas utk basal body regenye dlm rm100+ jenama Omron, ataupon kosnye serendah RM15+ utk termometer digital biasa yg boleh didapati kat farmasi.. Dan termometer ni, kene dgn care penjagaannye bole tahan sgt2 lame .. Benda2 utama korang kene tahu utk cek temperature ni,
  1. Ambil suhu sebaik sj anda celik mate dari tido sekurang2nya 3jam tanpa gangguan utk membolehkan badan anda rehat secukupnye (xleh p mkn dl ke,kencing dulu ke,gerak2 sana sini)
  2. Waktu utk amek suhu mestila sama supaya data suhu anda lebih accurate (contoh - kalo setiap ari bangun 530am, so 530am la amek) kalo anda amek 630am, suhu badan anda akn berbeza skit.
  3. Sila catatkan suhu anda, aku gune ini (fertility fren) utk mencatat suhu aku secara online .. dan aku gak ada wat catitan sendiri guna microsoft excel jek ..

Tujuan aku berBBT, supaya aku tidak membazirkn pregnancy test setiap kali terlewat sikit cek 'P' datang, dan bersiap sedia dr segala aspek mental & fizikal bila nampak graf aku menurun di akhir2 selepas waktu subur. So aku sudah faham diri or badan aku sikit, then tahu time subur aku secara lebih prektikal bukan secara teori 14ari sebelum period seterusnya (ini yg kebyakan pompuan tahu kan?). Sesungguhnya ini merupakan usaha aku, kalo korang nak memperlekehkan pon, aku x kesah la ...

Sharing with you all graf yg aku catit sendiri, di entry akan datang aku akan bercerita lebih lanjut ye! Sampai korang boring ... hahhahaha

P/S: Aku tidak pernah menolak kebesaran Tuhan or perancangan Tuhan untuk aku & suami dengan cara ini. Walaupon ada setengah pihak mengatakan aku taksub dengan suhu2 ni, pada aku, i'm just knowing when my period will come or when it doesn't ... Ya Allah, kau berikan aku kekuatan ... Amin ..

Thursday, January 27, 2011

Kenapa & mengapa ???

Dari pagi mata belah kanan ni asyik terkelip2 sendiri ... Apakah or mengapakah terjadi??? Korang tolong explain ...
 
 
P/S: P*** indon kat guard flex tu, nak minta clocking form pon susah, da arr tulis aku dtg lambat 5minit, padahal 5 minit digunakan utk dia membebel & x reti2 bahse ... sampai aku panggil bos dia baru nak kasi form nye.. ptg kang aku nak komplen agi pasal dia...

Sunday, January 23, 2011

Bermula cerita tentang 'dia'

Aku berfikir panjang haruskah aku tulis pasal ini... Patutkah aku menulis kisah ini ... Sejak terlintas dalam kepala aku ... aku terus berfikir ... Bercerita tentang ini, seolah2 mencanang pada satu dunia kisah ku ... kisah tentang kekurangan yg masih aku terasa hingga kini ... mungkin ada yg akan terfikir,"eleh.. kecoh arr budak ni or mungkin ada yg akan berkata ... kisah aku lagi sadis tapi x kecoh pon .. .. x heran pon" ... bermacam aku fikir pro & contranye ... 

Aku membuat keputusan utk tulis sebab ini adalah tulisan tentang kehidupan ku, ape yg aku rasa perit, getir, suka & duka menjalani kehidupan ini sebelum aku menutup mata or hilang upaya utk berbloging lagi ...so  terpulang pada pembace utk membuat kesimpulan or comment... Mereka ada hak nak kata ape2 je...


Aku bermula di sini, dengan hobi baru yang penah aku ceritakan di sini. Hingga kini pon masih lagi aktif berBBT walaupon ada link baru .. Masih lagi menanti si dia yg comel dalam kehidupan kami setelah hampir 9bulan berlalu sepi ... Masih cube tersenyum dengan segala persoalan yg datang ... cube memberi senyuman yg ikhlas, walaupon air liur ditelan terasa umpama pasir ... pahit macam ubat ... Kami tetap berdiri, bangun jatuh sendiri .. berpimpinan  berdiri teguh .. atas dasar cinta, kasih & sayang .. demi Allah ... hanya Dia lebih mengerti ...

Di sini mereka yang benar2 memahami menemani ... menjadi telinga tempat luahan perasaan ... jadi suara2 memberi kata2 nasihat & pandangan .. Thanks, kawan ...

Tahun ini, aku plan mayb utk buat pemeriksaan kesuburan or fertility (jika masih tidak berjaya utk preggy naturally) .. walaupon masih x tahu bila waktunya ... tapi inila antara planning this year selain pergi honeymoon ke pulau ****** .. :) yes yes... dats make me smile till ears .. hahahaha .. :)

P/S: Ya Allah Kurniakan kami zuriat2 yg soleh & solehah .. amin ...

Monday, January 17, 2011

Shopping2

Bulan ni duit banyak di habeskan utk beli mende kat bawah nie... taaaraaa.....

 

Buat koleksi tudung awning.. hehehehehe... Ari ni beli hanger tudung tu.. Cantek kan?? hihihihi .. saja nak tayang... sape nak beli???


Saturday, January 15, 2011

Our House - still in progress

 
Taaaaraaaa...!!!! Selasa yg lalu, aku mc atas sebab tertentu .. (huhuhuh ...).. Hubby yg penat2 baru lek kije mlm, melayan kerenah den selepas p klinik, mc.. ptgnye dia bawa p tgk progress rumah kitorg & jalan2 ,tgk movie(seasons of witch), shopping dvd (beli supernatural siri .. yes yes)... 

So nampaknya rumah kitorang dah naik bumbung ... kalo korang nampak yg merah2 kat blakang tu ... Gambo atas ni rumah contoh ye ... InsyaAllah, akhirnya kami punya rumah sendiri ... Alhamdulillah ... nampaknya cam dah nak siap kan umahnye ??? may b tahun 2012, dah bole dok umah sendiri ni...

So pada sesapa nak berjiran dengan kami, rumah kami terletak di Taman Pulai Indah,Pulai, JB lebih kurang 30minit-45minit from PTP. Developer ada launch rumah baru, harga lagi murah dr umah kami ni.. ada 2 jenis, 1 tingkat & 2 tingkat.. kalo berminat nak tambah aset pergila tengok.. kot2 berminat... developer HuaYang ... 

Lokasi kira ok la.. cuma jauh skit dari highway... tp masuk ke taman ada skolah dah .. then ada deretan kedai .. hmmm.. pada aku, berbaloi dengan harga & keluasan tanahnya ... 24x75 = RM186k++, susah skang nak cari rumah murah2 kat JB ni sebab rege hartanah makin meningkat seiring ekonomi yg sedang membangun.. Nak2 area Gelang Patah, rege rumah sume dah naik.. tidak berbaloi dengan keluasan & rege sampai org bank pon nasihat kami utk cari rumah yg jauh sikit tapi lebih selesa .. 

Aku pilih rumah ni, satu tingkat je sebab senang nak ngemas .. nak rumah 2 tingkat nanti bawah kemas, atas celaru ... so celaru pale otak aku nanti nak kemas cane... da la keje kan??? kalo korang mampu nak upah orang gaji xpe la.. kami x mampu .. so ini lah yg terbaik utk kami for now... Ala.. org ada rumah 2tingkat skang ni mengeluh kat aku, penat turun naik tangga .. sebab usia yg makin meningkat ... mane la larat ... tapi kalo korang nak beli gak rumah 2tingkat aku nasihatkan cari yg ada bilik kat bawah yg luas banyak kegunaannye nanti ...


Ini yg kami difikirkan waktu nak wat decision beli rumah ni.Faktor penting utk pemilihan rumah:-
  1. Lokasi yg strategik(tidak jauh sgt dr tempat kerja, ke bandar .. )
  2. Keselamatan
  3. Kemudahan asas yg dekat (sekolah,surau or masjid, taman permainan)
  4. Keluasan rumah vs harga
  5. Developer history
  6. Kejiranan
Kitorang belum terfikir utk resale rumah ni .. sebab tu kami cari yg selesa utk kami tinggal lame ... rumah ni, ada 4bilik tido & 3 bilik air.. dapur & ruang tamu flexible luasnye ... so bole renovate ikut suke .. :) Oh ye, kami beli rumah end lot, not corner lot(dari dulu berangan nak rumah corner lot).. sebab corner lot tinggal yg mahal2 .. huhuhuhu .. agak terlambat sebenarnye time kami wat decision untuk beli rumah sebab rumah ini da 80% terjual, so yang tinggal utk bumiputra lot dah x banyak ...



P/S: Kita selalu ingin bintang di langit, tanpa sedar kita ada berlian di tangan lebih bersinar pada siang & mlmnya ... jadi hargailah apa yg kita ada sekarang ini ... sebelum kita kehilangannya atau kehilangan sinarannya ..









Pernah x korang nampak???

Ari rabu lepas, rumah kami dikunjungi tetamu yg sangat pelik.. Mula2 aku ingatkan daun, dalam ati dok terfikir mana lak datangnya daun kering dalam bilik ini...

Bila aku nak buang daun tu, rupanya ia ada seekor rama2 or kupu2.. cuba korang perhati sepintas lalu & betul2 gambo ni...


Nampak macam daun kan??? Ciptaan Allah yg unik
Tapi kupu2 ni mati tidak lame selepas aku amek gambo dia ... huhuhuhu.... Cian kan??? 

P/S: teringat masa zaman skolah dulu, kawan jumpe kumbang berwarna emas, kitorg siap simpan & tunjuk kat cekgu sains... kami awetkan kumbang tu..

Sunday, January 2, 2011

Pelikkah Aku???

Biasa org akan cite pasal azam tahun baru ke... ucap slamat tahun baru... Kali ni, aku nak cipta kelainan, di awal 2011, utk bertanya or bercite pasal aku.. So saja nak tanye pendapat korang.... korang asa aku ni pelik ke??? Cam ni kesahnye....

Sejak masa dok asrama dulu, mesti ada jek dormate tanya, kenapa aku kemas2 & tegang2 kan cadar then aku landing?? Aku pon mule2 x reti nak jawab ape... aku memang suka cam tu, aku akan pastikan tempat tdo tu kemas sebelum aku duduk.. or tido or study.. (biasa arr kan... masa kat asrama katil adala segala2nya utk sesape saje... )...

Now, aku akan pastikan dapur aku bersih sebelum aku memasak... Pelik ke?? Mungkin x kot, mestila bersih baru makanan berkualiti kan??? Tapi ari ni aktiviti aku di rumah adalah, membersihkan dapur, sampai ke tunku dapur pon aku nak korek2... prasan lately mcam ada yg tersumbat ... Mungkin ada org akan kate, patutnye masak dulu then baru bersihkan... tapi aku kol 11 ke 12 tadi kejenye bersihkan dapur then kol 1 ke 2 baru start masak... Today menu is Mi Bandung ...

So kita layan gambo plak ... ini dapur & mi bandung ku...



P/S: Aku tengah blajo sendiri edit gambo pakai photoscape .. Memang senang arr... so atas nila antara hasil permulaan aku...